Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, April 25, 2012
Hati-hati dengan pendengki BERSIH!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sebelum aku nak melangkah lebih jauh dengan penulisan aku hari ni, aku nak tanya korg - tau tak gambar apa yang kat bawah ni?
Ya - ini adalah gambar sebuah demo kecil2an yang dianjurkan oleh Sisters in Islam (SIS) menolak diskriminasi terhadap golongan tomboy. Demo ini berlangsung lebih kurang 5 tahun lepas kalau tak silap. Perhatikan ayat placard itu - "tomboy is not a crime". Seperti yang kita tahu, majoriti tomboy adalah pengkid, dan pengkid pastinya mengamalkan cinta dengan kaum sejenis. Pengkid atau tomboy ni adalah satu golongan yang aku gelarkan "jantan tak bertelur", iaitu pompuan yang nak jadi laki. Dan antara usaha untuk menonjolkan "kelelakian" depa, depa bercinta dengan pompuan.
Ini adalah lesbianism. Salah satu cabang dalam LGBT. Ini yang diperjuangkan SIS selain wanita jadi imam solat dan sebagainya. SIS dianggotai oleh siapa? Yang prominent, anak kepada 2 mantan perdana menteri merupakan antara patron SIS. Antara kolumnis tetap dalam akhbar The Star (milik MCA) adalah anggota kehormat SIS. Depa gak yang lantang mempertikaikan keadilan hudud.
Ini yang cuba disenyapkan dalam "perjuangan menentang LGBT". Dihalanya serangan LGBT itu kepada Ambiga, atas alasan Ambiga merestui Seksualiti Merdeka. Yang cuba disenyapkan adalah penglibatan SIS dalam penganjuran Seksualiti Merdeka itu. Busuk sekali pengkhianatan depa terhadap kebenaran.
Lantas, apabila nama Ambiga dikaitkan dengan LGBT, maka gagasan BERSIH 3.0 yang dipengerusinya bersama2 dengan lagenda sastera tanahair, A. Samad Said turut difitnah macam2 kononnya BERSIH juga adalah perjuangan LGBT. Meskipun serangan terhadap BERSIH kali ini tak seteruk tahun lepas, tetapi ianya tetap bertujuan yang sama - mengalihkan perhatian rakyat terbanyak ttg apakah agenda sebenar BERSIH yang didukung oleh 84 NGO yang berlainan termasuk Majlis Peguam itu.
Sebagai recap - yang entah untuk kali ke berapa - BERSIH adalah satu kempen gagasan mendesak pemulihan dan reformasi dalam sistem pilihanraya umum di negara ini berdasarkan 8 tuntutan. Itu sahaja. Tak ada agenda tersembunyi. Kalau 8 tuntutan itu dipenuhi (dalam kes ini, satu dah dipenuhi tetapi 7 lagi tidak), then diadakan PRU, maka siapa yang menang atau kalah itu boleh berlapang dada kerana depa telah berlawan secara telus dan adil. Tidak ada alasan lagi dah lepas ni. Mudah, kan?
Itu je pun agendanya. Tapi puak2 pengotor cuba untuk membodohkan rakyat yang makin bijak. Sebab tu makin ramai rakyat yang menyampah dengan UMNO BN.
Dalam usaha depa untuk terus mencemarkan BERSIH, kita kena menginsafi bahawa depa akan buat apa sahaja. Setakat "penemuan senjata dengan baju kuning" tu adalah kisah lapuk. Setakat bom meletup kat kawasan laluan polis tu pun dah taktik lama. Sampai sekarang tak de tangkapan apa pun. Konon polis Malaysia ni antara tercekap di dunia - so takkan benda2 mcm tu pun tak dapat nak trace?
Tapi yang menjadi perhatian aku sekarang ini adalah taktik "deploy imposter to wreck havoc from within". Maksudnya, puak2 pengotor ni akan deploy satu group kecil geng2 depa menyelinap masuk dalam geng2 himpunan, buat2 kononnya menyokong gagasan kita, tapi dalam masa yang sama mencetuskan kontroversi dan provokasi yang sememangnya bukanlah sesuatu yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Contoh - masa 901 haritu, ada pulak la sorg budak yang poyo nak panjat pagar mahkamah konon nak gegar mahkamah. Last2, kami semua halau budak tu sebab dia akan menyusahkan semua pendemo lain yg jelas berdemo secara aman - siap baca ma'thurat lagi. Diyakini, budak itu adalah upahan pihak2 yang ingin merosakkan nama baik pendemo dan demonstrasi itu sendiri supaya menjadi bahan dalam berita perdana.
Untuk BERSIH kali ini, diyakini akan ada pihak yang buat mcm tu. Antara cara yang kita dah kenalpasti adalah depa akan menyelinap, pura2 menyokong BERSIH, lalu depa angkat banner atau kain rentang yang menyokong BERSIH dan LGBT misalnya. Dan biasanya, depa akan tayang benda2 bodoh mcm ni depan press. Akan ada juga puak2 yang menyelinap ni bertindak melanggar arahan memprovokasi pihak berkuasa seperti membaling batu ke arah FRU dan seumpamanya. Semua ini adalah taktik2 untuk membusuk dan memburukkan nama para pendemonstran BERSIH dan BERSIH itu sendiri.
Jadi nasihat aku kepada kita semua, hati2 dengan puak2 sebegini. Dalam keghairahan kita mengunjuk rasa, pasang juga mata kita utk memerhati sekeliling terutamanya org2 yang kita rasa mencurigakan. Jika terjumpa puak2 sebegini, jangan buat undang2 sendiri. Halau keluar dari kelompok kita secara aman atau yang terbaik, alert petugas2 demonstrasi yang terdiri dari Unit Amal utk depa ambil tindakan.
Berdasarkan maklumat yang aku dapat, geng2 Waris Malaya dari selatan tanahair - geng2 UMNO la ni - akan turun berkonvoi motosikal pada hari yang sama dengan BERSIH so kita jangkakan akan berlaku pertembungan. Depa ni akan cuba memprovokasi kita supaya berpecah atau bertindak balas dan mencetuskan pergaduhan dan huru hara. Nasihat aku, JANGAN LAYAN SEBARANG PROVOKASI. Kita berdemo dengan aman, untuk aman dan kita tak mahu gaduh2 atau kerosakan harta benda. Malah, bukan depa sahaja - polis juga kemungkinannya akan melakukan provokasi terutamanya para SB yang menyelinap. Sekali lagi, jangan layan provokasi depa. Kalau depa provok kita, abaikan dan elakkan serta teruskan perjalanan. Kalau depa provok pihak berkuasa dari kelompok kita, halau keluar dari peloton dengan baik.
walaupun patriot mengumumkan takkan berdemo sama pada 28hb ni, tetapi banyak lagi pertubuhan2 samseng UMNO yang kemungkinannya akan turun padang dalam jumlah yang kecil dan berpecah. Kita berhati2 je la. Depa takkan pukul kita sebab kita ramai, tapi mcm yg aku katakan tadi, depa akan cuba provok kita dengan pelbagai cara. JANGAN LAYAN.
Dalam himpunan nanti, sila follow Unit Amal yang bertugas sebab Unit Amal dah berpengalaman lama handle demo2 aman seperti ini. Apa jua perkara yang berlaku, alert depa dan berikan kerjasama. Ikut arahan depa tanpa bantahan dan kalau depa suruh elak FRU, ELAK walaupun ada antara kita yang berdarah muda prefer utk bertembung dengan FRU tu. Macam yang aku katakan tadi, kita mahu aman bukan pertumpahan darah dan kerosakan harta benda.
Secara kesimpulannya, depa akan buat apa saja utk meruntuh dan merosakkan imej BERSIH, so menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan usaha depa itu gagal.
Selamat memBERSIHkan pilihanraya kita!
No comments:
Post a Comment