Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, March 12, 2012
Perlukah kita terus hidup dalam ketakutan?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kita dikejutkan lagi. Satu lagi kekejaman terhadap kanak2 berlaku - betul2 di hadapan mata kita.
Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac sewaktu membeli mi segera ditemui rentung di sebuat ladang kelapa sawit di NusaJaya, Johor. Aku dah agak apakah reaksi umum - "kejam", "tidak berhati perut" dan pelbagai lagi kata2 makian dan kejian selaku manifestasi rasa marah terhadap pihak yg melakukan kekejaman ini. Tak kurang pula yg menyalahkan sang ibu atau bapa kerana tergamak membiarkan anak sekecil itu pergi ke kedai seorg diri.
Soalnya, ibu bapa mana tak sayang anak? Apakah adil hendak menyalahkan ibu bapa itu 100%? Pernah tak terfikir bahawa kemungkinannya ini bukanlah kali pertama Nurul pergi ke kedai seorg diri utk membeli barangan sama ada atas kemahuannya atau "mak mintak tolong beli barang", dan selama ini tidak ada apa2 yg berlaku?
Aku teringat lagi satu ketika dulu masa aku kecik - seawal umur 4 tahun aku dah belajar pergi ke kedai seorg diri utk membeli "cikedis". Tidak ada sedikt riak takut langsung dalam diri aku masa tu mahupun dalam diri mak aku sebab kami tahu, ini cuma rutin. Penduduk di sekitar kawasan perumahan mengenali aku dan mak aku jadi mereka turut bertindak sebagai "watchdog" yg mengawasi dari jauh pergerakan anak2 jiran mereka - sambil memerhati dengan tajam akan kehadiran org yg tidak dikenali yakni org luar.
Apakah wujud perasaan security seperti itu lagi sekarang ni?
Seperti yg kita maklum, ini bukanlah kes pertama. Nurin Jazlin Jazimin, Sharlinie Mohd Nashar dan Nurul Huda Abdul Ghani semuanya menjadi mangsa ketika mereka buat perkara rutin mereka di kawasan perumahan masing2. Nurin Jazlin diculik ketika dia pergi ke pasar bersama keluarganya. Shalinie diculik ketika sedang bermain di padang permainan. Nurul Huda pula seperti kes Nurul Nadirah. Lain situasi, lain senario, natijahnya sama. Nak salahkan mak bapak lagi ke?
Kita kena akui, masyarakat kita sekarang ini terlalu nafsi2. Kadang2 tu, jiran sebelah rumah pun kita tak kenal - let alone nak mengenali anak2 depa. Lalu sebelah mata pun tak perasan. Kadang2, siap kita bergaduh dengan sorg lelaki di tengah pusat bandar KL sebab lelaki itu potong line kita sewaktu tengah jem teruk, hanya utk kita mengetahui kemudiannya bahawa lelaki itu hanya duduk seberang rumah kita!
Tidak ada lagi suara2 concern masyarakat bila melihat kanak2 kecil berjalan seorg diri. Tidak ada lagi soalan "Boboy, nak pegi mana tuu?" dan seumpamanya. Masing2 hanya bo layan buat hal masing2. Kehadiran org luar yg tak dikenali pun tidak diendahkan. Berapa banyak kes kecurian berlaku di kawasan perumahan lantaran jiran2 tak mengenalpasti dan mengecami org luar yg mencurigakan. Nak kenalpasti mcm mana - MUKA JIRAN PUN DEPA TAK KENAL!
Sepatutnya masyarakat lebih peka. Kenali jiran tetangga dan rapatilah depa. Kenali anak2 depa dan santuni depa. Walaupun kita sibuk dengan urusan duniawi kita, tapi tanggungjawab sosial kita terhadap masyarakat esp jiran tetangga kita jangan dilupakan.
Bagaimana hendak memupuk kembali semangat kejiranan seperti ini? Tak lain tak bukan, kembali kepada ajaran Islam. Imarahkanlah surau atau masjid. Kenali para jemaah di situ sebab depa semua jiran2 kita. Jangan bila waktu solat je kita sakan tengok TV lagi. Waktu Isya' dah masuk tapi kita still sakan tengok berita penipu dengan khusyu'. Waktu cuti pula banyak dihabiskan dengan mengimarahkan shopping complex dan sebagainya berbanding mengimarahkan surau dan masjid. Macam mana nak kenal masyarakat kalu mcm tu?
Bila kita dah mengimarahkan masjid dan surau, secara tak langsung kita akan mendalami agama. Bila itu terjadi, kita akan lebih menyantuni jiran tetangga kita tak kira sama ada muslim ataupun tidak. BIla kita mengenali jiran kita, menyantuni depa, kenal anak2 depa dan depa pun kenal anak2 kita, pastinya masyarakat kejiranan itu akan lebih prihatin terhadap apa jua yg berlaku di persekitaran itu. Anak2 kita takkan terbiar tanpa pengawasan lagi.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya."
Rasulullah s.a.w bersabda lagi, "Apakah perihalnya dengan orang2 yg tidak mengajar (ilmu) terhadap jiran mereka, tidaklah mereka itu faham dan mengambil pengajaran. Demi Allah, jiran2 hendaklah mengajar org2 sekeliling mereka dengan ilmu dan peringatan, menyuruh mereka dengan perkara makruf dan menegah mereka dari perbuatan mungkar."
Secara ultimasinya, kita hendaklah berusaha dengan keras agar undang2 Islam ditegakkan. Ternyata, undang2 sedia ada tidak mampu untuk mengekang jenayah seperti ini dari terus berleluasa. Pihak berkuasa seperti polis juga hendaklah selalu melakukan pemantauan dengan ikhlas dan janganlah sekadar meronda kawasan perumahan semata2 untuk mencari budak2 kampung yg tunggang motosikal tak pakai helmet atau yg tak mempunyai lesen untuk mendapatkan duit kopi. Tanggungjawab anda adalah menjaga keamanan bukan kutip duit kopi.
Kemasukan warga asing secara tidak tekawal juga memainkan isu. Kawallah kemasukan depa. Jangan muakan depa dengan pemberian taraf warganegara dan sebagainya. Terbukti sudah, peningkatan kadar jenayah di negara kita bernatijahkan daripada peningkatan populasi warga asing di negara ni.
Secara keseluruhan, semua pihak perlu memainkan peranan. Adalah tidak adil utk semata2 menyalahkan mak bapak walaupun sememangnya depa perlu lebih berhati2 dan tidak cuai dalam mengawal anak2 depa. Apapun, aku rindukan situasi dulu dimana aku boleh bermain2 dengan gembira tanpa perlu risau diculik, dan aku harapkan akan datang kerisauan itu tidak timbul bila anak aku pulak bermain2 di padang permainan seperti aku suatu masa dahulu.
Cuma, apakah mampu untuk aku hidup tanpa ketakutan itu?
yer betul tu bukan salah ibu bapa 100% cuma manusia sekarang dah xtkut dgn hukum yg ALLAH jnji kan diakhirat nnty....masyaALLAH
ReplyDelete