Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, March 6, 2012
iblis juga bantu org beribadah, tapi sebabnya...?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
iblis ni jahat. engkar perintah Allah supaya sujud menghormati Adam a.s hingga diusir oleh Allah keluar dari syurga dan dilaknat sehingga kiamat. rentetan itu, iblis menyimpan dendam terhadap anak keturunan Adam dan bersumpah akan menyesatkan depa supaya menemani iblis kat dalam neraka nanti.
selingan - adalah amat pelik bila nazri aziz panggil anwar as "iblis" sedangkan yg dok ajak manusia buat maksiat belaka ni adalah UMNO. hub hiburan malam? judi bola? banyak lagi kisahnya.
tapi kat sini aku ingin kongsikan satu kisah yg menarik utk tatapan semua utk menjadi peringatan kita bahawa kejahatan iblis ni is "more that meets the eye".
dalam sebuah kampung terdapat seorg hamba Allah yg cukup rajin ke masjid. takkan miss solat fardhu secara berjemaah di masjid setiap waktu.
pada satu subuh, hujan turun dengan begitu lebat tetapi hamba Allah ini tetap mengorak langkah keluar untuk me masjid bagi menunaikan solat subuh berjemaah. memandangkan hujan begitu lebat, jalan habis berlopak sana sini.
tiba2 hamba Allah itu terjatuh ke dalam satu lubang yg agak besar. habis kotor jubahnya. tetapi hamba Allah ini sekadar mengucapkan "subhanallah" lalu pulang ke rumahnya, menukar pakaian yg bersih dan kembali menuju ke arah masjid.
alih2, kali ni dia jatuh lagi skali ke dalam lubang yg lain, juga mengakibatkan jubah barunya itu kotor. sekali lagi dia sekadar mengucapkan "subhanallah" lalu pulang, menukar baju bersih yg lain dan sekali lagi bergerak menuju ke masjid.
sekali lagi dia hampir terperosok ke dalam lubang yg lain tetapi kali ini tangan hamba Allah itu sempat dipegang oleh seorg lelaki yg kebetulan lalu di situ agar hamba Allah tidak terjatuh ke dalam lubang itu. bukan itu sahaja, lelaki budiman itu memimpin tangan hamba Allah itu hingga selamat sampai ke pintu masjid tanpa sebarang insiden.
yg peliknya, lelaki budiman itu terus bergerak meninggalkan masjid selepas menghantar hamba Allah itu ke muka pintu masjid sedangkan waktu subuh dah hampir masuk. hamba Allah itu pun bertanya. "wahai tuan yg budiman, mengapakah tuan hendak pergi? waktu subuh sudahpun hampir masuk. marilah kita berjemaah bersama2."
lelaki budiman itu memandang hamba Allah itu, "kamu tahukah siapa aku?"
hamba Allah itu menjawab, "tidak tahu, wahai lelaki budiman."
lelaki budiman itu membalas, "sesungguhnya aku adalah iblis."
hamba Allah itu terkejut, lalu bertanya, "jika benar kamu iblis, mengapakah kamu membantuku dari terjatuh ke dalam lubang itu bahkan kamu memimpin tanganku hingga selamat tiba di masjid ini? bukankah kerja kamu menghalangi org sepertiku dari beribadah?"
iblis itu menjawab, "benar. sebenarnya jikalau kamu ingin tahu, akulah yg membuat lubang2 yg menyebabkan kamu terjatuh itu. aku fikirkan, jika kamu terjatuh sekali dan pakaianmu kotor, kamu akan berputus asa dan berpatah pulang lalu mengerjakan solat di rumah sahaja tetapi kamu menukar pakaianmu dan tidak membatalkan niatmu untuk ke masjid. di saat itu, Allah mengampuni segala dosamu.
bila kamu jatuh lubang kali kedua, dankamu berbuat sepertimana perihal yg pertama tadi, Allah mengampuni dosa seluruh penduduk kampung ini.
sebab itulah aku tidak benarkan kamu jatuh kali ketiga dan aku pimpin kamu hingga sampai ke masjid dengan selamat. aku khuatir jika kamu jatuh kali ketiga dan kamu terus berbuat sepertimana situasi pertama dan kedua, Allah mengampunkan dosa seluruh penduduk dunia ini lantaran istiqamah kamu untuk solat berjemaah."
pengajaran dari kisah ini?
kadang2 iblis ni berbuat baik yg sedikit semata2 untuk mengabui mata kita akan perkara yg lebih besar. dan kebaikan iblis itu juga bertujuan untuk menghalangi kebaikan yg jauh lebih banyak yg akan Allah limpahkan ke atas hamba2Nya.
kita kaji pecontoh ini dalam situasi masyarakat kita. aku tak nak ulas banyak, sekadar ingin mengambil satu contoh. memang kerajaan UMNO BN misalnya membina masjid dengan banyak dan cantik, kononnya untuk menegakkan Islam di muka bumi malaysia ini tetapi dalam masa yg sama, ianya bertujuan utk mengabui mata rakyat akan kebejatan yg turut mereka lakukan serentak seperti penyelewengan, kebejatan, rasuah, pemborosan, hiburan yg melampaui batas, penolakan hukum al-Quran dan sebagainya. malah, kalau boleh aku ambil satu lagi contoh - pemberian BR1M. dari satu segi, kononnya kerajaan prihatin terhadap rakyat tetapu ini adalah satu taktik utk memancing undi agar rakyat terus memilih BN dan membolehkan BN terus menyeleweng, menjarah duit rakyat, meneruskan agenda merosakkan akidah ummah dan menyesatkan rakyat dengan segala mcm kemungkaran dan kemaksiatan.
mungkin agak kasar bunyinya tapi itulah hakikatnya.
iblis tak sentiasa buat jahat terhadap manusia, tetapi ingat! dalam kebaikan iblis, pastinya ada agenda jahat disebaliknya.
No comments:
Post a Comment