Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, March 2, 2012
tidak sesuai pemimpin PAS bukan Islam...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
masih lagi aku menyentuh ttg isu yg berasaskan pandangan dr Dzulkefly Ahmad berkenaan "org bukan Islam sebagai pemimpin PAS". aku telah pun utarakan rasionaliti mengenai pandangan dr dzul tersebut kat entri aku sebelum ni dan ternyata, ianya mendapat sambutan yg agak bercampur baur. mcm yg aku cakap, aku bukan berniat nak melihat sokongan atau bantahan terhadap pandangan dr dzul ni - ianya hanyalah sebuah pandangan - cuma sekadar utk memberikan penerangan kepada pendukung2 PAS berkenaan isu tersebut. tak de la bila kena serang dgn puak UMNO, kita terkapai2.
nasihat aku - jangan kita cepat melatah mengikut rentak UMNO dan media2 depa memainkan isu ni. setiap pandangan hendaklah diraikan, diwacanakan dan pada akhirnya, keputusan dan hasil yg bernas dikeluarkan utk kemaslahatan bersama.
seorg sahabat baik aku yg juga merupakan antara ulama pelapis dalam PAS, ketika mengulas entri aku berkenaan rasionaliti pandangan dr dzul itu memberikan pandangan berikut -
"untuk pengetahuan bersama, parti di Mesir yang meletakkan timbalannya dari seorang yang beragama lain, parti ini di bawah kelolaan sebuah jemaah besar iaitu ikhwan,jadi perkara tersebut tiada masalah.
berbeza dengan kita PAS, kita adalah parti dan jemaah induk, tiada lagi jemaah induk besar diatas kita yang mengelolai kita. Jadi mana mungkin tampuk pimpinan di duduki oleh orang yang bukan islam. Lebih-lebih lagi jemaah kita yg menjadi teras perjuangannya adalah islam.
Kalau tampuk pimpinan tersebut dari yang bukan islam, macam mana dia nak bicarakan tentang islam kepada ahli bahkan orang lain."
inilah pandangan terbanyak yg dikongsikan oleh khalayak dalam PAS termasuklah aku. sememangnya aku yakin, dr dzul dalam melontarkan pandangan beliau berkenaan pimpinan bukan Islam tersebut, beliau mengambilkira pecontoh yg ditunjukkan oleh parti tajaan Ikhwanul Muslimin, al Hurriyah wal 'Adalah yg meletakkan dr Rafiq al-Habib yg beragama kristian sebagai timbalan presidennya. dan dari satu segi yg lain, dr dzul berhujjah berdasarkan kepada hujjah Imam Al-Mawardi dalam Kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyyah (Beirut) seperti berikut -
"Al-Mawardi membezakan jawatan dalam kerajaan (dan ada Ulama yang qiyaskan dalam parti-jamaah Islam)..kedudukan nombor satu yang disebutkan sebagai ‘Wazir Tafwidh’ tidak boleh diberikan kepada bukan-Islam tetapi pada kedudukan ‘Wazir Tanfidz’ (Menteri-menteri Kabinet yang lain atau jawatan lain dalam organisasi), maka ianya boleh sahaja dilantik dan diserah kepada orang bukan-Islam."
cuma dari satu segi, berkenaan pecontoh parti Hurriyah wal 'Adalah seperti yg dinyatakan oleh sahabat ulama itu tadi, parti hurriyah hanyalah parti proksi Ikhwan dan bukannya sebuah gerakan Islam induk. PAS pula merupakan gerakan induk yg tidak ada entiti berasingan utk siasah. jadi tidaklah sesuai utk meletakkan sorg pemimpin atasan bukan Islam sebab dalam gerakan Islam, satu elemen penting yg perlu diambilkira ialah konsep wala' iaitu ketaatan kepada pemimpin terutamanya dalam hal2 Islam dan sahsiah. jadi, bagaimana mahu wala' dengan sorg pemimpin yg bukan Islam dalam gerakan Islam?
ini sudah tentu berbeza dengan hujjah al-mawardi yg mengambil pandangan berdasarkan pentadbiran negara. dalam perihal pentadbiran negara, ianya pasti akan melibatkan pelbagai pihak yg tentunya bukanlah dari gerakan Islam semata2. lantaran itu, sudah tentu wakil2 setiap kaum dan agama akan diletakkan dalam jawatan2 utama tertentu bagi memastikan keadilan (sila fahamkan maksud sebenar adil kat sini). hujjah al mawardi itu x tergunapakai untuk satu gerakan Islam. harap dr dzul melihat fakta ini.
Firman Allah;
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bithanah (teman kepercayaanmu) dari orang-orang yang bukan dari kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”.
(Ali Imran: 118)
di sini dalil yg utama menerangkan larangan untuk kita mengambil "bithanah" dengan org2 yg bukan dari kalangan kita. Dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman, bithanah diterjemahkan sebagai “orang dalam” (yang dipercayai).
Menurut Tafsir al-Jalalain; Bithanah ialah; orang-orang terpilih yang didedahkan rahsia kaum muslimin kepada mereka.
Menurut Imam ar-Raghib al-Asfahani dalam kitabnya al-Mufradaat; “Bithanatan” maknanya; “Orang-orang yang (mempunyai kedudukan) khusus bagi kamu di mana ia mengetahui secara dalaman urusan-urusan kamu”.
Berdasarkan huraian Said Hawa, termasuk juga dalam pengertian Bithanah ialah; al-istisyarah (iaitu meminta pandangan atau pendapat)[1], al-Istinshah (iaitu meminta nasihat), menjadi penyimpan rahsia dan teman rapat”.[2]
Adapun pengertian “min dunikum” (orang-orang yang bukan dari kalangan kamu), menurut Imam Ibnu Kathir; “orang-orang dari agama selain kamu (yakni orang-orang bukan Islam)”.
Menurut Tafsir al-Jalalain; “Orang-orang yang bukan dari kamu (kaum muslimin) iaitu Yahudi, Nasara dan munafik”. [3]
Lebih jelas, Syeikh Said Hawa menerangkan dalam al-Asas fi at-Tafsir; Firman Allah “Min Dunikum” termasuk dalam pengertiannya sekelian penganut agama-agama (selain Islam), orang-orang mulhid dan munafik, serta juga orang yang tergolong dalam ucapan Rasulullah “Laisa minna” (bukan dari kalangan kami).[4]
Beliau menjelaskan lagi; “Maksud pertama bagi yang demikian itu (yakni “orang-orang yang bukan dari kalangan kamu”) ialah orang-orang kafir ahli Kitab (yakni Yahudi dan Nasara). Jika begitu, maka orang-orang kafir lainnya sudah tentunya lebih utama untuk kita berhati-hati dan (lagipun) tegahan dalam ayat tersebut adalah bersifat umum.
Maka asas tegahan tersebut ialah ketidakharusan mengambil bithanah dari orang-orang yang bukan dari kalangan kita dan termasuk di dalam pengertiannya orang-orang kafir sekeliannya sama ada ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasara), orang-orang Musyrikin, mulhid serta orang-orang munafik kerana mereka bukan dari kalangan kita.
menerusi penjelasan di atas, jika kita hendak menguruskan negara yg pastinya melibatkan ramai pihak yg bercampur baur, maka boleh kita mengambil "bithanah" dari kalangan non muslim pun asalkan dia rakyat negara ni. kat sini, jika org itu adalah org luar maka tak selayaknya utk kita ambil depa sebagai "bithanah". contoh - UMNO membayar APCO selaku penasihat strategis UMNO dan kerajaan malaysia. APCO tu org luar, yahudi lagi tu, ada hubungkait dengan israel lagi. haru biru sungguh.
tapi dalam gerakan Islam, "bithanah" yg boleh diambil adalah dari kalangan umat Islam - tak kira la bangsa apa pun - melayu cina india - asalkan dia Islam. malah kalau nak lantik cina ke india ke nak jadi presiden sekalipun, tak mengapa dalam PAS - asalkan dia muslim yg mukmin dan muslih. ini dinyatakan dengan jelas oleh tuan guru mursyid al-am.
jadi atas hujjah dan asas yg aku bangkitkan kat atas, maka aku mengambil pendirian tidak menyokong pandangan dr dzul tu. cuma dari segi hujjah akademik, aku meraikan pandangan tersebut. andaikata nak lantik gak non muslim dalam hirarki PAS, mungkin memadai sebagai AJK PAS pusat sahaja atas kapasiti ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS. tak perlu lebih tinggi dari itu.
rujukan -
[1] Yakni melibatkannya sebagai korum mesyuarat.
[2] Al-Asas fi at-Tafsir, jil. 2, hlm. 865.
[3] Jika dirujuk kepada ayat sebelumnya, maka Allah memperkatakan tentang orang kafir. Ini memberi petunjuk kepada kita bahawa maksud “Min dunikum” dalam ayat ini ialah orang-orang kafir keseluruhannya. Ayat-ayat sebelum ayat di atas ialah;
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ، مَثَلُ مَا يُنْفِقُونَ فِي هَذِهِ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَثَلِ رِيحٍ فِيهَا صِرٌّ أَصَابَتْ حَرْثَ قَوْمٍ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَأَهْلَكَتْهُ وَمَا ظَلَمَهُمُ اللَّهُ وَلَكِنْ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
[4] Al-Asas fi at-Tafsir, jil. 2, hlm. 865.
No comments:
Post a Comment