Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, January 27, 2012
undang2 Bolehland!
satu hari di sebuah mahkamah negeri Bolehland...
pendakwaraya: bahawa kamu Rajib Nazak didakwa mencuri kat sebuah pasar raya. 4 org lelaki menahan kamu ketika kamu sedang hendak memasukkan barang curian ke dalam kain sarung kamu. malah kalau kamu tak nak guna hudud, cctv juga merakamkan gambar kamu sedang melakukan perbuatan curi itu. apa pengakuan kamu?
tertuduh : tidak bersalah.
pendakwa raya : apa hujah kamu?
tertuduh : saya, Rajib Nazak, bersumpah atas nama Tuhan yg menjadikan bibir pink saya ini sambil saya menjunjung kitab yg dipegang secara terbalik ini, bahawa saya tidak melakukan perbuatan itu. walaupun saya tau saya ni mmg lahanat, tapi saya nak sumpah laknat gak sebab saya rasa saya tak mencuri.
hakim : (diam sebentar) mahkamah dengan ini memutuskan bahawa tertuduh didapati TIDAK BERSALAH atas pertuduhan mencuri sebab tertuduh bersumpah laknat dia tak mencuri. dengan ini mahkamah memerintahkan pendakwaraya bersumpah laknat utk membuktikan kesahihan tuduhan mereka.
tangggg!!! tanggggg!!! tangggg!!!
No comments:
Post a Comment