Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, April 6, 2012
Saya bertanya je, yang terlompat-lompat tu kenapa?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ini adalah satu kisah lawak yg berlaku dalam DUN Perak, melibatkan Datuk Sri Nizar Jamaluddin dan YB Sungai Rapat, Hamidah Osman.
DS Nizar dalam sesi persidangan DUN Perak hari ini telah mengemukakan beberapa soalan yang telah menyebabkan pihak Umno/BN, terutamanya YB Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat telah hilang kesabaran mengawal diri sebagai seorang wanita Melayu yang bersopan santun.
Ds Nizar telah bertanyakan tentang kos bagi mengundang 4 artis iaitu Hazami, Misya Omar, Fikri dan Cheryl sewaktu Gala Pelancongan di Perak Royal Golf Club baru-baru ini.
Ds Nizar juga mahu mengetahui mengenai kos menyewa bunga-bunga hidup, dan juga bunga-bunga mati.
Disamping itu, beliau juga turut menyatakan, telah mendapat maklumat daripada pihak dalaman bahawa AC Mizal telah diberi RM150,000 sebagai lantikan 'Duta Pelancongan’ Negeri Perak.
Pada ketika inilah , YB Hamidah telah melalak terlolong meminta Ds Nizar membuktikan dan menuduh Ds Nizar sebagai pembohong.
YB Jamaludin bekas Posmen Katak itu juga menyelit melaungkan ungkapan 'penipu’ kepada Ds Nizar.
”Saya cuma bertanya, yang Sungai Rapat terlompat-lompat apasal?”, celah Ds Nizar dikeriuhan jeritan YB Hamidah "penipu! penipu! penipu!".
Kecoh sungguh keadaan apabila YB Hamidah sudah hilang kawalan diri dan terpaksa ditenteramkan oleh Speaker.
"Saya cuma nak minta pandangan juga ketetapan , apa yang saya dengar itu betul ke tak betul? Itu sahaja. Yang pergi melompat-lompat tu buat apa? Betul tak betul?” Ds Nizar dalam kehairanannya melihat telatah YB Hamidah.
Ds Nizar turut bertanyakan perihal kos meraikan kekerapan Perdana Menteri Najib datang ke negeri Perak.
Menurut Ds Nizar, di Kuala Woh, sebuah perkampungan orang asal berhampiran jalan ke Cameron Highland, bas-bas telah membawa orang asli dari seluruh negeri Perak dan negeri-negeri berhampiran.
"Berapa banyak pula kos untuk membiayai penginapan mereka di hotel-hotel tertentu dan juga makan minum mereka? tanya Nizar.
"Adakah ianya dibiayai oleh kerajaan persekutuan ataupun sebahagian kerajaan negeri?”
***Nak tergelak bila Ds Nizar kata, "Saya cuma bertanya, yang Sungai Rapat terlompat-lompat apasal?”
Tentu dia terkencinglah masa itu!
(sumber - Al Husseyn
No comments:
Post a Comment