Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, February 4, 2012
Protes AUKU di KUIN - betapa parasitnya SMM!
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sedia menggerakkan mahasiswa untuk mengadakan protes di Wisma Darul Aman 19 Februari ini jika Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih "terus mempertahankan" Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan akta yang mirip dengannya.
Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab (kiri) berkata berkata tarikh itu dipilih kerana ia merupakan hari bekerja di negeri itu (Ahad) dan membolehkan ramai mahasiswa dari Lembah Kelang - yang bercuti - turun menyertainya.
"Bagaimanapun keputusan mengadakan perhimpunan bergantung kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 12 Januari ini.
"Jika beliau menarik balik kenyataan yang mempertahankan AUKU dan lain-lain, kita akan batalkan protes itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
SMM antara antara pihak yang mendesak Azizan menarik balik hukuman penggantungan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang digantung April lalu kerana memprotes tindakan KUIN mengosongkan asrama mereka di Alor Setar.
Bagaimanapun, tempoh penggantungan ke atas empat daripadanya sudah berakhir.
Tindakan Azizan mempertahankan tindakan KUIN itu mengundang kritikan keras kumpulan mahasiswa sebelum ini, diikuti kritikan pemimpin pembangkang, aktivis peguam dan kumpulan NGO.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ahmad Syukri memohon agar jawatankuasa PAS turut melibatkan wakil mahasiswa dalam pertemuan dengan Azizan pada 12 Februari ini.
Katanya, ia bagi membolehkan maklumat daripada kedua-dua pihak disampaikan terus kepada pimpinan tertinggi PAS dan bagi mengelak kegagalan teknikal seperti isu memorandum yang tidak sampai ke tangan Presiden PAS.
(sumber - Malaysiakini)
** kekadang, makin dimanjakan, makin naik lemak bebudak kecik ni.
diperjelaskan berjuta2 kali bahawa inilah regulation yg terpaksa diambil dan perlu diingatkan bahawa ustaz azizan dah bagi hint banyak kali supaya bebudak KUIN tu merayu - agar tiada tindakan diambil. tapi depa dok lorat tang tu gak - semuanya kerana hasutan SMM yg bagi aku bertindak seperti parasit dalam isu ni.
tapi kalau depa nak buat demo gak, silakan. kita akan buktikan bahawa PR dan PAS khususnya takkan bertindak barbarik mcm kerajaan UMNO BN when it comes to "himpunan aman" atau "protes".
dan kat sini nak tgk gak apa tindakan polis - depa kasi permit ke?
No comments:
Post a Comment