Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, April 27, 2012
BERSIH - amanat, pesanan dan permintaan
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Insya Allah, menerusi penulisan kali ni aku akan bahagikan kepada dua bahagian, iaitu taklimat ringkas dan amanat serta pesanan untuk sahabat2 yang akan berduduk dan berbantah esok hari, serta bahagian "permintaan hormat" kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis.
Baik. Esok seperti yang kita tahu, kita belum tentu mendapat kelulusan dan kebenaran dari pihak berkuasa untuk berhimpun BERSIH. Terlalu banyak tarik tali berlaku dan tidak ada yang konkrit. Lagipun, track record pentadbiran UMNO BN yang teruk dan lidah bercabang selama ini menyebabkan begitu sukar hendak mempercayai sebarang jaminan yang depa berikan. So better kita anggap yang KEBENARAN ITU TIDAK PERNAH DIBERI. Prepare for the worst.
Mula2 sekali, sila halakan diri ke checkpoint2 yang telah ditetapkan. Ada 7 checkpoint semuanya - Jalan Sultan (Petaling Street), Masjid India, Masjid Negara, CM, Brickfields, KLCC (Lynas) dan Kotaraya (Tanah). Dinasihatkan, jangan terus keluar dari rumah pakai pakaian demo - baju kuning utk BERSIH, hijau untuk Lynas dan putih untuk Tanah. Pakai baju lain dulu dan jika boleh, bawa baju2 itu utk dipakai masa demo. Tak nak la awal2 lagi kena tangkap dah. Jangan datang KL secara berkumpulan. Datang secara asing2 dan hanya berkumpul kat checkpoint. Himpunan di checkpoint akan bermula kira2 jam 11.30 pagi so dinasihatkan, datang lebih awal.
Bila berkumpul di checkpoint, sila perhatikan kehadiran Unit Amal (baju maroon bertulis Unit Amal Malaysia), Skuad AMK (baju hitam bertulis "Skuad" di belakang) dan briged SAMM (biasanya depa akan pakai t-shirt ABU warna hitam). IKut arahan terutamanya arahan Unit Amal sentiasa. ila berkumpul, kekalkan disiplin dan jangan over excited. Masalah besar kalau kita terover ecxited. KIta senang diprovok.
Menyebut tentang provok, aku pernah menyatakan yang kemungkinannya depa yakni puak2 pengotor ada taktik baru iaitu taktik "deploy imposter to wreck havoc from within". Maksudnya, puak2 pengotor ni akan deploy satu group kecil geng2 depa menyelinap masuk dalam geng2 himpunan, buat2 kononnya menyokong gagasan kita, tapi dalam masa yang sama mencetuskan kontroversi dan provokasi yang sememangnya bukanlah sesuatu yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Contoh - masa 901 haritu, ada pulak la sorg budak yang poyo nak panjat pagar mahkamah konon nak gegar mahkamah. Last2, kami semua halau budak tu sebab dia akan menyusahkan semua pendemo lain yg jelas berdemo secara aman - siap baca ma'thurat lagi. Diyakini, budak itu adalah upahan pihak2 yang ingin merosakkan nama baik pendemo dan demonstrasi itu sendiri supaya menjadi bahan dalam berita perdana.
Polis, seperti yang dikhabarkan, tidak akan bertindak keras terhadap peserta MELAINKAN JIKA PERLU. Apakah benda yang dikategorikan "jika perlu" itu? Bila berlaku kekacauan dalam himpunan yang memberikan lesen kepada depa untuk bertindak. Seperti yang aku sebutkan di atas, benda2 ni bukan dibuat oleh peserta demonstran yang sebenar tetapi hasil tindakan depa yang menyamar.
Untuk BERSIH kali ini, diyakini akan ada pihak yang buat mcm tu. Antara cara yang kita dah kenalpasti adalah depa akan menyelinap, pura2 menyokong BERSIH, lalu depa angkat banner atau kain rentang yang menyokong BERSIH dan LGBT misalnya. Dan biasanya, depa akan tayang benda2 bodoh mcm ni depan press. Akan ada juga puak2 yang menyelinap ni bertindak melanggar arahan memprovokasi pihak berkuasa seperti membaling batu ke arah FRU dan seumpamanya. Semua ini adalah taktik2 untuk membusuk dan memburukkan nama para pendemonstran BERSIH dan BERSIH itu sendiri.
Jadi nasihat aku kepada kita semua, hati2 dengan puak2 sebegini. Dalam keghairahan kita mengunjuk rasa, pasang juga mata kita utk memerhati sekeliling terutamanya org2 yang kita rasa mencurigakan. Jika terjumpa puak2 sebegini, jangan buat undang2 sendiri. Halau keluar dari kelompok kita secara aman atau yang terbaik, alert petugas2 demonstrasi yang terdiri dari Unit Amal utk depa ambil tindakan.
Berdasarkan maklumat yang aku dapat, geng2 Waris Malaya dari selatan tanahair - geng2 UMNO la ni - akan turun berkonvoi motosikal pada hari yang sama dengan BERSIH so kita jangkakan akan berlaku pertembungan. Depa ni akan cuba memprovokasi kita supaya berpecah atau bertindak balas dan mencetuskan pergaduhan dan huru hara. Nasihat aku, JANGAN LAYAN SEBARANG PROVOKASI. Kita berdemo dengan aman, untuk aman dan kita tak mahu gaduh2 atau kerosakan harta benda. Malah, bukan depa sahaja - polis juga kemungkinannya akan melakukan provokasi terutamanya para SB yang menyelinap. Sekali lagi, jangan layan provokasi depa. Kalau depa provok kita, abaikan dan elakkan serta teruskan perjalanan. Kalau depa provok pihak berkuasa dari kelompok kita, halau keluar dari peloton dengan baik.
walaupun patriot mengumumkan takkan berdemo sama pada 28hb ni, tetapi banyak lagi pertubuhan2 samseng UMNO yang kemungkinannya akan turun padang dalam jumlah yang kecil dan berpecah. Kita berhati2 je la. Depa takkan pukul kita sebab kita ramai, tapi mcm yg aku katakan tadi, depa akan cuba provok kita dengan pelbagai cara. JANGAN LAYAN.
Dalam himpunan nanti, sila follow Unit Amal yang bertugas sebab Unit Amal dah berpengalaman lama handle demo2 aman seperti ini. Apa jua perkara yang berlaku, alert depa dan berikan kerjasama. Ikut arahan depa tanpa bantahan dan kalau depa suruh elak FRU, ELAK walaupun ada antara kita yang berdarah muda prefer utk bertembung dengan FRU tu. Macam yang aku katakan tadi, kita mahu aman bukan pertumpahan darah dan kerosakan harta benda. Kita mahukan demo secara aman. Kita hanya mahu duduk dan bantah selama 2 jam, that's it. Jadikan BERSIH ini sebagai suasana karnival, bukannya battlefield.
Kalau ditakdirkan kena sembur gas ke water cannon ke oleh pihak berkuasa, jangan panik dan jangan lari kelam kabut tak cukup tanah. Sediakan garam kasar dan air untuk meneutralkan kesan gas serta larutan gaviscon untuk semburan water cannon. Seeloknya, sebelum keluar rumah kunyah cengkih dulu. Insya Allah, ianya boleh membantu. Ini diamalkan oleh para syahidin Memali dulu.
Kalau kena tangkap, rasanya dah berapa banyak nasihat dan tips diberikan oleh peguam seperti tahu hak2 kita dan sebagainya. Tips paling utama di sini ialah JANGAN MELAWAN POLIS. Depa akan provok kita bila depa tangkap kita seperti sepak2 badan kita, tolak kita sampai jatuh, hina maki hamun kita dan sebagainya. JANGAN BALAS DAN JANGAN LAYAN. Kalau kita balas dan berkasar dengan depa, depa akan dakwa kita "mengganggu urusan polis" atau "berkasar dengan polis" walhal masa kita ditahan sebab berdemo, depa tak de apa2 tuduhan ke atas kita sebenarnya.
Kalau ditakdirkan ditahan, aku rasa dah banyak nombor peguam diedarkan sejak semalam. Kat sini aku ada 2 nombor lagi - 010 290 6770 dan 010 290 7332. Ini adalah nombor hotline JUHAM yang hanya akan diaktivasikan semasa BERSIH. Kumpul semua nombor telefon peguam atau pucuk pimpinan pasti masing2 so that kita ada banyak option untuk telefon sekiranya na'uzubillah, kita ditahan. Even so, ramai je peguam akan berkumpul depan setiap balai polis yang menempatkan tahanan2 demonstrasi. So tak yah takut la.
Berakhir sudah bahagian amanat dan pesanan, dan aku ingin mengambil peluang ini untuk membuat satu permintaan kepada pihak Polis atas dasar hormat.
KAMI BUKAN PENGGANAS, JAUH SEKALI PEMBERONTAK. KAMI CUMA RAKYAT MALAYSIA YANG BIASA - JIRAN ANDA, SAUDARA MARA ANDA, ORANG2 YANG MEMBAYAR CUKAI UNTUK DIJADIKAN GAJI ANDA. KAMI TIDAK MAHU KEKERASAN, JAUH SEKALI KEGANASAN. KAMI TIDAK MAHU MERUSUH DAN MEREMPUH. KAMI HANYA MAHU "DUDUK DAN BANTAH" BERSEMPENA GAGASAN BERSIH 3.0. KAMI TIDAK MEMUSUHI ANDA, TIDAK MEMUSUHI SPR ATAU KERAJAAN UMNO BN. KAMI CUMA MAHU PENAMBAHBAIKAN DALAM SISTEM PILIHANRAYA NEGARA INI BERDASARKAN TUNTUTAN2 YANG TELAH DIGARISKAN. ITU SAHAJA.
KAMI CUMA PINTA 2 JAM UNTUK KAMI UTARAKAN UNJUK RASA KAMI. SELEPAS 2 JAM ITU, ANDA BERHAK MENYURUH KAMI BERSURAI DAN INSYA ALLAH, KAMI AKAN BERSURAI.
JADI KAMI POHON KEPADA PIHAK POLIS, SERTA SEMUA AGENSI PENGUATKUASAAN AGAR TIDAK MELAYAN KAMI SEPERTI PENGGANAS DAN MENGANGGAP KAMI PEMBERONTAK YANG PATUT DIHAPUSKAN. BERILAH KERJASAMA KEPADA KAMI SEPERTIMANA YANG TELAH ANDA SEMUA LAKUKAN DI KOMPLEKS MAHKAMAH JALAN DUTA SERTA PADANG MPK KUANTAN. KAMI TELAH BUKTIKAN BAHAWA KAMI MAMPU MENJAGA ADAB DAN AKHLAK KAMI SEKIRANYA ANDA MEMBANTU KAMI MEMANTAU SITUASI. KAMI TELAH BUKTIKAN YANG KAMI BUKANLAH PENGACAU SEPERTI YANG DIFITNAHKAN. KAMI TIDAK BODOH UNTUK MEROSAKKAN KEAMANAN YANG KAMI KECAPI SELAMA INI.
SEKALI LAGI KAMI POHON, FAHAMILAH KAMI DAN BANTULAH KAMI. TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment