Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, April 19, 2012
Mana mungkin cinta Allah kalau tak ikut Nabi?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Satu hari, Umar r.a berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w, menggenggam tangan baginda lalu berkata, "Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku mencintai kamu melebihi sesiapa pun di dunia ini melainkan diriku."
Rasulullah pun bersabda, "Tidak! Masih tidak sepatutnya begitu wahai Umar. Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu menyayangiku lebih daripada apapun termasuklah diri kamu sendiri."
Maka Umar pun berkata, "Ya Rasulullah! Sekarang bersaksilah sesungguhnya aku mencintai kamu melebihi sesiapa dan apapun di dunia ini, hatta diriku sendiri." Maka Rasulullah pun berkata, "barulah sekarang, Umar!"
Apa pengajaran dari kisah ini? Pengajarannya ialah tidak akan sempurna iman seseorg itu selagi dia tidak melebihkan urusan Rasulullah, menyayangi Rasulullah, mengutamakan sunnah2 Nabi dalam setiap hal melebihi perkara lain - tak kira la diri sendiri ke, mak bapak ke, isteri ke, harta ke dan sebagainya. ini prasyarat utama keimanan.
Dewasa ini, cukup banyak pihak yang mengaku kononnya depalah muslim sejati. Depa amat mencintai dan menyayangi Allah. Sanggup bermati2an untuk mempertahankan kalimah Allah, memerangi gejala murtad dan sebagainya. Hebat betul depa ini. Sakan diadakan pelbagai demonstrasi sampai ada yg nak buat himpunan menyelamatkan akidah. Pihak2 yg tak nak join himpunan tu dianggap pengkhianat agama. Wahhh..
Meh sini aku membawa satu lagi kisah - ketika Saidina Abu Bakr dilantik menjadi khalifah, antara tindakan awal beliau ialah memerangi golongan murtad yang diketuai nabi palsu dan memerangi golongan muslim yg enggan membayar zakat. Dalam pada perkara pertama itu tidak menjadi masalah, perkara kedua menjadi sedikit kontroversi di kalangan sahabat2. Umar r.a bertanya, "wahai Abu Bakr, perlukah kita memerangi saudara seagama dengan kita hanya kerana depa enggan membayar zakat? Lupakah tuan kepada sabda Nabi s.a.w yg melarang kita memerangi pihak yang masih mengucapkan syahadah?"
Lalu dijawab Abu Bakr, "Islam ini datang kepada aku dan kamu serta kita semua lengkap serba serbinya. Hari ini, depa enggan bayar zakat lalu kita senyapkan. Mahukah kamu akan datang depa tidak mahu mengerjakan haji? Tidak mahu mengerjakan solat? Tidak berpuasa? Tidak menjalankan segala hukum Allah? Lalu kita lepaskan depa hanya kerana mereka masih mengucapkan syahadah? Dengan nama Allah dan RasulNya, aku tidak pantas membiarkan Islam yang diturunkan oleh Nabi s.a.w dikurangkan cirinya walau satu fasal pun."
Kenapa para sahabat mengambil ketetapan demikian? Kerana depa benar2 cintakan Allah dan meletakkan kecintaan depa terhadap Nabi Muhammad s.a.w melebihi dari apa pun di muka bumi ini. Kecintaan itulah mendorong depa terus menegakkan agama Allah dalam ertikata sebenarnya.
Berbalik kepada para "pejuang agama" yang aku mention kat atas tadi. Depa galak mempertahankan kalimah Allah tapi puak2 yang sama menikus mengenai melaksanakan hukum Allah. Depa dok galak berbicara tentang gejala murtad walhal depa sendiri telah melakukan kemurtadan secara jelas tetapi depa tidak mahu mengakuinya. Dr Yusuf al Qardhawi dalam salah sebuah kitabnya telah menulis, "jika dibandingkan murtad zaman dahulu dengan kini, murtad zama kini lebih bahaya. Murtad zaman dulu dari segi fardhiyyah iaitu dari segi jelas dan nyata depa keluar dari Islam, tetapi murtad zaman kini adalah lebih dikenali dengan murtad hukumiyyah, iaitu murtad yang berkulit. Luaran masih Islam secara zahir, tetapi dalaman? Sakan menolak hukum hakam Allah, sakan memperlekehkan sunnah Nabi s.a.w.
Banyak pihak mengakui cinta depa terhadap Allah. Tetapi mana mungkin kita mengaku cintakan Allah jika ternyata iman kita tidak sempurna? Dan bagaimana iman akan sempurna bilamana kita tidak mendahului Nabi dalam segala urusan? Kewujudan hub hiburan malam, konsert2 dan majlis2 lagha, pembaziran, penolakan hukum Allah malah pemerlekehan sunnah Nabi semuanya menatijahkan yang kini banyak pihak tak mendahulukan Nabi dalam segala hal. Dan ini menyebabkan iman semuanya menjadi cacat - bahkan boleh tergugur lalu dikatakan sebagi murtad WALAUPUN DEPA MASIH BERSYAHADAH. Syahadah depa hanyalah permainan kata2 di bibir semata2 tanpa penghayatan.
Jadi, layak ke depa kata depa cintakan Allah?
Dalam satu riwayat, Abu Dzar al-Ghifari mendengar Nabi s.a.w berteriak, "akan menimpa umatku satu musibah yang jauh lebih teruk dari dajjal!" sebanyak 3 kali. Lalu Abu Dzar pun bertanya, "apakah bahaya yang jauh lebih teruk dari dajjal yang bakal menimpa umatmu wahai Rasulullah?" Jawab baginda, "pemimpin2 yang menyesatkan umat dari jalan Allah".
Ternyatalah, semua tindakan yg kononnya mempertahankan kalimah Allah, memekak pasal gejala murtad ini hanyalah kosmetik pihak2 tertentu utk menampakkan kecantikan luaran depa kepada masyarakat, walhal hakikatnya depalah pihak yang sebenarnya merosakkan Islam, yang mematikan Islam, yang bertanggungjawab menyebabkan masyarakat terutamanya generasi muda jauh dari Islam.
Tidaklah layak bagi puak2 sebegini mengaku beriman kepada Allah, walhal depalah sendiri yang merosakkan apa yang Nabi Muhammad s.a.w bawa kepada kita.
Allah berfirman dengan jelas dalam surah al Baqarah ayat 8 hingga 12,
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
No comments:
Post a Comment