Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, March 13, 2012
Debat - diboleh atau dilarang?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salah satu cara puak2 UMNO untuk menghalalkan kedayusan Najib menyahut cabaran Anwar untuk berdebat mengenai isu2 semasa dan polisi negara ialah dengan menyetujui pandangan singkat akal Ahmad Maslan iaitu "debat ini budaya barat" dan "tidak dibenarkan dalam Islam."
soalnya, benarkah begitu?
Pertama sekali mari kita fahami maksud "debat". Debat mempunyai maksud yg menyeluruh - dari mengambil kira segala data, kepada membincangkan data2 yang diambil, dan mempertahankan data2 yang benar serta menyanggah data2 yg berlawanan. Yang paling selalu org salah faham, debat ini membawa maksud “berlawan” atau “bergaduh”. Bahasa paling mudah, debat sama ertinya dengan "bahas".
Debat ini datangnya dari bahasa inggeris iaitu "Debate". Menurut kamus Oxford, "debate" ni membawa maksud berikut -
- To consider something; deliberate.
- To engage in argument by discussing opposing points.
- To engage in a formal discussion or argument. See synonyms at discuss.
- Obsolete. To fight or quarrel.
Jadi, debat ini bukan semata2 membawa maksud "bergocoh" je seperti yg dijelaskan dalam poin keempat kamus Oxford itu tadi. Sepatutnya Khairy Jamaluddin lebih tahu - dia kan lulusan Oxford?
Soalnya, apakah debat ini dibenar dalam Islam?
Islam itu sendiri tertegak atas dasar hujjah. Hujjah yg terbaik mengenai Islam sudah tentulah Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Apa yg Allah Kalamkan dalam al-Quran adalah antaranya hujjah2 yg menyanggah pandangan dan amalan serta pendapat org2 kafir yg menolak hukum Allah dan para Nabi. Ini boleh dipanggil "menyanggah pandangan dan pendapat org yg berlawanan". Ini adalah salah satu ciri debat dan bahas.
Para Ulama mufassirin juga membahas dan mendebatkan mengenai perkara2 yg bersifat mutasyabihat atau perkara2 ijtihadi dalam Islam untuk mencari satu konklusi iaitu mencerah, memudah dan memahamkan umat mengenai Islam dan tatacaranya. Mereka bermuzakarah, berbincang dan dalam perbincangan itu pasti berlaku pertukaran pendapat. Itu namanya debat.
Apakah ciri2 debat yg dibenarkan dalam Islam? Sudah pastilah, biar debat dengan ilmu dan bukannya pakai hentam keromo.
Perkara yg paling tidak dibenarkan dalam Islam adalah pedebatan yg MEMPERSOALKAN HUKUM HAKAM AGAMA DAN KETETAPAN ALLAH. Jika berlaku sedemikian, maka si pendebat itu akan diazab oleh Allah dengan sekeras2nya.
Allah berfirman, “Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk, dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya dengan memalingkan lambungnya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Ia mendapat kehinaan di dunia dan di hari kiamat. Kami merasakan kepadanya adzab neraka yang membakar. (Akan dikatakan kepadanya): ‘Yang demikian itu, adalah disebabkan perbuatan yang dikerjakan oleh kedua tangan kamu dahulu dan sesungguhnya Allah sekali-kali bukanlah penganiaya hamba-hamba-Nya’.” (Al-Hajj: 8-10)
Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di t tatkala menjelaskan ayat ini, mengatakan:
“Perdebatan tersebut bagi seorang muqallid (yang mengikuti satu perkataan tanpa dalil). Perdebatan ini berasal dari syaitan yang jahat yang menyeru kepada berbagai bid’ah. Maka Allah mengkhabarkan bahawa dia mendebat tentang Allah dengan cara mendebat para Rasul Allah dan para pengikutnya dengan cara yang batil dalam rangka menggugurkan kebenaran, tanpa ilmu yang benar dan petunjuk. Dia tidak mengikuti sesuatu yang membimbingnya dalam perdebatannya itu. Tidak dengan akal yang membimbing dan tidak pula dengan seseorang yang diikuti kerana hidayah. Tidak pula dengan kitab yang bercahaya, yaitu yang jelas dan nyata. Dia tidak memiliki hujjah baik secara aqli maupun naqli, namun hanya sekedar menampilkan syubhat-syubhat yang dibisikkan oleh setan kepadanya. (Allah l berfirman):
“Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantah kamu.” (Al-An’am: 121)
Bersamaan dengan itu, dia memalingkan lambung dan lehernya. Ini merupakan gambaran tentang kesombongannya dari menerima kebenaran serta menganggap remeh makhluk yang lain. Dia merasa bangga dengan apa yang dia miliki berupa ilmu yang tidak bermanfaat, serta meremehkan orang-orang yang berada di atas kebenaran dan al-haq yang mereka miliki. Akibatnya, dia menyesatkan manusia, yaitu dia termasuk ke dalam penyeru kepada kesesatan. Termasuk dalam hal ini adalah semua para pemimpin kufur dan kesesatan. Lalu Allah menyebutkan hukuman yang mereka dapatkan di dunia dan akhirat. Allah berfirman:
“baginya di dunia kehinaan.” Yaitu, dia akan menjadi buruk di dunia sebelum di akhirat."
Jelas kat sini, debat yg diharamkan adalah debat yg tidak bersandar pada ilmu. Debat yg hanya menurut hawa nafsu serta bertujuan untuk mencaci cerca pihak lain tanpa sebab yg haq. Debat yg tidak berlandaskan pada fakta dan dalil serta tidak pula mahu mencari konklusi dan kebenaran disebaliknya. Debat sebeginilah yg diharamkan!
Akan tetapi, kalau debat itu berdalil, berlandaskan pada ilmu, fakta dan isi, serta mempunyai maqasid untuk mencapai konklusi bagi kemaslahatan pihak2 tertentu, inilah yg dibenarkan. Dalam kes Anwar lawan Najib, masing2 mempunyai pandangan masing2 mengenai isu2 dan polisi2 negara dan masing2 berlandaskan kepada ilmu dan kefahaman masing2, maka haruslah didebatkan untuk rakyat meneliti dan menilai mana satu yg lebih baik kerana rakyat yg akan memilih pentadbir negara. Rakyat adalah bos.
Umpamanya, kalau sebuah syarikat hendak menganugerahkan sebuah projek, pastinya pihak2 yg bersaing untuk mendapatkan tender itu diberi peluang sama rata untuk mengutarakan pandangan, idea dan gagasan depa. Then baru bos syarikat tender tu akan menilai mana satu yg terbaik. Tetapi dalam kes negara ni, memandangkan pihak PR tidak pernah mendapat ruang yg sama rata dalam media utk menerjah minda rakyat yg merupakan bos besar negara ni, maka debat secara terbuka dan langsung inilah merupakan satu wasilah yg terbaik utk rakyat menilai apakah yg ingin disampaikan oleh kedua2 belah pihak.
Selagi perdebatan itu berlandaskan ilmu, fakta, menggunakan bahasa2 yg baik (walaupun tegas dan keras, tetapi tidak kesat dan jahat), berdalil, mempunyai maqasid untuk kemaslahatan ummah, maka ini dibenarkan dalan syara'. Asal hukum sesuatu perkara itu adalah harus. Yg mengharamkannya bukanlah perkara itu sendiri tetapi cara kita membawa dan menggunakan perkara itu yg menyebabkan ia boleh menjadi haram.
Maka kepada puak2 UMNO, cukuplah bersandiwara. Masanya untuk menjadi manusia yg matang dan menyahut cabaran demi untuk negara yg tercinta. Rakyat Malaysia mahukan debat Najib dan Anwar.
Apa guna pemimpin yg tidak mahu mengikut hasrat rakyat?
No comments:
Post a Comment