Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, March 5, 2012
sorry seems to be the EASIEST word...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
cuba kita bayangkan situasi ni - rumah kita dirompak. duit kita habis disapu. harta benda kita dirosakkan. anak isteri kita dicabul. kemudian dengan izin Allah, si penjahat yg melakukan semua itu berjaya ditangkap. bila kita nak hukum dia, dia pun berkata, "okey la..aku minta maaf sebab buat semua tu ye? kira settle je la...lain kali aku tak buat lagi."
sanggup korg maafkan dia? sanggup membiarkan dia terlepas dari diadili dan mendapat hukuman yg setimpal dengannya?
sejak mutakhir ni, najib guna taktik baru dalam kempennya - "minta maaf atas kesilapan lalu". taktik ni tak lain tak bukan hanyalah untuk meraih simpati rakyat terutamanya melayu yg sememangnya mudah lupa utk cair hati2 mereka seterusnya akan berkata, 'ohh..baiknya dia sebab jujur mengakui kesalahan dan minta maaf. tak pe la..kita bagi peluang lagi sekali..."
selama 54 tahun peluang itu dah dibagi, makcik oi.
sebelum ada puak kata ini semua fitnah belaka, kononnya najib tidak pernah meminta maaf, di sini aku sertakan beberapa ayat najib yg disiarkan dalam pelbagai akhbar tempatan -
“Saya bagi pihak BN meminta maaf daripada kesilapan dulu dan berjanji belajar daripada kesilapan itu. Kita akan bangkit daripada kesilapan lalu untuk membina mahligai yang lebih kukuh."
Perdana Menteri berkata, pemimpin BN tidak boleh bongkak dan angkuh, sebaliknya tunduk kepada kuasa rakyat.
“Rakyat tolak BN dulu mesti ada silap kita dan kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat,” katanya.
Najib berkata, kerajaan tidak akan berjanji sesuatu perkara yang tidak boleh ditunaikan sebagaimana dilakukan pakatan pembangkang pada pilihan raya lalu. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak lagi tertipu dengan helah pakatan pembangkang yang membuat pelbagai janji tetapi tidak dapat ditunaikan.
“Pada PRU 2008, kita (rakyat) sudah termakan janji tetapi apa dah jadi dengan janji itu... janji tinggal janji... janji manis,” katanya.
[sumber - Fazli Abdullah dan Siti Fatimah Mohamed Anwar - TEKAD JANJI BN, bhnews@bharian.com.my, 2012/03/04 ]
telah bersabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, di mana ia terlalu khuatir akan tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” [HR Bukhari,Muslim]
dan dalam satu lagi hadis, Nabi s.a.w bersabda lagi, "Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (berbuat dosa secara terangan) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah sudah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah sudah menutupi dosa itu semalaman, tetapi pada pagi hari dia buka yang ditutup Allah.” [Muttafaq 'alaih]
54 tahun kita dihidangkan dengan kisah yg sama oleh UMNO dan BN. malah, kalau nak ikutkan, pada zaman najib inilah segala penyelewengan, rasuah dan ketirisan berada di kemuncaknya.
najib berkata "rakyat tolak BN dulu mesti sebab kita ada silap". soalnya rakyat tak tolak BN masa zaman Najib. rakyat juga takkan tolak BN semata2 kerana pak lah walhal pak lah jugalah yg menjadi arkitek "gelombang biru" yg menyaksikan BN hampir "clean sweep" malaysia pada tahun 2004. rakyat menolak BN masa tu sbb muak - same old same old. kebejatan legasi UMNO baru yg dibawa mahathir tidak dapat diselesaikan pada zaman pak lah. highlight perkataan "tidak diselesaikan". apatah lagi pada zaman najib ni, kebejatan itu dipacukan secara overdrive!
perlu diingat - zaman pak lah tidak ada scorpene. tidak ada cincin RM24 juta. tidak ada isu belanja luar negara RM17 juta. tidak ada isu beli satu barang harga RM1,000 melonjak jadi RM50,000. none of that. inikah yg najib kata "belajar dari kesilapan"?
sebelum najib meminta maaf kononnya sebab buat silap tu, apa kata dia buktikan dulu kesungguhannya dalam menyantuni permohonan maafnya tu - isytiharkan hartanya, harta isterinya, harta semua menteri dan anggota kabinet UMNO BN (malah kalau nak, MP2 PR juga lebih dr sudi utk buat demikian). dan mungkin adakan debat dengan anwar.
tetapi bagi aku, maaf ini sekadar mainan lidah najib. dalam masa yg sama dia minta maaf, dia tetap kutuk PR. tetap menaburkan satu fitnah yg kubra terhadap PR - kononnya PR berjanji benda yg mustahil la apa la.
izinkan aku bertanya - mansuh tol idea siapa? gaji minimum hasil juangan siapa? pemberian insentif bonus yg lebih kerap tu (contoh terbaik, insentif guru yg cuba ditiru oleh BN tapi kelam kelibut) tu semuanya hasil buah fikiran pihak mana? ya - semuanya itu termaktub dengan jelas dalam Buku Jingga yg pernah dibakulsampahkan oleh ahmad maslan tu. menuduh PR berjanji yg bukan2 la apa la - alih2 depa yg tiru janji2 dan idea2 PR. dasar muka tak tau malu.
sepatutnya najib dan UMNO BN suluh diri sendiri - PR hanya memegang tampuk pentadbiran dengan terhad selama 4 tahun tetapi telah banyak perkara yg pada mulanya dianggap "mustahil" telah pun ditunaikan satu demi satu. air free di selangor? settle. pemberian insentif, bonus dan gaji yg lebih tinggi untuk kakitangan kerajaan negeri dan guru2 agama? done. WIFI percuma? pilot project dah pun bermula di kampung medan. pentadbiran yg telus dan cekap? tanya laporan audit negara.
UMNO dan BN pegang negara ni dah 54 tahun tetapi apakah yg terjadi? mana janji utk lebih telus dalam pentadbiran bila saban tahun ketua audit negara boleh sakit jantung bila menyemak laporan prestasi jabatan2 kerajaan dan kementerian bawah UMNO BN? malas nak senarai janji2 lain. tak muat ruang.
seorg sahabat aku, UstazThrash Mujahid dalam blognya menukilkan satu kesimpulan yg amat cantik utk renungan kita bersama -
- Najib minta maaf bagi pihak BN, tapi perangai tak berubah. Masih kutuk pembangkang yang dipilih rakyat, ini adalah seolah menyalahkan rakyat dan kononnya rakyat bodoh kerana mudah tertipu dengan janji manis dan helah PR. Apakah senarai-senarai kejayaan belum cukup lagi membuktikan?
- Memang patutlah Muhyiddin dalam media hari ini bukan setakat membinasakan permohonan maaf Najib, malah menzahirkan bahawa maaf Najib itu palsu. "maaf kerana BN membawa pembangunan" itulah satu sindiran untuk rakyat. Apakah ini suatu pertembungan dalaman antara Najib dan Muhyiddin?
- Maaf BN kerana alpa dengan amanah (alpa ke mmg bangsa tak beramanah?) yang pernah diberi rakyat kepadanya selama 12 penggal tak sewajarnya dimaafkan begitu saja.
- BN perlu diberi pengajaran. cara yang terbaik untuk Najib dan BN pada masa ini adalah apabila mereka kehilangan kuasa kerana dijatuhkan oleh rakyat yang mereka sering perbodohkan.
- Apakah kita melarang rakyat daripada memaafkan Najib? tidak, tetapi dosa yang berkaitan dengan haq Allah dan haq insan dalam syara' hendaklah difahami sejelasnya. Apakah rakyat boleh memaafkan kesalahan dalam bab jinayat yang sudah berlaku? Jika itu kuasa mutlak rakyat dalam hak insan, maka silakan. jika tidak jangan lakukannya.
- Apapun secara umumnya rakyat boleh terima maaf BN, tapi memberikan pengajaran adalah keutamaan untuk masa depan negara Malaysia ini sendiri. Sila tumbangkan PR dalam PRU14 di seluruh negara jika PR gagal beri sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah diberi oleh Najib dan BN. Ada berani test bagi PR perintah dulu sepenggal?
- Apa yang BN belajar daripada PRU12? Hakikatnya BN tetap angkuh dan sombong. Buktinya banyak sekali. apa yang dia mohon maaf itu sekadar cara umum, cuba ditanya satu-satu kesalahan yang dilakukan mereka kepada rakyat - adakah depa sanggup mengaku dan memohon maaf atas setiapnya?
- Meminta maaf adalah suatu perbuatan mulia tetapi jika tidak berubah apalagi memperalatkan permintaan maaf yang bukan kerana Allah adalah sesuatu perkara keji dan buruk bagi BN. Sekarang sudah terbukti, lepas mintak maaf terus maki dan caci pembangkang, maka apakah ini tandanya mereka mahu berubah?
- BN akan berubah tapi selepas ditewaskan dalam PRU13. Rakyat pasti memberi pengajaran itu, Insyaallah. Baru ada kesedaran bagi mereka, itupun kalau mereka mau sedar!
sorry seems to be the easiest word for them. secara kebetulan, filem Pendekar Bujang Lapok yg memuatkan lagu "maafkan kami" itu turut menyaksikan betapa UMNO digelar sebagai "sarkas" oleh sudin.
how ironic.
(sebahagian sumber dikutip dari ustazthrash4u.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment