Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, March 11, 2012
BN youth music - satu lagi usaha melaghakan belia
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sepatutnya aku ingin mengulas mengenai perletakan (atau penamatan kontrak) Shahrizat Jalil sebagai menteri, tapi ada satu benda yg lebih menarik minat aku.
Akhir bulan Februari lalu, telah diadakan satu festival muzik anjuran BN khusus untuk kononnya mencungkil bakat anak2 muda yg dinamakan BN Youth Music.
Berikut aku paparkan laporan dari blog RotiKaya.com selaku web portal online rasmi festivel muzik tu -
BN Youth Music Satu Kejayaan, Angkat Skudap Skudip Sebagai Juara Keseluruhan
Jika anda tidak berada di sekitar The Curve, Mutiara Damansara hujung minggu yang lalu, memang menjadi satu kerugian duniawi kerana terlepas satu festival muzik yang memang meriah untuk anak anak muda.
Acara kemuncak dan pentas akhir BN Youth Music yang berlangsung semalam berjaya menarik hampir 5,000 pengunjung sekaligus mencatat sejarah pertama buat Pemuda Barisan Nasional sebagai penganjur.
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Skudap Skudip telah berjaya di’angkat sebagai pemenang keseluruhan pencarian bakat BN Youth Music dan juga Juara Kategori Kumpulan yang membawa pulang wang tunai RM50,000.
Menurut pengerusi program BN Youth Music, Jamawi Jaafar program ini bukan berlandaskan fahaman politik tetapi mahu mendekatkan pemimpin dengan golongan muda melalui medium muzik.
Sekalung tahniah juga patut kami ucapkan kepada Pengarah Program, Nazree Nassir dari Lensa Creative atas penganjuran penuh cemerlang BN Youth Music.
Pentas akhir BN Youth Music turut di’meriahkan dengan kehadiran hos Natasha Hudson, Carleed Khaza & Neelofa — selain kehadiran mengejut beberapa artis popular tempatan seperti Nasha Aziz, Siti Sarah, Jehan Miskin & 6ixth Sense.
Rotikaya.com yang bertindak sebagai media online rasmi tidak ketinggalan memeriahkan suasana apabila secara khas membawakan dua sessi flashmob dengan kerjasama LOULpop Studios.
Ini bukan BN Youth Music yang terakhir, nantikan perkembangan musim kedua yang akan bermula tidak lama lagi.
Disaat PAS mengadakan solat hajat perdana atau majlis ceramah agama dan sebagainya yg melibatkan anak2 muda, pihak2 ini mengeji dengan mengatakan "ini adalah alat untuk politik" dan "PAS mempergunakan pelajar2 tahfiz". Bagaimana pula dengan menjadikan hiburan yg melalaikan dan melampau ini sebagai alat utk menarik sokongan anak muda seterusnya menjauhkan depa dari agama?
Antara menggunakan agama untuk politik (sepertimana yg selalu didakwa oleh depa) dengan menggunakan maksiat untuk politik, mana lebih hina? Inikah bendanya yg ingin kita wariskan kepada anak cucu kita?
Ternyata para ulama UMNO, para pejuang akidah bahkan para mufti diam membisu bahasa seolah2 mulut depa digam dengan not RM100 bila melihat perkara2 seperti ini berlaku. Apa sudah jadi?
MEMUALKAN!
No comments:
Post a Comment