Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, January 28, 2012
strategi licik politik UMNO - KITA JANGAN TERPERDAYA!
kekadang, terasa gak nak angkat kopiah kat strategis politikal UMNO.
mana taknya, depa ni cukup bijak mengatur strategi politik depa esp berkenaan isu2 yg ingin diketengahkan - walaupun bersifat fitnah dan mengarut - hinggalah taktik2 depa utk menutup isu2 yg merugikan depa.
kalau dedulu, tiap kali ada isu yg merugikan UMNO muncul, depa akan cuba korek isu mengenai pihak lawan - yg selalu kena adalah PAS dan anwar ibrahim - utk mengalihkan fokus rakyat. tapi setiap kali depa buat mcm tu, ianya tak berapa berjaya sebab ahli2 PR sentiasa bersatu utk menyanggah isu2 yg ditembak ke atas parti atau pucuk pimpinan. dalam hal ni, kita sentiasa mendapat upper edge.
but kali ni, depa guna strategi yahudi yg paling klasik - mencambahkan pergeseran dalaman, melaga2kan seterusnya pecah dan perintah. isu yg dibangkitkan bukan lagi bersifat "antara parti @ pemimpin dan umum" tetapi "antara parti dalam parti". dan strategi ni aku kira agak berjaya sebab ianya menyebabkan penyokong2 sesama PR contohnya bergeseran sesama sendiri akibat berlainan pandangan mengenai sesuatu isu. tapi x dinafikan, sebahagian besar puncanya adalah sikap sesetengah pihak dalam parti itu sendiri dan juga kegagalan sebahagian pendukung parti utk memahami isu dengan baik - maybe akibat mengikut darah muda atau egoism, atau maybe sebab kurang maklumat.
kita ambik 2 contoh mudah la. ketika negara dilanda "wabak skandal NFC dan laporan audit negara", tup2 timbul isu hasan ali. aku malas nak ulas panjang lebar mengenai isu hasan ali sebab dah banyak kali aku ulas - muak tau tak - tapi isu ni berjaya sedikit sebanyak menyebabkan sedikit kekacauan dalaman PAS walaupun tidaklah sampai mencambahkan kudis. lgpun, kalau diperhatikan yg banyak support hasan ali hanyalah puak2 UMNO atau imposter2 UMNO yg berlakon seolah2 depa tu ahli PAS - padahal niat depa hanyalah utk mencambahkan pergeseran. kat traffic light masjid simpang 3 gombak ada tergantung satu banner bertulis "kami penyokong2 PAS menyokong perjuangan hasan ali IMR". masalahnya - PAS mana? aku check dengan 3 kawasan PAS terdekat - gombak, wangsa maju dan batu - memasing menafikan depa letak banner tu dan depa amat2 menyokong tindakan ke atas hasan ali. so, ini keje depa yg nak melaga2kan la.
hasilnya? kurang diperkatakan isu lembu tu. lelama org lupa mcm tu je.
dan kini - di saat kita membualkan isu rosmah belanja tak hengat dunia kat sydney, tup2 isu KUIN muncul. dan kali ni ianya lebih rough bila pihak2 dalam PR sendiri - malah certain section dalam PAS - terang2an mengkritik ustaz azizan tanpa mengkaji secara detail perjalanan kes. come on la beb - kita dah tau taktik UMNO so jangan la terikut2 dengan cara depa. aku sendiri dah kaji apa rasionalisasi kejadian kat KUIN tu dan aku boleh katakan yg ustaz azizan bertindak amat professional dalam hal ni dan tidak ada satu point pun yg boleh mengatakan bahawa ustaz azizan dan PAS kedah menyokong AUKU.
nampak tak kesannya terhadap perjuangan PR dan PAS? bila sesama ahli pun bercakaran, diburukkan dengan batu api puak2 UMNO dan jarum2 halus para penyamar (parasit yg sebenar) kita pun jadi berantakan - walaupun x teruk mana. tapi benda yg tak teruk akan jadi buruk kalau tak dicegah.
so aku menyeru kepada sahabat2 PR dan PAS - kalau nak kritik atau komen apa jua isu, pastikan berdasarkan iman dan ilmu. kaji dulu isu tu bebetul baru nak menembak. dan jangan disebabkan kita nak personal mileage, kita lantas terkedepan nak tunjuk hero. ingat x apa jadi kat hasan ali? tunjuk hero tak bertempat?
dan jangan la kita menambahkan lagi api yg cuba disemarakkan oleh puak2 UMNO. ingat apa matlamat politikal kita dan aku tak nak dalam keghairahan kita menyerang sesama sendiri, UMNO makin mendekati rakyat dengan senang hati disebabkan kita dah tak attack isu2 fakta yg menjerat depa.
musuh politik kita adalah UMNO BN, bukan sesama sendiri. letakkan akal di depan perasaan dan letakkan iman di depan segala2nya - insya Allah, Allah akan bagi panduan.
Salam, harus ingat sheikh. Dalam isu KUIN 5, KUIN dah buat zalim kepada 5 orang pelajar dia. Doa orang buat zalim ni makbul. Azizan Razak sebagai pengerusi lembaga pengarah kuin tak buleh lepas tangan.
ReplyDelete