Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, April 9, 2012
PTPTN - kenapa berkira sangat untuk rakyat?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nampaknya, gagasan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan PTPTP mendapat reaksi hebat - terutamanya "buah pertahankan diri" yang serba kelam kelibut dari pak menteri UMNO, daripada sang menteri perdana sampailah ke menteri2 "low class". Punya la kelam kelibut sampai alasan2 yang depa bagi semuanya pandir belaka.
Malah, pak katak juga turut bersuara apabila menyatakan "jika PTPTN dimansuhkan, melayu akan terjejas". Sekurang2nya, inilah alasan yang diberikan oleh semua menteri UMNO (kecuali, setakat ni, Saifudin Abdullah). Depa memberikan alasan2 bahawa jika PTPTN dihapus, melayu akan terjejas kerana IPTS akan gulung tikar, Petronas akan tertekan kerana terpaksa menampung dana dan sebagainya.
Soalnya, betul ke?
Perkiraan yang dibuat oleh Najib adalah kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak RM 43 Billion jika PTPTN dimansuhkan. Betul ke?
Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, sebenarnya kos yang terlibat cuma RM 28 juta dan bukan RM 43 juta seperti yang diberitahu oleh Najib, melibatkan jumlah peminjam sebanyak 1.9 juta pelajar. "Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM 43 bilion seperti disebut.
"Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?," Husam dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.
Mengulas hal ini, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan secara sinis dalam status facebooknya menyatakan bahawa RM 15 juta (43-28 juta) telahpun masuk ke kocek pimpinan UMNO secara diam. Sebab tu Najib mengumumkan RM 43 juta sebab itulah angka yang diberikan kepadanya oleh para menteri dan advisornya. Kenapa aku katakan yang Najib hanya mengumumkan angka seperti yang diberikan sahaja? Apakah dia tidak ada pengetahuan langsung mengenainya? Pastinya begitu. Sela beza RM 15 juta bukan sikit tau. Ini mungkin satu isu baru untuk tindakan PRM untuk menyiasat kemanakah perginya RM 15 juta itu.
Bukannya apa, adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Najib mengumumkan angka yang jauh tersasar daripada fakta. Husam tu bukan kecil anak - dia lulusan Economics dari Universiti Malaya. Perlekehkan Husam, maka orang itu memperlekehkan UM selaku universiti tertua negara.
Tak percaya lagi? Meh sini aku tepekkan satu fakta yang merupakan KENYATAAN MEDIA KHALED NORDIN ketika mengulas isu tunggakan pembayaran balik pinjaman PTPTN sejumlah RM 1.1 juta, yang dicatatkan pada 8 April 2011 -
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Seramai 214,790 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum membuat pembayaran balik kepada perbadanan itu yang membabitkan jumlah hutang sebanyak RM1.1 bilion, sejak tahun 1997 hingga 28 Feb lalu.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bilangan itu adalah daripada jumlah keseluruhan peminjam iaitu seramai 887,995 orang yang sepatutnya membuat pembayaran balik bagi tempoh tersebut.
Katanya 673,205 peminjam (75.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan peminjam telah membayar balik pinjaman dengan nilai kutipan sebanyak RM2.3 bilion (48.9 peratus) daripada RM4.7 bilion yang perlu dijelaskan.
"Jumlah peminjam itu merupakan mereka yang masih belum memberikan maklum balas terhadap tindakan-tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh PTPTN.
"(Bagaimanapun) jumlah mereka yang membuat pembayaran balik adalah meningkat iaitu lebih 70 peratus, tetapi nilai kutipan tidak begitu banyak kerana kita membenarkan rundingan dibuat daripada segi nilai yang perlu dibayar balik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perakuan Kredit Modul Pengurusan Kewangan Peribadi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di sini, Khamis.
Sejak penubuhannya pada tahun 1997 sehingga 28 Feb lalu, sebanyak 1.7 pinjaman telah diluluskan dengan nilai RM38.15 bilion sementara bagi tahun lalu sahaja, PTPTN telah meluluskan sejumlah 238,722 bilangan pinjaman dengan peruntukan sebanyak RM6.04 bilion.
Sila highlight tentang bab "sejak penubuhannya pada taun 1997 hingga 28 februari 2011", jumlah pinjaman PTPTN TERKUMPUL adalah RM 38 billion - up sikit dari apa yang Husam beritahu (mungkin dia mengambil laporan pada tahun 2010 dimana pinjaman terkumpul pada September 2010 adalah sebanyak RM 27 billion). Walau apa pun jumlahnya, ini bermakna PURATA PINJAMAN PTPTN SETAHUN HANYALAH RM 3-4 BILLION SAHAJA. Bukanlah RM 28 @ RM 38 @ RM 43 billion SETAHUN!
Jadi, apa masalahnya utk memberikan pendidikan percuma untuk rakyat? Tambah je la peruntukan untuk pendidikan dan cut la peruntukan daripada kementerian2 lain. Senang.
Mengulas hal ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan jelas menyatakan seperti berikut, "jika dapat dijimatkan wang dari subsidi RM17 billion setahun menangung Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan RM28 bilion setahun yang rugi akibat kelemahan pengurusan kerajaan seperti yang ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara, RM45 bilion setahun dapat dijimatkan dan negara sepatutnya tidak ada masalah lagi hendak menanggung RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan."
See? Kalau hati tu ikhlas, pasti akan ada jalan. Malah kalau aku ingin tambah, better kita utamakan pendidikan percuma untuk generasi kita ini berbanding dengan melupuskan hutang kroni seperti yang terkini RM589 juta hutang Tajudin Ramli kepada Khazanah Nasional dilupuskan begitu sahaja. Itu yang kita tahu dan sedar - yang kita tak tahu?
Bercakap tentang IPTS, aku nak tanya la; berapa kerat sangat IPTS milik melayu? Kolej TAR, UNITAR, LimKokWing, Binary College dan banyak lagi semuanya milik non bumi. Nama je guna nama pemimpin2 negara yang lampau tapi tetap milik non bumi. Kolej TAR misalnya, milik MCA. Apakah benar pemansuhan PTPTN ini benar2 menjejaskan orang melayu, atau menjejaskan kolej2 milik kroni?
Lagipun, jom kita fikir secara logik; banyak sangat ke tempat dalam IPTA kat Malaysia ni? Terhad je beb. Bila tempat terhad, tak semua akan dapat masuk IPTA so nak tak nak, sesapa yang tak terpilih silalah memilih untuk belajar kat Kolej Swasta atau IPTS. Pemansuhan PTPTN hanya melibatkan IPTA je kan? So kat IPTS gunalah balik PTPTN tu atau rebrand balik dengan penjenamaan lain supaya lebih jelas tujuannya. Takkan terkubur punya universiti2 swasta ni. Ketatkan kemasukan IPTA sebab ianya dah jadi "exclusive". Dengan ini, kualiti IPTA akan meningkat sebab makin tinggi grading diperlukan. So student esp melayu akan strive harder, dan mana tahu langkah ini akan menghasilkan graduan yang benar2 berkualiti seterusnya meningkatkan ranking universiti2 awam Malaysia di mata dunia. Sentiasa akan ada hikmah di sebalik kejadian.
Perlu diingatkan juga BUKAN MELAYU SAHAJA YANG PINJAM PTPTN. Cina dan India pun banyak yang meminjam PTPTN. Pembohong besar kalau kita katakan yang cuma melayu sahaja menjadi pelanggan PTPTN selama ni. So ini membatalkan hujah yang kononnya pemansuhan PTPTN akan menyebabkan melayu mundur dan cina naik. Come on la - kita mansuhkan PTPTN bukan maksudnya kita tak bagi apa2 bantuan langsung TAPI KITA MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA DI IPTA2. IPTA2 di Malaysia semuanya ada quota. UiTM sendiri adalah khusus untuk bumiputera melayu! Macam mana la pendapat kata "ini untuk menguntungkan org bukan melayu" timbul. Walhal, yang sepatutnya beruntung dalam hal ni ialah org melayu yang rata2nya tidak berada. Bayangkan la - habis grad terus kena bayar hutang PTPTN walhal tak dapat kerja lagi. Nak dapat kerja bukannya senang sekarang - makan bertahun kalau tak kena gayanya. Mana nak cekau duit nak bayar hutang? Nyusahkan mak bapak lagi? Melayu la yang paling selalu terpalit perihal ni - bukan cina dan bukan india.
Satu alasan yang amat2 dangkal bila menyatakan PTPTN hanyalah menguntungkan kaum bukan melayu. Karut. Memang karut.
Last but not least, puak2 UMNO serang kononnya Anwar cakap tak serupa bikin sebab dialah dulu yang mencadangkan PTPTN. Ya, memang dia yang cadangkan tapi cadangannya lebih berupa untuk "menjadi penampung kepada mereka yang ingin belajar dan tak mampu TETAPI TIDAK LAYAK UNTUK MENERIMA BIASISWA JPA ATAUPUN MARA". Itu matlamatnya agar TIDAK ADA SEORANG PUN PELAJAR YANG BERPOTENSI KETINGGALAN DALAM PELAJARAN dek kerana tak layak terima biasiswa dan dia tak mampu. Tapi kerajaan kita ni makin lama makin nak ambil keuntungan daripadanya - lalu dimansuhkan biasiswa JPA dan kini, hanya satu option untuk para pelajar ini mendapat dana untuk meneruskan pelajaran - PTPTN. Matlamat PTPTN yang asal dah terpesong.
Oleh itu, aku rasa amat patut kalau PTPTN ini dimansuhkan, dan dikaji balik sistem yang amat sesuai agar semua pihak mendapat penyelesaian "win-win". Buat pencacai UMNO, sila buat research anda dan tolong la - kita nak bagi pendidikan percuma untuk anak2 korang jugak.
Tu pun tak suka ke?
No comments:
Post a Comment