Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, May 28, 2012
Himpunan Jutaan Maksiat!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tersedak aku bila baca tajuk keratan akhbar metro ni - "konsert membawa PENGISIAN ROHANI kepada belia".
Siapa la mengajar benda karut ni agaknya ye?
Aku terjumpa satu klip temubual satu rancangan hiburan ala2 melodi bersama Shabery Cheek dan dengan jelas dia kata "hiburan ini adalah satu cara yang lebih efektif untuk menyampaikan mesej kepada remaja berbanding ceramah, kuliah..." Agaknya, itulah maksudnya bila depa katakan konsert2 ini akan membawa pengisian rohani kepada belia. Pengisian rohani ke pengisian nafsu?
Himpunan Jutaan Belia yang baru lepas berlangsung selama 5 hari dikatakan mencapai matlamatnya oleh pihak penganjur - 500 acara berjaya dijalankan dan kehadiran mencecah 2 juta orang. Well, tang 500 acara tu aku percaya la kot sebab depa pastinya akan berabis duit utk pastikan acara2 itu berlangsung. Semua jabatan awam dikerah beb - malu la kalau tak menjadi. Tapi tang 2 juta kehadiran tu...susah sikit nak percaya. Berapa banyak gambar diambil malah kalau nak ikutkan, gambar yang disiarkan dalam media perdana pun ada dan masing2 menunjukkan walaupun ramai yang hadir, PUTRAJAYA TIDAK DITAKLUKI OLEH BELIA. Banyak sungguh ruang2 kosong sana sini.
Himpunan di Dataran Merdeka malam Isnin baru ni lagi menyedihkan.
Tapi itu bukanlah isu. Aku tak de masalah pun kalau depa mampu bawak kesemua 3 juta ahli UMNO berhimpun pun. Tu hak depa dan cubalah usahakan - kalau boleh.
Yang menjadi tumpuan aku - dan hampir semua rakyat Malaysia yang prihatin - adalah pesta maksiat yang berlaku sepanjang 5 hari itu, terutamanya pada 2 hari kemuncak iaitu Jumaat dan Sabtu. Kenapa penganjur mesti menganjurkan konsert K-Pop, J-Pop, Battle of the Bands dan sebagainya sebagai agenda utama program untuk menarik belia? Apakah tidak ada "spiritual and moral councious" oleh pihak penganjur - yakni kerajaan Malaysia - betapa tidak sepatutnya belia2 negara yang bakal menghuni posisi2 penting masa depan negara ini disogokkan dengan hiburan yang tidak bertepi? Apakah kerajaan UMNO BN ini ingin melahirkan generasi yang cakna diri, atau ingin mencambahkan generasi kaki hangguk kepala dan hancur akhlak belaka?
Tidakkan depa sedar bahawa kehadiran penyanyi2 wanita yang amat seksi sehingga selayaknya kita gelarkan depa sebagai "penyanyi spender" atas pentas itu boleh mengundang syahwat dan seterusnya perbuatan2 curang oleh para beliawan terhadap beliawanis? Tidakkan depa sedar kehadiran penyanyi2 lelaki yang menggunakan sexual attraction itu mampu menghisteriakan belawanis2 wanita sehingga lupa adab, maruah dan agama? Aku rasa depa tak sedar - sebab Najib begitu gembira dan bahagia melayan para penyanyi spender genit dari Korea itu dan Rosmah pulak begitu teruja dapat melihat buat kesekian kalinya aksi2 "anak2 ikan" serba macho tersebut. Hishamuddin pulak bagi aku adalah pihak yang amat gembira sekali - sampai sakan dia menari ronggeng atas pentas macam org tak de iman walaupun ianya cuma senamrobik.
Yang lebih menyakitkan hati, tergamak kerajaan UMNO BN ini meminta JAKIM menarik tauliah mengajar Ustaz Azhar Idrus di PICC agar program kuliah perdana Ustaz Azhar di venue itu dibatalkan - semata2 kerana tidak mahu kehadiran di konsert K Pop pada malam kemuncak Himpunan Belia ini terjejas. Alasan yang diberikan iaitu kesesakan adalah amat dangkal. Tidak ada alasan lain sebenarnya. Dan inilah kemuncak kepada segala perbuatan bangsat sepanjang 5 hari itu.
Apakah termaktub dalam ajaran Islam untuk melebihkan konsert maksiat berbanding kuliah agama?
Selayaknya, himpunan ini tidak digelar Himpunan Jutaan Belia tetapi lebih layak digelar "Himpunan Jutaan Maksiat". Aku berdoa sangat2 agar Allah tidak menjatuhkan balaNya ke atas negara ini walaupun acapkali kerajaan negara ini mencabarNya.
Akan ada puak UMNO kata "org PAS hanya mahu mencari kesalahan, tapi kenapa tak nak highlight kebaikan himpunan ni seperti karnival pekerjaan, membantu para peniaga cari rezeki dan sebagainya?"
Untuk pihak2 seperti ini, izinkan aku berkongsi secara ringkas kisah terkenal sorg pendeta bernama Bashisha. Bashisha ini riwayatnya merupakan seorang abid (ahli ibadah) yang amat warak dan berilmu. Dia telah beribadat selama 200 tahun dengan tekunnya dan even para malaikat sentiasa memuji muja Bashisha. Tetapi ibadahnya yang selama 200 tahun itu sia2 akhirnya kerana Bashisha mati dalam keadaan syirik. Mengapa terjadi begitu? Hanya kerana iblis berjaya memujuk Bashisha membuat "satu dosa besar yang simple" bagi membolehkan Bashisha merasa lebih nikmat beribadat. Hujah iblis, "kalau tuan pernah buat dosa, lepas tu bertaubat, nescaya tuan akan merasa lebih nikmat dalam beribadah".
Jadi bagaimana Bashisha boleh jadi syirik? Dia memilih untuk melakukan dosa besar yang paling ringan baginya, iaitu minum segelas arak. Selepas dia minum segelas, dia rasa ketagih lalu minum lebih banyak sehingga mabuk, dan dalam kemabukannya itu dia merogol pelayan kedai tersebut dan kemudian membunuh suami pelayan tersebut yang cuba untuk membantu isterinya. Hanya bermula dengan SEGELAS ARAK. Ketika dipasung sebagai hukuman terhadap jenayah yang dilakukan olehnya, datang iblis membujuk Bashisha agar menyembahnya jika ingin dilepaskan, dan Bashisha yang telah beribadah selama 200 tahun itu pun menurut. Datang Malaikat Maut mencabut nyawanya pada ketika itu, dan Bashisha yang hebat itu mati dalam keadaan syirik dan kufur.
Nah, bagaimana pula kaitannya dengan kerajaan UMNO BN ini serta konsert K Pop? Simple - kerajaan hanya anjurkan konsert, tu je. Namun, pastinya para belia yang menonton konsert itu akan teruja dan mula menari. Untuk lebih feel menari, depa mengambil syabu atau ice, dan kemudian depa makin terangsang dan aktif, lalu nafsu pun mula bangkit melihat awek2 seksi di sekeliling. Selepas itu mulalah adegan mengorat, dan kemudian mula merapatkan diri, bergeseran tubuh, nafsu makin naik lalu penzinaan pun terjadi. Kemudian si beliawanis pun termengandung, melahirkan bayi, lepas tu buang bayi tu dan bertambahlah satu lagi statistik bayi luar nikah yang dibuang ke dalam tong sampah.
Siapa nak bertanggungjawab atas semua ini? Ali Rustam dan sekolah gadis hamilnya?
Yang menjengkelkan, para mufti dan jabatan agama seperti JAKIM seolah2 hilang suara dalam isu ini. Jika berkenaan dengan himpunan yang tidak selari dengan hasrat kerajaan UMNO BN seperti BERSIH, laju je depa keluarkan pelbagai fatwa TETAPI INI SUDAH TERLALU JELAS KEMAKSIATAN DAN KEMUNGKARANNYA! Kenapa terus mendiamkan diri?
Kalau kita rujuk balik, antara garis panduan yang diberikan oleh JAKIM dalam hal2 hiburan ini adalah -
- Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan
- Berpakaian sopan serta menutup aurat
- Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan
- Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
- Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat
Kalau nak rujuk sepenuhnya, sila klik sini.
Wahai JAKIM, wahai mufti, bukalah mata anda - konsert K-Pop dan apa jua yang dianjurkan semasa himpunan tersebut MELANGGAR SATU DEMI SATU GARIS PANDUAN yang anda sendiri tetapkan. Apa ni? Cakap tak serupa bikin ke?
Semua ini membuatkan aku risau. Risau akan masa depan generasi akan datang di negara ini. Jika beginilah keadaannya - kerajaan yang menggalakkan kemaksiatan terus bermaharajalela dan para agamawan terus tidak mahu menyatakan kebenaran demi sesuap nasi seolah2 rezeki itu datangnya dari kerajaan UMNO BN - pasti generasi akan datang negara ni akan makin jauh dari Islam, makin jauh dari segi moral dan natijahnya. Lebih malang, kita akan mewariskan kelangsungan negara ini kepada golongan yang serba hancur akhlak, jiwa yang lemah, sahsiah yang terpesong dan - na'uzubillah - fasik dan jahil belaka. Jika inilah keadaannya, apa akan jadi pada negara ini akan datang?
Wahai sahabat2ku, sedarlah - indeks budaya hiburan melampau kat negara ni memang dah sampai tahap "tak munasabah". Budaya pesta, konsert lagha, hedonisme ni dan menjalar ke dalam kotak minda masyarakat sampai depa jadi tidak cakna dengan isu semasa. Semua ni bertujuan untuk mematikan budaya pemikiran analitis dan kritis masyarakat dan ini sebenarnya merupakan agenda yahudi yang amat efektif sejak zaman berzaman. Segalanya terancang rapi menerusi Protokol Yahudi 1897 yang dimeterai di Basel, Switzerland. Natijahnya? generasi yang hanya menunggu untuk dicucuk hidung dan diperbodohkan. Dan ternyata, modus operandi ini diikut secara teliti oleh kerajaan UMNO BN. Depa memang tidak mahu rakyat cerdik, terutamanya dari segi agama.
Masihkah kita mahu biarkan kerajaan UMNO BN merosakkan lagi minda anak2 bangsa kita?
Ummul Mukminin Aisyah RA pernah menuliskan surat kepada Khalifah Muawiyah RA yang berisi: “Ketahuilah orang-orang yang telah melakukan maksiat kepada Allah, maka orang-orang yang memujinya berbalik akan mencelanya.”
Dan marilah kita renungi KalamuLlah ini,
"Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan." (surah Luqman, 6)
"Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah." (al-Baqarah, 8-16)
No comments:
Post a Comment