Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, March 5, 2012
tiada lawan munasabah atau najib yang tak munasabah?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
BANGI, 5 Mac: Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan pengundi muda negara ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, agensi kaji selidik itu mendapati 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan.
Kajian tersebut dibuat terhadap 1022 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.
Mereka masing2 mahu melihat kedua2 tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing2 kepada rakyat.
Hasil kajian yang dibuat dari 10 Februari hingga 21 Februari itu juga mendapati, topik pilihan paling tinggi untuk diperdebatkan oleh kedua2 pemimpin itu adalah berkaitan isu ekonomi negara iaitu sebanyak 17 peratus.
Isu semasa negara pula menduduki tempat kedua dengan 9 peratus, kebajikan rakyat dan pembangunan masing2 (7%) dan memerangi rasuah (5%).
Dalam perkembangan berkaitan, Najib dalam entri terbarunya di blog www.1malaysia.com.my berkata, beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.
Beliau berkata, sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.
“Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah,” katanya tanpa merujuk secara spesifik kepada sesiapa.
Sebelum ini Anwar mencabar Najib berdebat berhubung isu ekonomi negara.
Cabaran itu juga turut diulangi beberapa kali dalam siri ceramahnya.
Selain isu ekonomi, Anwar juga turut mencabar Najib berdebat berhubung isu Israel-Palestin. (Harakahdaily)
pertama sekali, kalau kita tengok graf kat atas, majoriti rakyat yg mahukan debat ini berlaku ialah di kalangan generasi muda - atau digelar generasi Y. dan sokongan ini semakin menurun peratusannya bila kumpulan umur semakin meningkat. nampak sangat jangka hayat UMNO BN hanya terletak kat tangan org tua2 belaka. no offense.
cuma aku tertarik tang najib kata "Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah."
apakah kriteria pemikiran yg munasabah tu? pandai ke? bijak ke? ada doctorate mcm rosmah ke?
inilah satu lagi alasan untuk najib mengelak dari berdebat sebenarnya - meletakkan kriteria yg bersifat "sirr" atau "tidak jelas". sepatutnya najib menjelaskan secara tuntas apakah kriteria "munasabah" tu. kalau nak kata "munasabah" tu dari segi gagasan ekonomi dan sosiopolitik, aku rasa anwar jauh lebih munasabah banding najib. what is left inside UMNO is just residue je - saki baki semata2. buah2an yg baik dan bagus semuanya dah keluar dari UMNO so apa yg tinggal ialah "the best from what is left" je.
inilah taktik mengelak paling asas - bila dah tersangkut, salahkan org lain walaupun tak berasas. cara najib memberikan kenyataan melalui blognya sendiri pun dah menunjukkan bahawa dia ni sebenarnya mahu mengelak dari dihujani soalan2 mencabar dari media2 alternatif. bijak, tapi pengecut.
kenapa najib beria2 sangat nak mengelak dari berdebat waima dengan sesiapa pun? pastinya dia akan mengelak kerana dia takkan mahu menghadap perkara2 ini -
1) isu mengenai sikap berdiam dirinya terhadap kempen politik ganas yg dilakukan oleh seksyen2 tertentu partinya dan juga PERKASA terhadap siri ceramah PR.
2) isu hutang negara yg semakin menakutkan jumlahnya serta sikap tidak bertanggungjawab partinya membelanjakan wang rakyat semata2 untuk "membeli" undi.
3) isu mengapa kerajaan kelihatan begitu "terdesak" utk meneruskan rancangan penyenaraian Felda walaupun mendapat tentangan yg berasas drpd kalangan peneroka.
4) isu pembunuhan altantuya yg sebenarnya tidak selesai pun sampai sekarang, perihal perbualan smsnya dengan peguam Shafee Abdullah dan mengenai komisen melampau yg dibayar berhubung pembelian scorpene.
5) isu sikap rasis ibrahim ali dan zulkifli noordin yg sama sekali bercanggah dengan konsep 1Malaysia yg digagaskannya
6) isu NEP dan kronisme
7) isu NFC yg masih lagi tergantung hingga sekarang, keengganan beliau menyiasat dakwaan2 serius terhadap peguam negara, gani patail dan perihal "settlement"nya dengan tajuddin ramli
8) isu penggunaan dana rakyat untuk membayar puluhan juta ringgit kepada FBC sebagai usaha mempromosikan kerajaan
9) isu permohonan maaf "separuh masaknya" dimana pasti segala butiran "kesalahan" itu akan dituntut untuk diperjelaskan
10) sudah pastinya, isu liwat 2.0.
10 alasan ni dah cukup untuk menyebabkan sebarang idea untuk berdebat mampu menyebabkan najib sakit jantung, jadi jalan terbaik buat dia? beri alasan tak munasabah, lari dari media dan perlekehkan hasrat rakyat.
dalam ertikata lain, dia mmg pengecut.
No comments:
Post a Comment