Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, April 29, 2012
Siput Babi? Apakah itu Siput Babi?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Maka BERSIH 3.0 telah berlalu. Himpunan yang berjalan dengan jayanya selama 13 jam bertukar jadi huru hara pada saat2 terakhir sebelum bersurai. Pelbagai andaian, tuduhan dan kecaman dilakukan oleh kedua2 pihak terhadap satu sama lain.
Soalnya, apakah yang sebenarnya mencetuskan kejadian ini? Apa yang memulakan rempuhan halangan polis di Dataran Merdeka yang menjadi punca segala kekacauan ini? Siapakah yang menyebabkan kereta polis terbabas lalu meremph peserta? Dan yang paling penting, SIAPAKAH YANG MEMBELASAH POLIS?
Aku ingin sertakan satu statement yang "mengantoikan diri" oleh Zaharin Mohd Yassin dalam Facebooknya -
"Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini.."
Apakah itu SB? SB, atau bahasa mudahnya "special branch" (aku gelarkan depa ni Siput Babi) adalah sepasukan polis yang tidak memakai uniform dan tidak terikat dengan satu2 department polis. Kerja depa adalah menyamar, menyelinap dalam apa jua organisasi yang memberikan ancaman kepada keselamatan negara (dan keselamatan UMNO BN) untuk memberikan maklumat sulit dan dalam kes2 tertentu, digunakan sebagai kambing hitam dan pencetus provokasi.
Inilah yang berlaku dalam BERSIH 3.0, seperti yang disahkan oleh Zaharin dt atas tadi. Malah, sumber2 yang amat boleh dipercayai mengesahkan terdapat pihak2 tertentu yang diupah untuk menyelinap masuk ke dalam group pendemonstran dan cuba mengapi2kan semangat para peserta untuk merempuh halangan polis, dan untuk kes yang ekstrem, melakukan keganasan terhadap polis dan harta benda awam.
Sewaktu aku berkawal kat halangan di Dataran Merdeka, aku dan unit2 amal lain yang turut berkawal dah detect 3-4 ekor siput babi ini. Sedari awal aku dan unit amal lain berkawal kat halangan2 tu, para siput babi ni - ramai gak jumlahnya - melakukan provokasi halus. Kutuk2 polis, hasut supaya rempuh halangan mcm "rempuh je...tolak je..depa sikit, kita ramai" dan sebagainya. Mula2 aku berlembut dengan depa tapi lama2 aku maki terus dan halau dari depan pagar.
Tiba2, berlaku tolak menolak yang agak drastik depan halangan polis bahagian tengah. Sorg peserta jatuh dan menjatuhkan halangan polis, kemudian sekumpulan lelaki yang tak pakai baju kuning pun meluru sambil diikuti oleh peserta2 BERSIH yang ingatkan memang dah boleh masuk dalam dataran sambil nak melegakan asakan. Puak2 jaket kulit tu dan para siput babi itulah yang mencampakkan kon, halangan polis ke arah polis dan bangunan mahkamah serta bertindak ganas. Kami dan beberapa peserta BERSIH yang prihatin cuba halang org ramai dari terus memasuki kawasan dataran sebab takut tindakbalas polis tapi semuanya dah terlambat.
Itu yang aku detect. Yang aku tak detect?
Hasil kajian ramai pihak mendapati siput2 ini juga muncul di lokasi2 yang menjadi kontroversi, notably kes kereta polis langgar peserta BERSIH tu. Even Ameno World pun tertipu. Jelas dalam screenshot yang diambil (bukan video ye, screenshot dari video) menunjukkan ada elemen "rancangan" berlaku di situ, tetapi kereta yang merempuh peserta itu bukan rancangannya. Secara peribadi, aku rasa rancangannya adalah supaya puak2 siput babi ini yang kononnya peserta demo membaling batu dan merosakkan kereta polis tersebut. Sebab tu poemandunya memakai helmet! Mana ada polis atau sesapa yang bawak kereta memakai helmet? INi jelas dalam screenshot itu tetapi dinafikan oleh puak2 UMNO BN. Ini semua bertujuan untuk menunjukkan "keganasan peserta" merosakkan hartabenda awam. Malang bagi depa, kuasa Allah mengatasi segala2nya bila tiba2 kereta itu terbelok lalu merempuh peserta, walaupun banyak saksi kat situ berkata kereta itu mmg sengaja dibelokkan. Jika kejadian ini tidak terjadi, kita takkan dapat membongkar permainan para siput babi ini.
Begitu juga dengan video yang aku upload dalam blog aku semalam. Perhatikan insan yang membaling kon ke tengah jalan itu - bagaimanakah timingnya? Kalau betul2 peserta BERSIH nak merusuh, dia akan baling kon tu tepat ke arah motor polis yang berhampiran dengannya tapi kenapa dia baling ke tengah jalan, ketika tiada motor polis yang lalu? Kemudian polis2 yang berhenti (sila lihat betul2) tidak berusaha mengejar pembaling itu yang berlari ke arah lain, sebaliknya depa mengejar orang lain yang berlari ke arah yang jauh berlainan. Jika benar polis hangin dengan pembaling tersebut, kenapa tak kejar si tukang baling je?
Satu lagi pendedahan mengejutkan adalah bagaimana seseorg boleh bertukar2 peranan - sekejap jadi peserta demo belasah polis, dan sekejap lain jadi polis belasah peserta pula. Bagaimanakah ini dibenarkan dan diterima?
Sebetulnya, apa yang berlaku semalam benar2 bertepatan dengan kerisauan aku, iaitu pihak2 pengotor ini menggunakan taktik "wreck havoc from within". Ini adalah kes2 yang aku perasan dan nampak - bagaimana pula di tempat2 lain yang aku tak nampak dan tak dapat laporan?
Bagi aku mudah je, sebab dakwaan Zaharin itu adalah serius dan boleh digunapakai sebagai bukti di mahkamah atau apa jua sebutan siasatan. Kalau benar polis serius nak membasmi perosak2 ini, depa akan bertindak proaktif menangkap dan mendedahkan identiti depa kepada khalayak. Ini bukannya sukar sebab banyak je gambar2 yang ditangkap dan jelas mendedahkan wajah masing2. Buat perbicaraan terbuka atas tuduhan "mencetuskan huru hara dalam negara" yang mana boleh dikenakan hukuman seperti ISA (aku lupa nama akta baru tu). Kita menanti tindakan polis. Itu pun kalau depa nak bertindak la. Takkan depa nak bertindak ke atas geng2 sendiri dan puak2 yang diupah oleh pihak2 penentang BERSIH yang bersekongkol dengan depa?
Ada org kata, "bodoh ke nak belasah kawan sendiri sampai cedera?" apa susahnya - yang membelasah dapat upah lumayan. Yang dibelasah lah boleh dapat cuti rehat 2-3 bulan bergaji dan elaun serta bayaran tambahan, dan belanja perubatan diclaim. Ini semua boleh berlaku.
So banyak pengajaran sebenarnya yang boleh kita ambil dari pengalaman ini. Kita harus fikirkan bagaimana hendak menangani siput2 babi ini secara proaktif dan efisien sebab andaikata BERSIH 4.0 digagaskan, puak2 siput babi ini akan terus meneruskan modus operandi depa dengan lebih licik. Kita kena berada setapak di depan depa dengan mengenalpasti strategi yang ampuh untuk menghadapi dan mengatasi depa.
Yang penting, jangan benarkan peristiwa ini menenggelamkan kejayaan BERSIH 3.0.
No comments:
Post a Comment