Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, February 4, 2012
kak ijat tak nak letak jawatan? bagus la tuuu...
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.
Beliau berkata tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran.
"Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.
"Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mengenai sama ada beliau akan terus berada dalam barisan Kabinet, katanya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.
Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.
Mengenai kenyataan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz yang dipetik oleh sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris sebagai
berkata sesiapa yang menjadi bebanan kepada parti perlu meletakkan jawatan, Shahrizat berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu kerana baru sahaja pulang ke tanah air.
Katanya beliau sangat menghormati Rafidah dan akan terus berusaha memperkuatkan dan memperkukuhkan Wanita Umno supaya bersatu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menurutnya beliau yang baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah akan memulakan tugasnya semula Rabu ini.
Shahrizat bercuti rehat selama tiga minggu bermula 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
(sumber - Malaysiakini)
** bagus gak kalau kak ijat tak resign dan nak lawan.
pertama, dia akan jadi liabiliti besar buat UMNO berhubung isu duit lembu tu. mana taknya, sampai satu tahap dia menyeret Wanita UMNO sama dalam skandal ni dengan mengibaratkan serangan terhadap beliau adalah "serangan terhadap wanita UMNO". keengganan UMNO menyiasat dia secara thorough gak membantu. malah, muhyiddin sampai kata "tak perlu ada suruhanjaya diraja menyiasat skandal NFC". takut lubang pecah ye bang?
kedua, dalam usaha kak ijat "defiant" terhadap tekanan2 yg dikenakan ke atasnya dah keluarga, dia sebenarnya membantu mendedahkan pekung UMNO sendiri. ucapan klasiknya "beritahu saya, pemimpin UMNO manakah yg tiada masalah?" cukup berkesan utk menjadi mantra bahawa SEMEMANGNYA UMNO DIPENUHI MEREKA YG BERMASALAH! plus, serangan terkini kak ijat terhadap bekas bosnya, rafidah aziz juga tidak membantu cause UMNO.
sekarang, bola berada di tangan kita - pandai2lah guna. jangan kita asyik sibuk nak bertekak sesama sendiri atau sibuk pasal israel semata2. isu2 inilah yg mampu memberikan mileage untuk kita menekan UMNO BN.
bangkai lembu takkan dapat ditutup, kak ijat.
No comments:
Post a Comment