Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, April 22, 2012
Dan ketua melayu UMNO di Penang adalah...cina GERAKAN??
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Maka telah diumumkan oleh sang menteri perdana bahawa Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru bukanlah dari kalangan UMNO iaitu bukan diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman walaupun UMNO memenangi 11 kerusi DUN sewaktu PRU12 yang lalu, tetapi jawatan itu kekal di tangan GERAKAN iaitu diserahkan kepada Setiausaha GERAKAN, Teng Chang Yeow walaupun GERAKAN tidak mendapat apa2 kerusi DUN di Pulau Pinang.
Aku sebenarnya sejak berita ni keluar, ternanti2 juga apakah komen para pendukung melayu yang lebih melayu ni. Nak dengar apakah komen puak2 UMNO yang seringkali melaungkan PAS adalah kuda tunggangan DAP dan sebagainya.
Sebenarnya benda ini bukan baru. Sejak GERAKAN menang di Penang selaku pembangkang pada tahun 60-an, seolah2 terdapat satu "kontrak sosial tersembunyi" antara UMNO dan GERAKAN bahawa Penang diserahkan kepada GERAKAN tak kira apa pun terjadi - termasuklah setiap kali PRU UMNO menang lebih banyak kerusi dari GERAKAN. Ketiadaan Raja2 Melayu di Penang memudahkan "perjanjian" itu.
Jadi di sini aku nak tanya satu soalan - siapakah tunggangan siapa sekarang? Atas alasan apa UMNO nak berikan juga Pengerusi BN kepada satu parti yang begitu merudum prestasinya sewaktu PRU? Sebab dah tak de pilihan?
Jadi lepas ni, jangan la ada pihak yang cuba2 nak kata PAS tunggangan DAP lagi sebab kejadian ini membuktikan UMNOlah tunggangan kawan2 depa dalam BN sebenarnya. Aku wonder, "melayu" Penang yg dok demo taik tu tak nak demo hantar taik lain ke kat pejabat TCY?
Allahurabbi..
ReplyDeleteAku yang PAS ni pon rasa "malu tumpang" dengan perlantikan dari Ulul Amri Najib kat Teng Chang Yeow ni.
JELAS IANYA SATU PENGHINAAN TERBUKA PADA "PEJUANG" MELAYU PULAU PINANG.