Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, March 7, 2012
"aku suka-suka je nak bunuh hang. boleh tak?"
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
setiap perbuatan oleh manusia pastinya ada motif. motif itu boleh diibaratkan sebagai tujuan, sebab, dorongan atau sebagainya. sebagai contoh, kita makan sebab kita lapar. lapar itu adalah motif. kita buang air besar sebab perut dah memulas. perut memulas itulah motif.
malah Allah juga menjadikan kita ini bermotif. apa motifnya? "dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah Aku (memperhambakan diri kepadaKu)" (az-Zariyat, 56).
jadi, satu perkara yg amat pelik dan ajaib bila satu kes pembunuhan yg besar sekali impaknya terhadap negara ini, dan juga melibatkan isu diplomatik, tidak mengambilkira faktor motif. ada ek org membunuh tanpa sebab? "apsal ko bunuh aku?" "ntah la...saja je nak bunuh." boleh?
semalam, kita dikejutkan dengan kenyataan oleh hakim dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin yg memperlekehkan aspek motif dalam penghakiman kes bunuh berkenaan, dimana hakim tersebut tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita yang dilaporkan sebagai juru bahasa dan broker perniagaan senjata itu dalam penghakiman penuh ke atas kes bunuh itu selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.
"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata tuan hakim tersebut.
apa ini? jadi sejak bila motif dalam satu2 kes jenayah itu tidak penting? apakah sirul dan azilah itu suka2 membunuh altantuya? kutip minah tu tepi jalan mana2, lepas tu ikat dan letupkan pakai C4? ternyata, badan kehakiman kita layak menyertai Maharaja Lawak.
timbalan presiden PAS, Mat Sabu merumuskan dengan cantik sekali dalam kenyataannya yg dirakamkan oleh Harakahdaily, "Keputusan mahkamah itu dengan sendirinya mengesahkan pandangan sebahagian besar rakyat bahawa Azilah dan Sirul hanyalah boneka pihak tertentu yang sangat berkuasa yang mengarahkan mereka melakukan pembunuhan.
Adalah tidak masuk akal kedua-dua anggota polis UTK itu sengaja seronok-seronok membuat keputusan untuk membunuh Altantuya tanpa sebarang sebab."
sesungguhnya, dengan keputusan dan penjelasan penghakiman yg sebegini mengarut, ianya akan meningkatkan lagi spekulasi bahawa kes pembunuhan ini tidak se"straight forward" seperti yg disangkakan. kegagalan mahkamah utk menentukan motif pembunuhan boleh dianggap merbahaya kerana ianya membantutkan usaha mencari keadilan sebenar dalam kes ni.
apakah jika mahkamah benar2 mengambilkira aspek motif seperti yg sepatutnya, ianya akan kembali menunding ke arah razak baginda, or worst still, kepada pihak yg jauh lebih "berkuasa" di malaysia? dan apakah keputusan penghakiman yg sebegini mengarut sememangnya satu usaha untuk menutup "bangkai gajah yang semakin mereput"?
rakyat malaysia mahukan jawapan. shaaribuu setev mahukan jawapan. satu dunia mahukan jawapan. bukan satu lagi alasan kehakiman budak2.
No comments:
Post a Comment