Wednesday, July 6, 2011

Apa kena mengena dengan Ambiga?

sebetulnya, aku nak tulis utk menjawab tuduhan liar pasal BERSIH, but ada sorg kawan aku bertanya ttg ambiga ni. So, aku dulukan yg tu dulu.

Siapakah ambiga? Dia adalah bekas presiden BAR council yg pernah terlibat dlm pelbagai kontroversi satu masa dulu iaitu mengenai kemurtadan lina joy (dia lawyer lina joy masa tu) serta pendukung IFC dan konsep pluralisme (at least, itu yg sering dicanang oleh UMNO dan puak2nya).

Soalnya, apa kaitan semua tu dgn BERSIH?

Jawapannya x de kaitan. Ianya merupakan kebetulan ambiga mengetuai gagasan pelbagai NGO ini atas kredibiliti dia sebagai bekas peguam no 1 negara - makanya dia amat arif ttg undang2, perlembagaan dan akta2 di malaysia. Dia defend lina joy dulu pun atas alasan perundangan! Sebab perlembagaan malaysia x menghalang memana individu utk menentukan anutan mereka atas dasar "kebebasan beragama". Itu je.

Sedikit pasal isu lina joy tu, puak2 UMNO selalu memainkan sentimen "anwar sokong lina joy murtad". Statement sekerat anwar ketika diwawancara CNN dulu diambil sebagai dalil naqli mengenainya. Apa yg puak2 UMNO ni x sedar dan xkan mungkin sedar ialah anwar berkata "x menjadi kesalahan lina joy murtad DARI SEGI UNDANG2 MALAYSIA kerana perlembagaan malaysia membenarkan sedemikian." malah, bulan ni juga jamil khir baharom, si ketua JAKIM tu memberikan jawapan yg sama ketika disoal oleh YB Er dr DAP mengenai isu murtad. Kata jamil khir, "kerajaan x berhak menghalang mana2 individu yg hendak menukar agama kerana perlembagaan negara menjamin hak mereka berbuat demikian." mcm mana tu?

Kalau kita perhatikan tuntutan2 BERSIH tu, x de satu pun yg merupakan tntutan peribadi ambiga mahupun drpd pihak2 tertentu. Semuanya adalah berkisar kpd mahukan reformasi dlm sistem pilihanraya negara kita, tu je. So, celah mana lak puak2 UMNO tu kata yg pas dan PKR menyokong agenda personal ambiga?

Perlu diingatkan sekali lagi, BERSIH adalah gabungan pelbagai NGO, bukan ambiga sahaja. So, semua tuntutan tu adalah berdasarkan resolusi bersama NGO2 tersebut. Jadi, tuduhan bahawa pas dan pkr mengekor punggung ambiga itu adalah mengarut.

Tidak penting siapa lead BERSIH. Yg penting adalah tuntutannya. Puak2 UMNO cuba mengelirukan rakyat, tp rakyat yg celik mata dan akal xkan termakan dakyah mereka.

No comments:

Post a Comment