Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, April 15, 2012
Mana satu lebih merbahaya - hina Raja (?) atau "halalkan" PATI?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Wahh...lama betul aku berehat ye. Selama 2 hari aku terswitch off sekejap dari dunia politik maya - satu sebab kurang sihat, satu lagi disebabkan tiadanya masa aku menghadap laptop. Pelbagai isu menerjah sebenarnya tetapi semuanya berjaya disantuni oleh sahabat2 yang lain. Apapun, aku nak ucapkan tahni'ah kepada sahabat2 pejuang yang berkampung di Dataran Merdeka sempena bantahan PTPTN semalam. Aku tak dapat join sebab pagi tadi aku diperlukan untuk berada dalam Muktamar PAS Batu.
Walaupun begitu, bukan isu itu yang ingin aku sentuh menerusi penulisan kali ini.
Aku tertarik dengan tajuk Mingguan Malaysia (meloya) berkenaan gesaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dakwaan kononnya pemimpin2 pembangkang menghina Raja-Raja Melayu. Begitu serius nampaknya depa ni utk menekankan perihal itu HANYA KERANA dakwaan seorg doktor yang selama ni tak de sesapa pun kenal - Dr Rahman. Punya la aku tak kenal dia, sampai aku tak ingat nama bapanya.
Dari satu segi, menghina Raja adalah satu perbuatan yang amat keji. Ianya juga boleh dikenakan tindakan mengikut undang2 kerana Raja2 Melayu adalah tertakluk bawah perlembagaan, maka menghina Raja2 Melayu bermakna memperlekehkan perlembagaan dan ianya boleh dijatuhkan hukuman. Maaf - aku lupa bawak seksyen apa. Korg boleh buat homework sendiri.
Cuma, jangan kita lupa pada tahun 2008 yang lalu, sekumpulan puak UMNO yang membantah tindakan Sultan Terengganu yang juga YDP Agong pada masa itu tidak melantik semula Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu sebaliknya melantik Ahmad Said sebagai MB. Bantahan itu menjadi begitu ekstrim sehingga terpampanglah satu sepanduk "Kami nak Deris, natang". Natang tu ditujukan kepada siapa? Budak tadika pun boleh menjawabnya.
Kenapa masa tu depa tak sibuk2 nak tubuhkan Suruhanjaya DiRaja utk carik dalang sepanduk tersebut? Malah memandangkan benda tu caught on TV, maka lebih mudahlah utk tindakan diambil, bukan? Sehingga kini, tak de apa tindakan pun diambil. Kes ni diam macam tu je.
Sila bandingkan pula "funfair" yg dicanang oleh UMNO BN apabila DAP Perak melakukan "sembah derhaka" kebawah Duli Sultan Perak. Dicanangnya DAP derhaka Raja. Walhal, "sembah derhaka" itu adalah satu protokol rasmi bagi mana2 pihak yang tidak bersetuju dan ingin membantah sebarang titah sultan! Nampaknya cina2 bukit DAP ni lebih faham adat melayu berbanding UMNO.
Tup2, kisah ini pula keluar. Cuma yang menjadi tanda tanya, kenapa? Apakah UMNO benar2 kehabisan modal untuk menyerang PR sehinggakan sekali lagi, berita berdasarkan "cerita orang" menjadi tajuk utama akhbar2 depa?
Bagi aku satu je natijahnya - ingin menutup kisah kewujudan "task force" pemberian IC percuma kepada warga asing supaya menjadi pengundi BN, seperti yang didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar baru2 ini.
Mahfuz pada 4 April mendedahkan wujud “task force” yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mengundi pada pilihan raya nanti. Mahfuz mendakwa “task force” itu diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta beberapa pegawai lain di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Walaubagaimanapun, seperti biasa Wan Ahmad menafikan tuduhan itu secara separuh masak.
Mahfuz sebenarnya kini sedang bermain dengan api. Apa tidaknya, dakwaan beliau wujud Task Force berpangkalan di Jabatan Perdana menteri, memberi IC kepada warga asing membolehkan mereka mengundi dalam PRU13 nanti. Cabaran dan dakwaan beliau ini mewujudkan keadaan gelisah dan tidak selesa pihak SPR, JPN dan KDN serta MKN. Sudah tentu, depa mengintai peluang untuk menyerkap Mahfuz.
Dalam konteks ini Mahfuz Omar mencabar SPR dan kerajaan Persekutuan Najib untuk memberi penjelasan akan dakwaaan wujugnya Task Force pemberian IC terhadap PATI agar boleh mengundi pada PRU13 nanti. Mahfuz mendakwa beliau mempunyai bukti-bukti yang kukuh.
Wan Ahmad SPR cuma menafikan yang beliau tidak terlibat, dan tidak menafikan kewujudan Task Force tersebut. Wan Ahmad menganggap dakwaan Mahfuz ini sebagai karut.
Bagi membuktikan bahawa ini bukanlah "karut" seperti dakwaan Wan Ahmad, PAS menubuhkan Jawatankuasa Anti Pemansuhan IC (Api) dengan Mahfuz sendiri sebagai Pengerusi, dan anggota lain ialah Dr Hatta Ramli, Suhaizan Kaiyat, dan peguam Zul Hazmi Shariff.
Mahfuz memaklumkan pada Isnin ini Jawatankuasa ini akan bermesyuarat untuk membincangkan pertemuan dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi menghantar memo supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat hal ini.
Langkah Mahfuz ini memang tepat masanya. Peluru mesti dilepaskan kepada sasaran yang tepat! SPR mesti ditekan sekuat-kuatnya agar agar mereka berasa tidak selamat. Peluru-peluru ini, seperti Laporan Minoriti dan BERSIH 3.0, dan yang terbaru ialah pendedahan penganalisis pilihan raya, Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan “menjadi 400,000 pengundi meragukan".
Menurut Ong Kian Ming, jika dibahagi dengan 222 kerusi parlimen, jumlah pengundi yang diragukan bersamaan 35 kerusi parlimen yang purata penambahannya 1,800 pengundi. Cukup untuk BN menang dengan majoriti tipis jika keadaan sentimen 2008 tidak berubah.
Memang jika daftar pemilih ini tidak dibersihkan, dan kerajaan serta SPR tetap berdegil menggunakannya, memang PR akan kecundang. Yang mungkin selamat ialah Kelantan atau Pulau Pinang sahaja. Tetapi ini soal lain.
Secara asasnya, Mahfuz bermain api kerana sesungguhnya Mahfuz perlu bersedia untuk menanggung risiko kerana dakwaan tentang task force ini melibatkan JPM dan MKN. Tentu mereka tidak akan berdiam diri.Namun, beranikah mereka bertindak atau sekurang-kurangnya mengheret Mahfuz ke mahkamah? Kita tunggu apa reaksi Najib, JPM, SPR, dan Majlis Keselamatan Negara.
Namun begitu, jika dibandingkan dengan dakwaan pemimpin2 pembangkang menghina Raja, aku merasakan hal inilah yakni perihal task force ini lebih patut diambil perhatian kerana ini lebih membahayakan keselamatan negara. Bayangkan, warga2 asing yang amat2 diragui kesetiaan depa terhadap Malaysia diberikan kerakyatan dengan mudah tanpa saringan, semata2 untuk meneruskan kesinambungan gila kuasa UMNO BN.
Semua tahu - peningkatan populasi pendatang asing ini menyumbang secara terus peningkatan kadar jenayah di negara ini. Sekarang soallah diri sendiri - apakah kita rela melihat UMNO BN memperjudikan keselamatan negara dan anak cucu kita semata2 untuk melangsungkan kuasa?
No comments:
Post a Comment