Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, February 11, 2012
Insiden di Kg Idaman - satu lagi bukti kebaculan UMNO!
cerita jalan kebun tak settle lagi, UMNO di klang buat hal balik semula.
kali ni melibatkan satu program bersama mahasiswa di kampung idaman yg mensasarkan adam adli - sehingga mengakibatkan vandalism yg amat teruk terhadap kelengkapan dewan tersebut.
kat sini aku tepek ringkasan kejadian kes menurut Tuan Speaker (Dr Ahmad) dari SAMM wilayah, yg aku kutip dr blog Edyesdotcom.
- Dimaklumkan dewan lokasi program telah ditawan, digeledah dan dijarah oleh samseng UMNO/BN sebaik sahaja selesai solat Maghrib di Masjid Tok Dagang. Kg Jawa.
- Makluman daripada penduduk tempatan; samseng UMNO/BN diketuai oleh anak arwah Dato Z yang dikenali sebagai "BOY".
- Samseng UMNO/BN menghalau orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah. Mereka memenuhi setiap ruang dalam dan luar dewan selain berkawal dan mengugut orang ramai di semua jalan masuk menuju ke dewan.
- Kerusi bukan setakat diterbalikkan, malah dipatahkan dan dihancurkan.
- Mereka hanya mahukan Adam Adli.
- Ceramah kemudiannya dialihkan ke padang berhampiran dan samseng UMNO/BN berkawal di kawasan padang tersebut sebaik sahaja mengetahui perubahan lokasi program. Kereta yang dinaiki oleh Tuan Speaker dihalau keluar daripada kawasan padang oleh samseng UMNO/BN.
- Dalam masa yang sama, kereta yang dinaiki Farel Dedek Samm dan rakannya sedang ditahan di kawasan berhampiran dewan oleh samseng UMNO/BN sebelum mereka berjaya melepaskan diri.
- Khalid Mohd Ismath, Xsan Ekhsan dan beberapa orang tempatan telah ke Balai Polis Pandamaran untuk membuat laporan polis terhadap gangguan melampau yang sangat tidak bertamadun oleh samseng UMNO/BN.
- Samseng UMNO/BN memenuhi ruang di luar pagar Balai Polis Pandamaran. Malah, mereka membentuk laluan sehingga ke hadapan pintu Balai Polis Pandamaran. Polis hanya buat buat bodoh.
- Adam Adli dihina dan dikeji ketika sampai di Balai Polis Pandamaran oleh samseng UMNO/BN dengan gelaran "budak jambu", "gayboy" dan sebagainya.
- Kereta yang dinaiki oleh Adam Adli dan Tuan Speaker diludah, dibaling batu dan ditendang ketika mahu beredar ke IPD Klang oleh samseng samseng UMNO/BN. Berlaku percubaan untuk "mengangkut" Adam Adli but gagal kerana pemandu kereta memecut kereta.
- Kegagalan mendapatkan Adam Adli membuatkan kenderaan yang dinaiki oleh Khalid, Ehsan dan sahabat yang lain diserang dahsyat sehingga memaksa pihak polis mengiringi mereka ke IPD Klang. Kekuatan polis pengiring yang digunakan adalah 2 buah kereta peronda dan 3 buah motorsikal polis trafik. Dah macam menteri dah jadinya.
- Samseng UMNO/BN mengejar konvoi tersebut sehingga ke hadapan IPD Klang dan mereka terus berkampung di sana sehingga sahabat sahabat selesai urusan di IPD Klang sekitar jam 2.30 pagi.
- Samseng UMNO/BN menunjukkan banyak isyarat lucah ke arah kereta yang dinaiki oleh Adam Adli sehingga memaksa pemandu memilih untuk keluar daripada laluan asal apabila arahan "Dr, selamatkan Adam Adli dan mahasiswa yang lain. Abaikan politician yang masih mahu bermegah megah dan mahu menjadi hero dan deal direct dengan orang tempatan yang mempunyai hubungan kukuh dengan grassroot".
- Gambar tak dapat nak ambil sebab setiap yang berkamera jika bukan orang mereka, pasti akan diugut dan nyaris dibelasah.
- Terima kasih kepada orang tempatan yang banyak membantu.
** bagi aku mudah - ini adalah satu lagi bukti kebaculan, kebodohan dan sikap gangster puak2 UMNO yg semakin terdesak mengekalkan kuasa depa. pelik juga - depa dok canang keyakinan "menawan kembali selangor" tapi kalau betul yakin, apsal bertindak secara barbarik dan tak bertamadun?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment