Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, March 30, 2012
Pengurusan persepsi atau persepsi yg tak terurus?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Baru sebentar tadi berlangsung satu sesi wacana secara langsung yg disiarkan di TV1 menerusi slot "Bicara Rakyat" - dan kali ini topik yg dibawa berbunyi "pengurusan persepsi". Panelis yg terlibat adalah Dr Ridhuan Tee selaku pensyarah kanan UPNM, Shamsul Iskandar Mat Akin selaku Ketua AMK Pusat dan Zahid Md Arip (aku tak tau dia ni siapa. Maybe atas dasar dia "bekas org PKR" maka dia pun diberi ruang).
Pun begitu, aku tak tau sama ada bicara ini memenuhi matlamat tajuk ini atau ianya lebih kepada "memperkatakan tentang persepsi yg ditimbulkan". Namun, aku tidak dapat lari dari meneliti perdebatan ini dengan tertib (sambil2 aku menembak dalam facebook Bicara Rakyat).
Dari perdebatan ini, aku dapat melihat 3 watak - Ridhuan Tee walaupun ketara pro-UMNOnya tetapi nampak la dia sedaya upaya menjadi se"neutral" yg mungkin walaupun secara dasarnya, dia turut terikut2 dalam kekeliruan fiqh aulawiyyat antara "undang2" dan "sumpah laknat". Shamsul Iskandar pula, for once, mendapat kepujian aku melalui cara dia handle serangan peribadi yg tak berkesudahan drpd Zahid (dan sekali sekala, menembak peluru juga), Zahid pulak, well - melencong banyak, serang peribadi dan secara keseluruhan TIDAK MEMBANTU perjalanan debat. Aku tak tau atas kriteria apa dia ni menjadi panel.
Secara keseluruhan, panelis pro UMNO mempersoalkan tentang "mengapa perlu diberi ruang dalam media massa sedangkan dalam media alternatif pun PR mampu membina persepsi". Ini adalah satu hujah yg amat dangkal. Media alternatif adalah terbuka - BN dan PR mempunyai peluang sama rata dalam media alternatif dan jika BN melihat mereka terkebelakang dalam kancah media alternatif, ini kerana pihak yg simpatisan PR jauh lebih ramai dan mempunyai banyak pengaruh. Malah, kalau nak ikutkan UMNO juga dah mengorak langkah utk merebut "pie" dalam media alternatif dengan mewujudkan Unit Media Baru yg diketuai Tun Faisal. Terkini, depa resort to mengupah hacker2 murahan utk hack group2 pro PR di facebook.
Ini berbalik kepada persoalan mengenai media perdana. Memandangkan tidak ada sesiapa pun yg boleh claim penguasaan media alternatif atas kerana keterbukaannya, perkara itu tidak boleh disamakan dengan media perdana. Media perdana ni adalah controlled item - satu bahan kawalan dan sememangnya media perdana akan cenderung kepada golongan pemerintah. Yang menjijikkan, media yg sepatutnya bersifat NASIONAL ini dijadikan seolah2 media untuk parti pemerintah. Dan memandangkan media perdana ini yg paling senang diakses (tak semua org ada internet tetapi depa pasti akan ada akses untuk media perdana) maka begitu mudah sekali bagi pihak parti pemerintah menimbul dan melekatkan persepsi negatif terhadap PR. Berapa kali kita lihat dalam media perdana berita2 yg memburukkan PR tanpa memberi ruang kepada PR utk memperbetulkan persepsi buruk rekayasa BN itu di ruang yg sama? Lupakan media2 cetak pro-PR seperti Harakah dan Suara Keadilan - akhbar2 ini sememangnya milik parti masing2! Bagaimana dengan TV3, Berita Harian dan seumpamanya? Apakah depa ni milik UMNO?
Berbalik kepada soalan menanam persepsi - Zahid merungkapkan "persepsi masyarakat terhadap Anwar" dengan memerik kes Anwar dan china doll, liwat dan seumpamanya lalu dikaitkan dengan keengganan Anwar bersumpah laknat bagi membersihkan namanya, tidak seperti Najib yg kononnya bersumpah utk "membersihkan" namanya berhubung kes Altantuya. Amat malang sekali bila Ridhuan Tee, sebagai seorg yg sepatutnya lebih tahu, turut terjebak menyokong kenyataan si Zahid. Bagi menjawab isu ini, aku ingin sekali menggariskan beberapa perkara untuk tatapan semua -
1) Dia menyatakan "masyarakat akan mempunyai persepsi buruk terhadap Anwar lantaran Anwar tidak berani bersumpah laknat membersihkan namanya" dalam kes liwat dan china doll. Kenapa dia tidak mengulas apakah persepsi masyarakat bila Anwar tidak didapati bersalah dalam kes liwat dan sehingga hari ini, tidak ada bunyi pun mengenai rayuan saiful? Dan apa pula persepsi masyarakat bila Eskay sampai ke hari ni tidak berani mendakwa Anwar secara selayaknya di mahkamah syariah berhubung kes china doll?
2) Dia menyatakan juga bahawa "kenapa Anwar tidak saman sahaja Eskay" atau sesiapa yg kononnya memfitnah Anwar, tetapi sekali lagi mengapa dia tidak bertanya apakah persepsi masyarakat bilamana hingga ke hari ini semua tuduhan ke atas Anwar itu cuma bersifat "on paper" dan tidak dibawa ketengah? Mengambil isu Nalla umpamanya - dia hanya menuduh tapi tidak mahu membawa bukti. Malah apabila dia menggesa Anwar menyamannya, nampak sangat apakah intention si Nalla ni. Tetapi, hingga ke hari ni Nalla gagal membawa bukti yg mengukuhkan tuduhannya. Apa pula persepsi masyarakat berkenaan ini?
3) Apabila Najib "bersumpah", kononnya dia membina persepsi yg dia tak bersalah. Apa pula persepsi masyarakat bila kemasukan peguam Perancis, William Bourdon dihalang di KLIA berhubung kes yg ada kaitan dengan Altantuya? Apa pula persepsi masyarakat bila hakim boleh mengeluarkan kenyataan yg "motif pembunuhan tidak penting dalam kes ini"?
4) Ridhuan Tee dan Zahid seringkali memainkan isu sumpah. Jadi apakah persepsi yg nak ditanam pada masyarakat melalui ini? Bahawa "sumpah laknat memadai utk membela diri"? Kalau begitu, jika kita menangkap sorg pencuri yg mencuri, kemudian dia pun pergi ke masjid untuk bersumpah laknat menafikan perbuatannya (walhal dia ditangkap red handed), maka dia pun terlepas? Begitu? Apakah persepsi yg mahu dicanaikan berupa "sumpah laknat lebih berkuasa dari undang2"?
Kesimpulannya, wacana ini lari dari tajuk asal. Walaupun aku nampak Shamsul dan Ridhuan Tee cuba utk mengembalikan perbincangan ini ke landasannya, kehadiran Zahid yg bertindak seolah2 pencacai murahan UMNO merosakkan keadaan.
Dan bila kita melihat wacana ini tadi, apa pula persepsi yg dapat ditimbulkan kepada kita? Tepuk dada, tanya iman.
Assalamualaikum. Jutaan maaf, bila hamba buka blog ini dan hamba lihat Kalimah Tauhid di tempat di bawah panji pertubuhan...terus tak jadi nak komen apa2..cuma, betulkan niat semata-mata kerana ALLAAH SWT..
ReplyDeletewaalaikum salam wbt. lambang tak membawa makna apa2 la. yg penting maqasid perjuangan ini utk apa. tu je.
ReplyDelete