Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, March 4, 2012
"kami minum arak, tapi tak buat maksiat"
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
aku tak tau nak kata apa dengan situasi ni. sorg budak pompuan melayu (tak tau agama apa tapi confirm melayu) dengan bangga upload gambar dia sambil memegang botol arak di atas sebuah katil dalam bilik hotel yg dipenuhi lelaki. kononnya semasa sambut birthday minah ni.
ketika ramai org menegur minah tu, dengan selambanya minah tu sanggah balik dan berkata, "kita org hanya mabuk dan tak melakukan maksiat".
apakah budak ni sejahil itu sehingga tak tau bahawa arak itu adalah ibu kepada maksiat?
firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah, 90)
Nabi s.a.w bersabda, "Tiga golongan orang yang telah diharamkan Allah memasuki syurga : iaitu penagih arak , orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya." (riwayat Ahmad , al Haakim dan al Baihaqi)
dan ada puluhan lagi dalil sama ada dari al Quran dan Hadis Nabi yg mengharamkan arak. bahkan ada 10 golongan yg dilaknat Allah berkenaan arak ni. arak juga termasuk dalam kategori hudud yg membawa kepada hukuman sebat. begitulah besarnya maksiat arak ni.
tapi budak pompuan ni seolah2 begitu jahil bila mengeluarkan kata2 sedemikian. malah statementnya tu mengundang 10 "like" sehingga blog ini ditulis! astaghfirullah - seteruk inikah keruntuhan akhlak generani muda malaysia dan melayu?
inilah akibatnya kalau agama dijauhkan dari masyarakat, dan inilah salah satu tanda akhir zaman, apabila ramai orang menunjuk-nunjuk malah bangga dengan perbuatan maksiat yang dilakukan. Semoga dijadikan iktibar kepada anda di luar sana. Barangkali di luar pengetahuan kita, lebih banyak perkara yang lebih dahsyat dari ini.
apakah masih ada pihak yg nak kata "melayu tu semestinya Islam"? jika demikian, apakah yg boleh kita katakan mengenai minah ni?
No comments:
Post a Comment