Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, May 22, 2012
Debat KJ-Rafizi isu PTPTN - antara teknikal dan sinikal.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Maka the much anticipated "Debat PTPTN" antara Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin telahpun berlangsung malam tadi, yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani. Buat kedua2 pemimpin muda ini, pertemuan kali ini adlaah "round 2" selepas depa bertemu dalam gelanggang debat beberapa bulan lepas di London.
Secara jujur, aku tidak sempat mengikuti debat ini secara live sebab aku terlibat dengan usrah Pemuda PAS Batu malam tadi. Tetapi terima kasih kepada era Youtube dan online video ni, aku dapat mengikuti perdebatan itu secara penuh - tanpa satu ayat pun yang tertinggal. Terima kasih dan kredit kepada pihak yang bersusah payah upload video ni ke youtube dan seumpamanya serta pihak yang bersusah payah share video ni dalam Facebook.
Well, rata2 sahabat menyatakan bahawa "landslide victory buat Rafizi", manakala ada section puak UMNO yang menyatakan Khairy menang - walaupun pada malam ini begitu senyap sunyi puak UMNO ni sebenarnya. Jadi siapakah yang menang? Berjayakah debat ini mencapai matlamatnya atau ini sekadar memberikan gambaran jelas mengenai apakah halatuju kedua2 pihak dalam isu PTPTN ini?
Baik, terus sahaja kepada debat. Aku akan cuba memberikan pandangan aku secara frame by frame dan walaupun akan ada puak UMNO yg anggap aku bias, suka hati depa.
Round pertama, iaitu pembukaan debat bagi aku tak begitu seimbang. Rafizi bagi aku terus kepada permasalahan teknikal dan aku dapat baca apakah halatuju yang cuba dia bawak - iaitu masalah kerangka ekonomi jangka sederhana (8 tahun bukanlah tempoh yang panjang) iaitu beliau menyatakan dengan kadar pemberian hutang PTPTN secara konsisten tetapi diselikan dengan kadar kutipan balik yang amat rendah - serendah 10% - maka negara akan mengalami hutang pembelajaran sebanyak RM177 billion pada tahun 2020 dan ini akan memberikan masalah yang amat besar buat negara. Dari awal, inilah point Rafizi dan inilah yang menjadi asas debatnya pada hari ini. Jadi, Rafizi menyatakan cadangan Pakatan Rakyat adalah "membetulkan kembali sistem" dana pembelajaran bermula pada hari ini dengan tindakan menghapus PTPTN agar negara tidak akan mengalami masalah yang tersebut di atas. Itu asas beliau, dan itu adalah asas PR.
Memang tidak ada sorak sorai daripada penyokong2 PR pada pembukaan Rafizi - yang bagi sesetengah orang seperti slow. Tetapi, jika dilihat dengan lebih teliti, Rafizi tidak mahu membuang masa membicarakan tentang lelucon atau perkara2 yang remeh, jauh sekali menghentam kerajaan BN. Beliau terus kepada permasalahan, dan terus menggali maqasid debat ini sendiri. Itu adalah sesuatu yang amat patut dipuji.
Tetapi respons Khairy adalah agak mengecewakan sebenarnya. Ya, setiap kali dia berbicara terutamanya apabila dia menghentam dasar2 PR yang tertera dalam buku jingga, penyokong2 UMNO bersorak sorai gembira namun bagi aku, pembukaan debat seharusnya menjadi medan kepada Khairy untuk berbicara tentang rasionaliti MENGEKALKAN PTPTN dan bukannya menghentam fakta yang dikemukakan oleh pihak lawan, jauh sekali untuk mengkondem dasar2 pihak lawan YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN TOPIK. Dihentamnya isu IPP. Dihentamnya isu janji2 Pakatan di Selangor dan sebagainya. Maaf, aku mungkin kelihatan seperti amat bias tetapi kalaulah aku neutral, ini juga pandangan aku. Pembukaan debat seharusnya menjadi medan buat Khairy mempertahankan pendirian kerajaan BN mengekalkan PTPTN, bahkan jika boleh terus kepada idea kerajaan BN mengenai pemansuhan caj perkhidmatan 1% itu. Tetapi nampaknya Khairy lebih suka untuk mengambil ruang pembukaan selama 7 minit itu untuk mempertikaikan hujah pembukaan Rafizi.
Round kedua bagi aku adalah satu turning point. Mcm yang aku sebut di atas, sememangnya ucapan Rafizi tidak disorak sorai oleh penyokong2 PR kerana hujah pembukaan Rafizi bersifat akademik dan tidak berbentuk crowd puller. Namun, pada pusingan soalan ini, persoalan Khairy Jamaluddin yang dilihat cuba memerangkap Rafizi berhubung isu yuran KUIN dan IPT2 di Selangor dan Kedah berjaya dijawab dengan baik dan meyakinkan oleh Rafizi. Hanya satu poin yang diberi Rafizi iaitu SEMUA INI BUKAN TANGGUNGJAWAB NEGERI, TETAPI LEBIH MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB PUSAT, dengan beberapa contoh diberi berhubung pengurusan yang amat cacamerba oleh kerajaan BN yang terdahulu menyebabkan kerajaan PR yang ada ketika ini terpaksa menanggung segala beban ini disamping agihan kekayaan negara yang tidak seimbang menyebabkan kerajaan negeri2 PR seolah2 "hidup dengan kantung sendiri". Manakala Rafizi pula memberikan satu soalan maut - kemanakah perginya wang petronas berjumlah RM 237 billion yang diambil oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu beliau menjadi PM dimana Rafizi memohon penjelasan berapa persenkah wang itu digunakan utk tujuan pendirikan atau sekiranya ada, apakah pecahan2 lain yang terlibat - dan soalan ini langsung tidak dijawab dengan meyakinkan oleh Khairy sehingga dia mencatat rekod apabila buat kali pertamanya dalam sejarah debat professional di mana2 negara pun di dunia ini bilamana pendebat tidak stretch masa yang diberikan untuk berhujah - waima 4 minit sahaja.
Begitu juga dengan round2 seterusnya termasuk round soalan oleh moderator dan penonton yang dijawab kemas oleh Rafizi namun dijawab secara berpusing2 oleh Khairy, hinggakan Khairy memainkan sentimen apabila menuduh Rafizi menghina "IPTS atas rumah kedai" sedangkan sebelum itu Rafizi sendiri menyatakan dengan jelas jika IPTS2 ini benar2 mencapai piawaian dan relevan, maka IPTS itu akan turut diraikan oleh kerajaan PR. Bahkan, Khairy tersangkut2 apabila diajukan persoalan mengenai "hutang jerung dibiarkan, yang bilis ditekan" mengambil contoh isu NFC dan Tajudin Ramli. Khairy memberi alasan hutang Tajudin dilupuskan "kerana ada settlement luar mahkamah dan ianya tak merugikan Danaharta". Pertama sekali, apakah "penyelesaian" itu? Dan tak timbul soal Danaharta rugi atau tak, IANYA TETAP MELIBATKAN WANG RAKYAT DAN RAKYAT PATUT TAHU!
Begitu juga sewaktu penggulungan, Rafizi terus stick kepada isu "kerangka ekonomi negara 8 tahun lagi" sambil memberikan satu swipe kepada Khairy kerana gagal menjawab 2 persoalan penting - apakah tindakan BN untuk menghadapi situasi unjuran yang diberikan berhubung kerangka ekonomi itu dan persoalan mengenai RM237 billion wang Petronas itu pergi, manakala Khairy - aku tak tau kenapa - boleh spin isu kerangka itu sebagai kononnya "kerajaan PR mengaku awal2 yang depa tak dapat nak mengatasi masalah ekonomi". Wei - sebab nak atasi masalah ekonomi itulah maka idea untuk hapuskan PTPTN itu wujud!
Secara peribadi, pendapat aku begini -
1) Rafizi stick dengan tajuk dan halatuju debat serta memberikan satu persoalan yang dilihat relevan dengan kehendak debat - cuma beliau tidak menyatakan secara spesifik berkenaan halatuju pendidikan negara tetapi lebih kepada halatuju dan masadepan negara itu sendiri manakala Khairy pula lebih bersifat offensive dan tidak begitu menekankan sangat terhadap tajuk.
2) Rafizi tidak menghabiskan masa yang diberikan dengan mengutuk atau membelasah BN sebaliknya beliau stick dengan faktam, manakala Khairy lebih gemar menghabiskan masanya dengan membelasah point Rafizi serta memperlekehkan dasar2 PR. Aku naik konpius - siapa kerajaan, sapa pembangkang sekarang?
3) Dasar persoalan Rafizi adalah prospek hutang pembelajaran tinggi yang bakal ditanggung oleh negara pada 8 tahun akan datang iaitu sebanyak RM177 billion itu berpunca akibat kadar pengutipan hutang yang amat rendah oleh PTPTN, dan jika keadaan ini tidak mampu diperbaiki maka seeloknya dimansuhkan sahaja hutang tersebut dengan menchannelkan lebih wang kepada pendidikan serta mengamalkan dasar pentadbiran yang jimat, telus dan tidak mengutamakan kroni serta bebas rasuah. Khairy langsung tidak menjawab ttg idea untuk mengatasi masalah kadar pengutipan rendah ini. Sebaliknya, Khairy hanya menekankan tentang "pemansuhan caj perkhidmatan 1% itu adalah lebih relevan". Soal pokoknya ialah, pelajar bukan tak bayar caj perkhidmatan - depa tak bayar hutang PTPTN langsung lantaran keadaan ekonomi negara dan dunia yang tak sihat pada ketika ini. Berapa persen kadar kemasukan kerja oleh graduan? Malangnya, persoalan ini tidak dijawab oleh kedua2 panel meskipun Rafizi ada menyentuh hal ini secara umum.
4) Dalam perdebatan ini, aku dapat melihat mentaliti kedua2 pendebat ini dan jika boleh, ini juga mewakili mentaliti parti2 yang depa wakili. Disaat KJ dan UMNO lebih menumpukan kepada "hari ini", Rafizi dan PR lebih menumpukan tentang aspek jangka masa pertengahan dan panjang serta memberikan solusi bagaimanakah pendidikan percuma ini dapat dijelmakan tanpa menjejaskan sistem yang sedia ada.
Secara kesimpulan, aku tak nak menyatakan sapa menang atau kalah perdebatan ini sebab itu bukanlah isu. Yang penting, apakah persepsi rakyat terhadap kedua2 pemimpin muda ini dan yang lebih penting, persepsi masyarakat tentang parti2 yang diwakili oleh depa.
KIta nilaikan sendiri. KIta mahukan jawapan yang teknikal atau sinikal.
No comments:
Post a Comment