Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, January 27, 2012
KFCH dan QSR bakal dikuasai entiti asing?
JOHOR BAHRU – Setelah mendapat desakan daripada PAS Johor berhubung isu pengambilan QSR dan KFCH oleh JCORP, Dato’ Abdul Ghani Othman yang merupakan Menteri Besar Negeri Johor telah membuat kenyataan akhbar kali pertama berhubung isu berkenaan seperti yang disiarkan oleh Berita Harian edisi Khamis, 5 Januari 2012 dan Harian Metro edisi Jumaat, 6 Januari 2012.
PAS Johor semalam, telah membuat sidang akhbar sebagai kenyataan balas terhadap kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar.
Kenyataan akhbar kali ini dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato’ Dr. Mahfodz Bin Muhamed.
Di dalam kenyataan akhbar sebelum ini, Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman telah membuat beberapa kenyataan bohong dan mengelirukan rakyat Negeri Johor.
Antara kenyataan beliau adalah seperti berikut
1. Pengambilalihan tidak melibatkan pihak asing. JCORP hanya meningkatkan saham dalam QSR dari 33% kepada 51% dan dalam KFCH dari 17% kepada 51%.
- Kenyataan cuba untuk mengelirukan dan memperbodohkan rakyat Johor. Bukankah JCORP bekerjasama dengan CVC Capital Partners (CVC) menubuhkan syarikat tujuan khas (special vehicle purpose) iaitu Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) yang mana JCORP memegang 51% kepentingannya manakala 49% lagi dipegang oleh CVC.
CVC merupakan sebuah firma equiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari yahudi.
Pada tahun 1993, CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.
Bukankah sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai maka secara langsung 49% kepentingan dalam QSR dan KFCH akan terlepas kepada pihak asing?
2. Pengambilalihan keseluruhan kepentingan QSR dan KFCH melalui MESB adalah sebahagian ‘Proses Rasionalisasi’ perniagaan JCORP agar bahagian tertentunya menumpu kepada perniagaan utama seperti Kulim (M) Berhad tidak lagi terlibatdalam perniagaan runcit makanan tetapi menumpukan kepada perniagaan utamanya sahaja iaitu perladangan.
- ‘Proses Rasionalisasi’ dilaksanakan dalam dunia korporat bilamana sesuatu organisasi perniagaan menghadapi masalah di dalam pentadbirannya atau perniagaannya tidak mencapai prestasi yang diharapkan.
Di dalam kes QSR dan KFCH, keua-dua syarikat adalah merupakan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan kedua-dua syarikat tersebut telah mencatatkan prestasii yang sangat baik dari segi jualan, keuntungan dan jumlah bilangan outlet sepanjang berada di bawah pengurusan Kulim (M) Bhd. Dengan kata lain QSR dan KFCH bukanlah syarikat yang ‘tenat’ seebaliknya merupakan ‘syarikat lubuk emas JCORP’ dengan jualan kasar mencecah RM 3 bilion setahun.
Adalah menjadi amalan biasa sesebuah syarikat terlibat dengan beberapa jenis perniagaan terutama ianya sangat baik jika dilihat daripada segi pengagihan risiko perniagaan (business risk diversification). Apa yang dilaksana oleh Kulim (M) Bhd. Dengan terlibat dalam sektor perladangan dan perniagaan runcit makanan adalah perkara biasa.
Antara prestasi cemerlang KFCH adalah peningkatan keuntungan kasar dari RM 65 juta (2005 sebelum diambilalih oleh JCORP) kepada RM 222 juta pada tahun 2010 (peningkatan 241%).
Prestasi cemerlang ini juga telah memberikan kepercayaan pemegang francais utama KFC untuk memberikan hak francais KFC di Singapura, Brunei, Combodia, dan India kepada KFC Malaysia.
3. CVC dipilih sebagai rakan kongsi JCORP kerana prestasi cemerlang dan pengalaman luasnya menguruskan perniagaan yang sama dan berpengalaman dalam membuat pelaburan di rantau ini.
- Kenyataan ini merupakan satu lagi pembohongan Menteri Besar Johor kepada rakyat Johor. CVC adalah syarikat ekuiti persendirian dan perunding pelaburan dan bukannya pengendali rangkaian restoran makanan.
CVC sebenarnya langsung tidak mempunyai pengalaman dalam mengeendalikan perniagaan rangkaian restoran makanan.
Apa yang dirancang oleh MESB adalah untuk kemungkinan membawa masuk Mr. Art Rautio, bekas Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan (Managing Director) Yum! Restaurants International berpangkalan di Singapura.
Beliau adalah lulusan Havards Business School, USA dan memiliki 23 tahun pengalaman kerja dengan PepsiCo dan 14 tahun berpengalaman kerja dengan Yum! Restaurants Asia di Singapura.
Yum! Restaurants Asia melalui Yum! Restaurants (India) Pvt. Ltd. Juga mengendalikan rangkaian Restoran KFC di India milik KFCH Malaysia.
4. Pengambilalihan QSR dan KFCH akan dibiayai kombinasi tunai (ekuiti) dan hutang. Namun hutang yang ditanggung bukan pada JCORP sahaja, tetapi pada syarikat yang akan mengambilalih QSR dan KFCH. Dalam hal ini hutang itu akan disandarkan kepada kekuatan aliran tunai QSR dan KFCH.
- Kos keseluruhan pengambialihan adalah RM 5.2 bilion. Kemungkinan apa yang akan dilakukan adalah mmasing-masing pihak (JCORP dan CVC) akan mengeluarkan modal awalan sebanyak RM500 juta bagi membolehkan MESB memiliki modal pusingan RM 1 bilion.
Baki RM 4.2 bilion akan diperoleh dengan membuat pinjaman atas nama QSR dan KFCH bersandarkan kepada kekuatan aliran tunai mereka.
Sebahagian dari hasil pengambilalihan RM 5.2 bilion yang diperoleh akan dimiliki oleh JCORP. Keuntungan ini akan dapat menampung kembali pusingan modal RM 500 juta yang dikeluarkan oleh JCORP.
Benarlah JCORP tidak menambah hutang di peringkat JCORP, sebaliknya menambah hutang di peringkat kumpulan iaitu QSR dan KFCH akan berhutang bagi meembiayai kos pengambilalihan itu.
Dalam kenyataan akhbar kali ini, Tuan Haji Dzulkefly, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor menyimpulkan bahawa,” PAS Negeri Johor sangat bimbang apabila QSR dan KFCH dibebankan dengan hutang maka sudah tentu akan menjelaskan prestasi dan keuntungan QSR dan KFCH, malah ianya juga akan membantutkan program perkembangan syarikat tersebut pada masa hadapan.”
Tambah beliau lagi, PAS Negeri Johor juga bimbang, selepas pengambilalihan hutang JCORP tidak selesai malah anak syarikatnya QSR dan KFCH pula akan terlibat dengan bebanan hutang.
Turut hadir dalam sidang akhbar ini ialah YDP PAS Johor Bahru dan Ketua Pemuda PAS Johor.
ULASAN ANA PULAK? SATU LAGI EKUITI MELAYU BUMIPUTERA AKAN HILANG DISADAK ORG ASING HASIL "KEBIJAKSANAAN" UMNO.
No comments:
Post a Comment