Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, March 24, 2012
kroni didahulukan, rakyat dibakulsampahkan
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Maka bertebaranlah berita yg amat memualkan para pemerhati politik, penyanggah2 kerajaan UMNO BN serta rakyat jelata yg biasa2 - Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.
Perkara ini sangat memualkan. Begitu mudah sekali kerajaan "menghalalkan" hutang Tajudin yg berjumlah lebih setengah billion ringgit itu begitu sahaja hasil persetujuan penyelesaian luar mahkamah. Soalnya, penyelesaian itu menyaksikan Tajudin tak payah bayar hutang. Apa pula yg kerajaan dapat daripadanya? Apakah penyelesaian dari pihak Tajudin itu berupa "dia akan zip mulut demi melindungi pihak2 tertentu yg berkepentingan"?
Berdasarkan stail pentadbiran Najib - "you help me, I help you" - ini tidak mustahil. Kot tak, masakan hutang sebegitu besar boleh diabaikan begitu sahaja?
Lantas aku terkenangkan nasib anak2 muda kita para graduan universiti yg dibelenggu hutang PTPTN - termasuk isteri aku. Jumlah keseluruhan tunggakan PTPTN sehingga kini adalah RM 1.1 billion. Daripada kerajaan "menghalalkan" RM589 juta yg dipinjam oleh tajudin ramli, better kerajaan halalkan jumlah RM1.1 billion pinjaman PTPTN yg tertunggak yg dipinjam oleh ribuan anak2 muda generasi masadepan negara ni. Itu lebih aula'.
Ataupun channel duit tu untuk menampung subsidi petrol atau gula whatsoever yg lebih menyentuh kehidupan rakyat negara ni. Penyelesaian luar mahkamah tu hanya menguntungkan tembolok Tajudin sorg (dan mungkin pihak2 yg deal off court tu) tapi bagaimana dengan rakyat terbanyak?
Disaat hutang negara hampir mencapai tahap kritikal (akan aku ulas dilain kali) tindakan bodoh seperti ini amat menyakitkan hati. Ini baru kisahkan si Tajudin. Aku yakin, silap2, RM 250 juta skandal "lembugate" pun akan dihalalkan begitu sahaja oleh kerajaan UMNO BN. Silap2, semua hutang kroni akan dihalalkan dan semua beban kekangan kewangan kerajaan dek kerana tindakan yg amat pendek akal ini DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH RAKYAT.
Rakyat didahulukan ye? Ternyata kita ini hanya dibakulsampahkan oleh UMNO BN. Masih nak sokong lagi?
No comments:
Post a Comment