Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, April 7, 2012
Kita ada adab kita...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
"sebagai salah seorg ADMIN di PAGE nih..
wa xsetuju dgn POLITIK PHOTOSHOP gambar sesiapapon dalam keadaan mengAIBkan..
ini POLITIK UMNO!!
antara TUNTUTAN BERSIH ialah HENTIKAN POLITIK KOTOR..
jadi seharusnya JIKA KITA SUPPORT BERSIH..
kita kena LAKSANAKAN TUNTUTAN BERSIH pada diri kita dulu..
wa xsetuju..dan bangkang POLITIK STAIL INI!!
harap ADMIN tersebut AMBIK TINDAKAN SEGERA!!"
Ini adalah kata2 salah seorang admin sebuah page politik yang terkemuka, iaitu page "Kami Benci Najib Tun Razak". Ini adalah rentetan daripada tindakan salah seorg user pro PR yang post satu gambar superimpose menunjukkan Rosmah Mansor sedang melakukan tarian tiang.
Ini bukan kes pertama. Lately ni aku lihat terdapat keghairahan dari kalangan sahabat2 PR mengimpose gambar dan post gambar tersebut untuk dijadikan bahan kutukan khalayak. Kalau depa tak impose pun, depa letak gambar2 yang tak ada kaitan dan tidak ada nilai pengajaran apa pun (contoh, letak gambar awek seksi pakai baju pink tapi posting kaitkan dengan Puteri UMNO). Kenapa kecenderungan ini?
SIRI GAMBAR SUPERIMPOSE YANG MENJIJIKKAN. PERLU KE POLITIK KITA DIKOTORKAN SEBEGINI?
Secara jujur, aku memang penentang tegar UMNO dan BN tetapi dalam penentangan aku, aku utamakan fakta dan isi, atau jika aku tidak berminat untuk post fakta, aku akan bertindak post sarkastik tetapi dalam masa yg sama, menjaga aib org. Pernah sekali aku post satu gambar sorg wanita UMNO meredah banjir sambil angkat kain hingga paras lutut lalu menampakkan auratnya, tetapi aku blurkan wajah wanita tersebut agar tidak dikenali dan posting aku pun mempunyai unsur2 pengajaran - walaupun puak2 UMNO enggan menerimanya.
Bukan apa, aku tak nak dalam keghairahan kita menyerang UMNO, kita melakukan dosa. Atas tujuan apa kita berpolitik? Menang PRU, menjatuhkan lawan, saja2 gian nak berdebat ataupun kerana Allah utk menegakkan kebenaran? Kadang2, stail kita menggambarkan apakah niat kita sebenarnya. Aku tidaklah ingin mempersoalkan niat sesiapa pun dalam hal ni tetapi tepuklah dada, tanyalah iman.
Kita tak perlu embroil dalam kancah fitnah dan aib mengaib ini. Kira di PR sentiasa mempunyai peluru yang lebih dari cukup untuk menembak seterusnya mematahkan kemaraan UMNO BN. Kita ada banyak fakta dan fakta kita fresh sepanjang masa, whereas puak2 UMNO terus bergantung kepada talian hayat depa sekian lama iaitu kes liwat, china doll, DAP, Israel dan Ambiga. Itu sahaja.
Memandangkan puak2 UMNO sememangnya tak de isu terhadap kita, maka depa pun resort ke posting provokasi. Tujuannya? Mengalihkan pandangan kita agar kita melayan provokasi depa lalu kita pun terlupa apa yang kita nak buat pada masa itu - misalnya nak dedahkan skandal terbaru dalam kerajaan UMNO BN. Dek kerasa sibuk bertekak dan carut marut dengan puak2 BN, kita lari fokus.
Bab carut marut ni pun aku nak tegur juga. Kita tak perlu terlalu emosi sampai terlibat dalam situasi memaki hamun pihak lawan.
Firman Allah Taala:
"Tidaklah seseorang mengucapkan suatu perkataan, melainkan di sisinya terdapat malaikat Raqib dan Atid." (Surah Qaf, ayat 18)
Firman Allah Taala:
"Janganlah saling mencari-cari aib (ghibah) sesama kamu..." (Surah al-Hujaraat, ayat:12)
Firman Allah Taala:
"Celakalah untuk setiap pengumpat dan pencela."
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tahanlah lidahmu terhadap perkataan buruk....." (Riwayat al-Tarmizi, `an Uqbah bin Nafi')
Sabdanya lagi:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari ahkirat, hendaklah dia berkata perkataan yang baik tau dia diam sahaja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jelas di sini walaupun kita begitu ghairah utk berdebat, tetapi masih ada adab2 yang perlu kita jaga. Jika kita mendedahkan kepincangan yang sememangnya berkait dengan kemaslahatan masyarakat, itu bukanlah ghibah, dan jauh sekali dari mengumpat.
Allah berfirman, “Kalian (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari kemungkaran, dan beriman kepada Allah” [ali-Imran, 110]
Rasulullah s.a.w bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan mungkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat”(Riwayat Muslim)
Jelas, dalil2 ini membenarkan kita mendedah, menyuarakan dan membantah kemungkaran dan kebejatan yang melibatkan kemaslahatan umum. Apapun yang dilarang kepada kita adalah menyentuh peribadi seseorg itu terutamanya perkara yang tidak pasti seperti menuduh dia penzina, peliwat, atau mengatakan dia itu gemuk pendek dan seumpamanya.
Jadi, aku nasihatkan diri aku sendiri dan sahabat2 sekalian, dalam pada kita bersemangat nak menyanggah puak2 UMNO dan BN, tolonglah jaga adab. Kita tonjolkan diri kita selaku pejuang2 yang berdisiplin yang mampu bergantung kepada fakta dan dalil semata2 dan tak perlu resort ke perbuatan2 impose gambar dan seumpamanya.
Wallahu a'lam.
p/s - sebagai trivia, kunjungi dan perhatikanlah blog2 terkemuka ini seperti Na'im Nikmat, Demo Lanie, Edyes Dot Com dan Anak Sungai Derhaka. Lihatlah gaya bahasa depa. Mungkin depa guna bhasa pasar, tetapi tidak menjijikkan dan depa hanya post benda2 fakta dan isu yang sahih tanpa perlu impose sana sini.
Aku contohi depa. Korg pun kena contohi depa gak.
No comments:
Post a Comment