Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, January 31, 2012
kisah pejuang IMR yg tak ramai orang tau
semua org tahu yg hasan ali dah wujudkan satu NGO diberi nama JATI. mcm nama beras lak.
apa relevannya kewujudan JATI? apakah JATI ni akan sama fungsinya nanti seperti PERKASA yg kononnya diwujudkan sebagai entiti berasingan tp begitu lunak kepada UMNO? aku tak nak komen pasal JATI kat sini lagi. insya Allah, dilain masa akan aku sentuh pasal NGO kuasa ketiga ni.
apa yg aku bakal sentuh kali ni lebih kepada pengalaman sendiri selaku penduduk dalam kawasan DUN Gombak Setia yg diwakili oleh pejuang IMR ni.
dekat area greenwood ada banyak taman perumahan yg dinaungi oleh satu masjid dan satu surau jumaat (surau yg boleh dibuat solat jumaat) iaitu masjid ar-rahimah dan surau an-nur kat taman koperasi polis. dan mengelilingi kedua2 rumah Allah ini adalah taman2 seperti taman greenwood, taman gombak, taman gombak ria, taman selasih, taman berjaya, taman melewar, taman koperasi polis (1), taman rowther dan banyak lagi.
hampir setiap taman mempunyai surau mereka sendiri disebabkan kedudukan geografi (jauh dari surau berhampiran dan masjid) dan ada yg tidak mempunyai surau sendiri kerana kedudukan geografi yg dekat dengan masjid atau surau - mcm taman greenwood yg dekat dengan masjid rahimah dan taman gombak yg dekat dengan surau selasih.
taman gombak ria adalah satu kawasan perumahan majoriti melayu (dalam 90%) yg padat, terdiri dari 9 jalan dan jauh dari surau atau masjid yg berhampiran. surau yg hampir ialah surau taman berjaya - kalau naik motor boleh cecah seminit lebih dengan kelajuan rempit atau 15 minit kalau jalan kaki ala catwalk. atau secara alternatifnya, depa boleh menumpang surau KUIZM - yg dah tentu surau khusus utk student KUIZM.
ketika taman ini memula dibuka, pemaju telah menyediakan satu lot tanah wakaf (aku lupa berapa ekar) sebagai tapak surau. seperti biasa, nak bina surau bukannya mcm nak bina reban - perlu ada blueprint, plan, perlantikan ajk penubuhan dan sebagainya dan submit permohonan kepada JAIS - bila JAIS luluskan, baru surau dapat dibina.
yg menjadi isunya kat sini, sejak taman ni dibuka hampir 10 tahun lepas permohonan penduduk qariah ni utk membina surau sendiri tidak diluluskan oleh JAIS - atas alasan "dah banyak surau kat kawasan tu". sehingga artikel ini ditulis, permohonan dan rayuan beratus2 kali dihantar tapi masih tak mendapat jawapan positif. aku terlibat dalam jawatankuasa penubuhan surau sebagai ajk siaraya.
yg menjadi kelakarnya, tapak surau tu tetiba dibuat satu warung makan bersifat kekal - ada binaan kayu dll. bila kita bangkitkan hal ni kepada JAIS, JAIS menyatakan bahawa tapak itu DISEWAKAN kepada peniaga tersebut untuk profit. apakah selayaknya tanah wakaf surau DISEWAKAN OLEH JABATAN AGAMA KEPADA SORG PENIAGA - albeit muslim apabila HAK WAKAF ITU YG LEBIH AULA' TIDAK DIDAHULUKAN?
ketika mula2 hendak menjadi ADUN, antara janji hasan ali adalah utk menyetelkan hal surau gombak ria tu tetapi hingga kini segalanya HAMPEH! tak tau berapa puluh kali jawatankuasa surau datang menerjah dia kat ofis dia kat taman berjaya nun - most of the time dia tak ada kat ofis. kami penah buat surat rayuan supaya dia aware akan janjinya utk menyelesaikan masalah surau ni tetapi to no avail. sudahnya, sehingga kini kami terpaksa scatter menumpang surau org lain setiap kali waktu solat dan persatuan penduduk gombak ria tidak mampu menjadi efisien - sebab tak de hub.
moral of the story is, disaat hasan ali mencanangkan dirinya selaku pejuang akidah, pejuang Islam, melayu dan raja itu, dia terlepas pandang ttg hakikat bahawa isu umat Islam kat kawasan jagaannya sendiri pun dia tak terjuangkan. dia lebih rela bersama2 JAIS menyerbu dan menahan penceramah tanpa tauliah.
inilah wajah hasan ali yg sebenar. agaknya kalau kami masukkan kisah surau gombak ria ni kat dalam TV, barulah hasan ali akan terhegeh2 menunjukkan mukanya.
masjid yg kerajaan kelantan bina cuma satu saje..masjid cina..adakah wajar di beri gelaran pejuang Islam...kalau nak di bandingkan dgn isu ini utk Hassan Ali....berlaku adil lah sedara...
ReplyDeletemmg la kelantan bina satu masjid - tapi apakah bina masjid tu benar2 menjadi pengukur kepada "ciri2 pejuang"?
Deletekes kat gombak ria ni lain beb. ini adalah kes utk mengatakan bahawa "disaat hasan ali berebang ttg memperjuangkan Islam dan akidah, masalah kay DUN sendiri pun dia tak terbela".
tu je ;)
Jap tadi lalu kat tapak surau gombak ria sebab nak attend kenduri kat dewan kuizm ni, naik lalang je tapak tu. Terjumpa post ni sbb nak google info mana nak wakaf. Rupanya dah dekat 2 tahun jugak la ye dr post ni.
DeleteAnyway, kpd tukang comment ckp kerajaan kelantan cuma bina 1 masjid tu.. tau x kerajaan kelantan menggalakkan org buat masjid secara derma wakaf? Bukan sbb kerajaan kelantan miskin tapi sbb nak kayakan manusia2 kat akhirat kelak. Derma/wakaf buat masjid, selagi mana masjid tu dipakai walaupun dinding n bumbung tercabut tp selagi mana tmpt tu dimanfaatkan maka penyumbang akan dapat pahala. Kalo kerajaan yg buat, siapa yg dpt pahala? Masjid2 cantik kalo kerajaan negeri buat tp kalo x pakai pun jadi tmpt jin bertendang, kunci pagar lps pukul 9 mlm sampai org musafir xleh tumpang bermalam pun x guna jugak, pahala x masuk. Gah kat dunia tp miskin kat akhirat