Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, May 10, 2012
UMNO baru 24 tahun, bukan 66 tahun! Jangan perasan laa...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tahun ini, menurut para pendukung sang keris kontot, depa akan merayakan ulang tahun parti tersebut yang ke 66. Ini berdasarkan kepercayaan depa yang UMNO wujud sejak tahun 1946 iaitu ketika berlaku penentangan terhadap Malayan Union yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar.
Benar ke UMNO ini berusia 66 tahun?
Mungkin generasi zaman sekarang, terutamanya yang lahir tahun 1987 ke atas tidak mengetahui atau kurang menyedari hakikat bahawa pada tanggal 4 Februari 1988, UMNO telah diharamkan oleh Mahkamah Persekutuan rentetan daripada kemelut pemilihan UMNO pada ketika itu. 9 hari kemudian, Dr Mahathir telah menubuhkan satu PARTI BARU iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (BARU) atau akronimnya UMNO(Baru). Menurut undang2 pendaftaran pertubuhan, UMNO dan UMNO(Baru) adalah dua entiti yang berbeza dan tidak bersekali. Bermakna, UMNO yang telah diharamkan pada tahun 1988 itu TELAH MATI dan yang wujud kini hanyalah UMNO(Baru) yang sebenarnya TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMNO yang telah mati itu.
Aku bawa analogi mudah - di England, pasukan bolasepak Wimbledon telah lupus pada tahun 2005 akibat masalah kewangan hingga menyebabkan pasukan itu terpaksa dibubarkan. 5 tahun kemudian, sekumpulan peminat dan bekas pemain Wimbledon yang asal mewujudkan AFC Wimbledon yang menggunakan lambang yang hampir sama dan jersi pasukan yang serupa, tetapi peraturan Liga England menyatakan AFC Wimbledon harus memulakan langkah mereka dalam kancah bolasepak Inggeris dari kejohanan Blue Square, iaitu kejohanan pra liga sebelum diserap masuk ke Liga 2 Inggeris (tahap divisyen 4) dan bukannya sekadar "menyambung" kembali hayat depa di Liga 1 Inggeris (divisyen 3) seperti yang diduduki oleh Wimbledon yang asal sebelum dibubarkan. Nampak tak?
Baik, jom kita kembali ke masa lampau utk mengimbas kembali peristiwa UMNO asal diharamkan.
Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.
Fakta2 yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.
(keratan2 akhbar berkenaan isu kewujudan UMNO Baru pada tahun 1988. Ku Li mengambil keputusan untuk menubuhkan Semangat 46 sebagai menyambung kesinambungan perjuangan UMNO yang telah diharamkan itu)
Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan depa. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula. Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan. Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti.
Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988. Dr Mahathir dipercayai merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif. Mahathir selaku ketua badan eksekutif telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu.
Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988.
Apabila UMNO diharamkan oleh hakim Datuk Harun Hashim beberapa implikasi yang besar telah berlaku di Malaysia. UMNO 11 tidak berhasrat mengharamkan UMNO. Mungkin Dr Mahathir sendiri tidak menyangka parti UMNO akan diharamkan kerana beliau berdiam diri buat beberapa hari.
Dr Mahathir tidak senang semua masalah dalaman parti dibawa ke mahkammah. Masalah parti biarlah diselesaikan dan diputuskan oleh parti, bukan oleh orang luar iaitu para hakim. Sejak kes ini, tidak ada lagi masalah parti dibawa ke mahkamah dan perkara ini turut disokong oleh pelbagai pertubuhan dan parti pembangkang.
Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Dr Mahathir telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu, Tun Ling Liong Sik. Dengan itu juga Dr Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Ling Liong Sik.
(keratan akhbar menunjukkan flip flop dalam penggunaan nama (Baru) bagi UMNO yang baru ditubuhkan itu yang sepatutnya dikekalkan kerana menurut undang2, UMNO (Baru) dan UMNO adalah 2 entiti berbeza)
Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini diputuskan oleh mahkamah.
Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada UMNO Baru. Antaranya ialah pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO, Menara Dato Onn, syarikat perniagaan milik UMNO dan lain-lain. Walaupun bagaimanapun harta keseluruhan UMNO tidak dapat dikenalpasti.
Soalnya, apa haknya UMNO (Baru) mengambilalih semua aset UMNO yang diharamkan itu? Sebenarnya, perbuatan ini menyalahi undang2! Even Tunku Abdul Rahman sendiri pernah melakukan usaha menghalang aset2 UMNO yang diharamkan itu dipindahkan ke UMNO (Baru) tetapi gagal.
(keratan akhbar menyaksikan percubaan 2 bekas presiden UMNO berusaha menghalang aset2 UMNO lama dipindahkan oleh Dr Mahathir ke UMNO (Baru), satu tindakan yang sebenarnya menyalahi undang2)
Pada ketika UMNO diharamkan, ramai pihak berasa begitu tertekan dan apabila UMNO (Baru) ditubuhkan, ramailah yang menarik nafas lega sedangkan hakikatnya UMNO (Baru) ini TIDAK MEMBAWA INTIPATI PERJUANGAN UMNO YANG ASAL. Hanya nama dan jasadnya sama (atau disamakan) tetapi ruhnya berlainan sama sekali. Dek kerana itulah, 2 bekas Perdana Menteri Malaysia yang keahlian UMNO mereka automatik terbatal dek pengharaman UMNO TIDAK MENYERTAI UMNO BARU sehingga akhir hayat depa. Walaupun usaha memujuk giat dijalankan oleh Dr Mahathir, namun takdir Allah menentukan depa mati di luar UMNO (Baru).
Berdasarkan kronologi dan fakta ini, jelaslah bahawa pemimpin UMNO kini hanya menipu atau berdelusi mengenai hakikat umur UMNO. Penyokong2 depa lak semestinya membenarkan diri depa diperbodohkan oleh pemimpin2 depa yang pantas menyembunyikan hakikat sebenar. Hakikatnya UMNO kini hanyalah berusia 24 tahun dan mempunyai ruh perjuangan yang jauh menyimpang dari perjuangan UMNO 1946. Kiranya, UMNO yang ada sekarang ini HANYALAH ZOMBI KAMPUNG PISANG sahaja.
So, janganlah perasan ye.
No comments:
Post a Comment