Thursday, May 31, 2012

Hijaukan bumi Kedah!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semakin dekat detiknya untuk para pemimpin, amilin dan pendukung Parti Islam SeMalaysia dan pihak2 yang menyantuni perjuangan PAS ini untuk menggegarkan bumi Kedah Darul Aman dengan laungan takbir yang pastinya bersahut2an dengan penuh semangat.

Sebetulnya, PAS dan lautan manusia yang berhimpun merupakan pasangan yang cocok. TIdak pernah lagi sepanjang usia PAS, terutamanya mutakhir ini, sebarang program yang dianjurkan PAS tidak mendapat sambutan rakyat baik ahli mahupun bukan - malah menarik kehadiran SB pun. Tambahan pula kimi dengan tahalluf bersama2 Parti Keadilan Rakyat dan DAP menatijahkan sebarang program yang dianjurkan PAS sama ada secara bersendirian mahupun secara kolektif mendapat sambutan yang luar biasa.

Tuesday, May 29, 2012

Melayu dilebihkan, Islam diketepikan - itulah Ultra Melayu No Otak


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Benar kata orang - setiap kejadian ada hikmahnya.

dalam masa terdekat, terbit dua isu besar yang melibatkan kepentingan yang berbeza tetapi natijahnya hampir serupa - pemboikotan rakyat ke atas Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) dan Himpunan Jutaan Belia yang menampilkan konsert maksiat tahap gaban di Putrajaya.

Aku tertarik untuk berkongsi pengalaman aku ketika menerjah isu2 ini di dunia maya terutamanya Facebook. Ketika aku membuka status berkenaan pemboikotan RSIB, begitu banyak puak2 "ultra melayu" mengecam, marah dan mengutuk tindakan boikot itu sebagai "menjahanamkan sesama melayu" dan ayat2 yang senada dengannya - dan aku baru bukak status itu selama 1 hari. Tetapi selama 5 hari berturut2 aku buka status berkenaan konsert kpop di Putrajaya yang mengkulminasikan pembatalan kuliah Ustaz Azhar Idrus, TIDAK ADA WALAU SEORANG PUN PUAK2 INI MENERJAH TOPIK AKU untuk memarahi pihak penganjur konsert yang jelas MENJAHANAMKAN ISLAM DAN MORAL!

Monday, May 28, 2012

Himpunan Jutaan Maksiat!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tersedak aku bila baca tajuk keratan akhbar metro ni - "konsert membawa PENGISIAN ROHANI kepada belia".

Siapa la mengajar benda karut ni agaknya ye?


Aku terjumpa satu klip temubual satu rancangan hiburan ala2 melodi bersama Shabery Cheek dan dengan jelas dia kata "hiburan ini adalah satu cara yang lebih efektif untuk menyampaikan mesej kepada remaja berbanding ceramah, kuliah..." Agaknya, itulah maksudnya bila depa katakan konsert2 ini akan membawa pengisian rohani kepada belia. Pengisian rohani ke pengisian nafsu?

Sekitar majlis Ramah Mesra PM dengan Peniaga dan Penjaja Kecil - penjaja ke?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Malam semalam telah berlangsung satu lagi himpunan oleh UMNO BN (setepatnya, oleh Najib) iaitu Majlis Ramah Mesra PM bersama Peniaga dan Penjaja Kecil, di Dataran Merdeka. Kemaruk sungguh Najib ni nak berhimpun - kat Putrajaya tak habis lagi, terus buat himpunan kat KL. Betul2 dia nak celen keupayaan PR terutamanya PAS dalam menganjurkan rapat rakyat yang menyaksikan ribuan kehadiran sekali program.

Sebetulnya, dia amat terpukul dengan BERSIH, tak kira la versi berapa pun (kecuali BERSIH ciplak 4.0). Dia terpukul dengan kata2nya sendiri yang diucapkannya sehari selepas BERSIH 2.0 kononnya "jika kita mahu, kita boleh himpunkan semua 3.5 juta ahli UMNO dengan sekali panggil". Ingat lagi tak majlis tu?

Aku tak nak cerita banyak tentang tentative majlis tu. Rata2 pun dah faham - penuh dengan ucapan politik Najib yang tentunya bercerita tentang transformasi, etp, nkra, ini himpunan yang aman dan tak huru hara dan pelbagai lagi. Cuma pada entri kali ini, aku biarkan gambar berbicara sendiri apakah himpunan yang kesekian kalinya ini berjaya meyakinkan Najib bahawa masanya telah tiba untuk membubarkan parlimen?

Cuma yang kelakarnya, majlis2 himpunan UMNO ni takkan sah tanpa sebarang jenis konsert ataupun hiburan. Nasib baik Najib tak angkut Dat Shabet datang KL sekali. Dia jemput local acts je mcm M Nasir.

Nilailah sendiri.

Saturday, May 26, 2012

Beginikah melahirkan belia patriotik?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada hari Jumaat 25 hb yakni semalam, khutbah2 Jumaat di masjid2 utama negara (yang mendapat teks dari JAKIM) membicarakan tentang hari belia dan khutbah di tempat aku mengenakan tajuk "Melahirkan Belia Patriotik".

Sejujurnya, letaklah tajuk apa pun - semuanya menjurus kepada memuji muja perancangan kerajaan UMNO BN menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada ketika ini. Kononnya tindakan ini - yang bertemakan "jutaan peluang penuh keriangan" ini merupakan antara langkah murni kerajaan menyantuni golongan belia yang dilihat sebagai aset masadepan negara yang akan menerajui Malaysia ini pada satu hari nanti.

Friday, May 25, 2012

Najib oh najib - kenapa begitu cuak menyahut cabaran debat Anwar?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada beberapa isu yang menjadi buah mulut rakyat terutamanya pihak yang cakna politik sejak dua menjak ini - isu tuntutan BERSIH (cuba dispin oleh UMNO BN dengan pelbagai tindakan mengarut) dan debat Najib-Anwar.

Hadapilah kenyataan - rakyat semakin dahagakan informasi yang segar dari kedua2 belah pihak dan bukannya sekadar ayat2 yang difabricate membentuk bait2 kata dalam ceramah, forum mahupun kenyataan akhbar dan laporan berita. Stretegi lama politik negara ini yang begantungharap kepada informasi yang disebarkan oleh media masih lagi relevan, dan dalam kes2 tertentu ceramah politik menjadi medan yang lebih segar berbanding media untuk para pemimpin politik bertemu rakyat menjelaskan polisi depa. Cuma pastinya lain pihak, lainlah polisinya. Dalam kes Najib dan Anwar, masing2 ada polisi masing2. Najib dengan transformasinya dan Anwar bersenjatakan reformasi dan buku jingganya.

Jadi bagaimanakah untuk membolehkan rakyat meneliti dan mengkaji serta mengimbangi informasi2 yang bercanggahan ini agar dapat depa melakukan pilihan yang tepat dan jitu? Sudah tentulah di atas pentas debat - menemukan dua pihak yang berlawanan idea ini, membahaskan hujah2 depa untuk meyakinkan rakyat bahawa polisi depalah yang terbaik untuk negara.

Itulah idea debat sebenarnya - bukan nak kira siapa menang atau kalah. Kalau mcm tu, baik suruh depa masuk pertandingan debat sekolah2 je. Dapat sijil penyertaan lagi.

Thursday, May 24, 2012

This is democracy - Malaysian UMNO's style...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa sebenarnya yang bermain di benak pemimpin2 UMNO, pendukung2 depa serta para pengikut depa yang taksub ni ek?

Setiap hari - malah setiap jam - depa menyogokkan kata2 bahawa kononnya "BN semakin mendapat sokongan rakyat", "PR semakin dipinggirkan" dan pelbagai lagi. Malah, dalam openernya masa debat PTPTN hari tu, KJ dengan bongkaknya menyatakan gagasan PR utk hapuskan PTPTN adalah sebagai "usaha terdesak PKR (dia tak nak sebut PR) meraih kembali sokongan golongan muda yang semakin meminggirkan depa".

Jika ini benar, kenapa sampai sekarang parlimen tidak dibubarkan walhal pelbagai petunjuk dan penanda telah berkumandang dengan jelasnya? Tapi itu bukanlah poin aku pada hari ini.

Yang menjadi persoalan aku sekarang ialah KENAPA UMNO DAN PENDUKUNG2 DEPA MENGAMALKAN POLITIK BACUL?

Surat terbuka Dr Maszlee Malik kepada Hasan Ali


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebetulnya, aku memang kadang2 berbeza pendapat dengan Dr Maszlee tetapi kali ini, aku amat2 menyetujui surat ini. Silalah baca.

Wednesday, May 23, 2012

K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus Dibatal. Boleh macam tu?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semua org tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana. Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.

PTPTN - Menyelak perbezaan pendirian Rafizi dan KJ


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kali ni aku cuba untuk menyelam jauh lebih dalam berkenaan debat Rafizi dan KJ yang berlangsung malam semalam. Ternyata, dari segi harfiahnya puak2 UMNO sememangnya terkedu dengan perjalanan debat itu walaupun pada mulanya depa bersorak sorai apabila KJ menghentam PR dan dasar2nya.

Secara jujur, aku tak faham kenapa KJ berhujah seperti pencacai kelas ketiga ketika pembukaan. Tapi ini bukan skop perbincangan aku pada malam ini.

Tuesday, May 22, 2012

Debat KJ-Rafizi isu PTPTN - antara teknikal dan sinikal.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maka the much anticipated "Debat PTPTN" antara Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin telahpun berlangsung malam tadi, yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani. Buat kedua2 pemimpin muda ini, pertemuan kali ini adlaah "round 2" selepas depa bertemu dalam gelanggang debat beberapa bulan lepas di London.

Secara jujur, aku tidak sempat mengikuti debat ini secara live sebab aku terlibat dengan usrah Pemuda PAS Batu malam tadi. Tetapi terima kasih kepada era Youtube dan online video ni, aku dapat mengikuti perdebatan itu secara penuh - tanpa satu ayat pun yang tertinggal. Terima kasih dan kredit kepada pihak yang bersusah payah upload video ni ke youtube dan seumpamanya serta pihak yang bersusah payah share video ni dalam Facebook.

Well, rata2 sahabat menyatakan bahawa "landslide victory buat Rafizi", manakala ada section puak UMNO yang menyatakan Khairy menang - walaupun pada malam ini begitu senyap sunyi puak UMNO ni sebenarnya. Jadi siapakah yang menang? Berjayakah debat ini mencapai matlamatnya atau ini sekadar memberikan gambaran jelas mengenai apakah halatuju kedua2 pihak dalam isu PTPTN ini?

Baik, terus sahaja kepada debat. Aku akan cuba memberikan pandangan aku secara frame by frame dan walaupun akan ada puak UMNO yg anggap aku bias, suka hati depa.

Monday, May 21, 2012

Semut kerengga pun berdemonstrasi!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jom kita bersatira.

Najib menanam pokok rambutan di halaman rumahnya. Selepas beberapa lama, pokok rambutan itu pun membesar dan mula mengeluarkan buah. Najib begitu gembira kerana sekian lama dia menunggu detiknya utk memakan buah rambutan yang ranum itu.

Tiba masa yang sesuai, Najib pun cuba mengait rambutan tersebut, tetapi tak semena2 seekor kerengga jatuh ke tangannya dan mengigit tangan Najib itu. Najib secara spontan membunuh kerengga tersebut, akan tetapi jatuh lagi 3 ekor kerengga lain lalu menggigit tangan, leher dan pipi Najib.

Najib berasa begitu marah, lalu dia pun memanjat pokok tersebut untuk mencari sarang kerengga tersebut. Setelah berjumpa, Najib dengan marahnya memusnahkan sarang tersebut. Namun, tidak disangka oleh Najib ribuan kerengga meluru ke arahnya dengan pantas.

Najib jadi panik. Tidak disangka kerengga yang lemah itu mampu mengumpulkan ribuan ahlinya untuk menyerang Najib yang telah memusnahkan kediaman depa. Najib pun meluru turun dari pokok rambutan itu lalu menghala ke dapur, mencapai setong minyak tanah dan mancis, lalu kembali ke arah pokok itu. Dengan perasaan takut bercampur bengang, Najib pun menyimbah pokok tersebut dengan minyak tanah yang dibawanya tadi lalu dicucuhnya api - pokok rambutan itupun terbakar hangus bersama2 geng kerengga itu tadi.

Najib melihat pokok itu terbakar dengan rasa puas hati yang amat sangat, namun kemudian dia akhirnya menyesal kerana usahanya menanam pokok rambutan itu untuk dimakan buahnya berakhir sia2 - semuanya akibat marahkan kerengga itu.

Apakah moral dari kisah ini?

Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana 1 Jun ini di Stadium Darulaman. WAJIB HADIR!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berikut adalah kenyataan rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man -

Mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada 13hb Mei yang lalu telah membuat keputusan menangguh Muktamar yang dijadualkan awal Jun dan menggantikannya dengan Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana yang akan diadakan pada 1hb Jun 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan. Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini.

Ijtimak bermula dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden bermula jam 10 pagi di kompleks PAS negeri.

Manakala himpunan untuk semua ahli PAS bermula seawal jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 12 malam. Bawalah apa-apa yang perlu untuk keselesaan munajat.

Semua program parti yang bertindih dengan program ijtimak pilihanraya hendaklah ditangguhkan.

Munajat perdana insya-Allah akan dipimpin sendiri oleh Murshidul Am Tuan Guru Nik Abd Aziz, manakala amanat Presiden akan menjadi acara kemuncak ijtimak dan berakhir dengan pembacaan ikrar oleh seluruh ahli PAS, sebagai baiah dan janji setia bagi menggarap usaha bagi mencapai kemenangan.

Ijtimak kali ini juga akan disertai oleh beberapa tokoh besar yang menyatakan kesediaan untuk turut sama bergabung dalam PAS. Mereka akan diisytihar secara rasmi bagi menyatakan ikrar dan sokongan mereka kepada parti.

Semua ahli diseru menjadikan ijtimak kali ini sebagai pemangkin kepada pembinaan semangat juang yang tinggi kepada seluruh jentera, ahli dan penyokong parti. Semoga majlis diberkati Allah.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Jadi sama2 kita MEWAJIBKAN kehadiran kita di Stadium Darulaman nnt. TAKBIR!

Sunday, May 20, 2012

Beginikah gayanya untuk diajak bermuzakarah?


Aku malas nak menulis panjang. Ada ketikanya, biarkan gambar berkata2.

"Konsert" Ustaz Azhar Idrus, yang sepatutnya diadakan di PICC pada 26 Mei ini telah dibatalkan. Difahamkan, tauliah Ustaz Azhar untuk mengajar di PICC telah ditarik balik oleh JAKIM dan aku kurang pasti apakah ada lokasi pengganti yang dikenalpasti atau belum. Tapi percayalah - banyak je pihak yang berebut2 mahukan kehadiran Ustaz Azhar ke lokasi depa.

Dalam masa yang sama, "ceramah agama" anjuran UMNO di Wangsa Walk berjalan lancar tanpa gangguan JAKIM (rujuk gambar). Mungkin, UMNO benar2 mahukan rakyat Malaysia esp belia untuk "memahami" Islam. Sebab tu "konsert" Ustaz Azhar Idrus dibatalkan dan "ceramah agama" belia UMNO diteruskan.

Wallahu a'lam.

p/s - beginikah gayanya untuk diajak bermuzakarah?

Muzakarah! Muzakarah! Taktik lama yang kembali membarah!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada banyak petanda menunjukkan PRU makin hampir - isu hudud, kes Anwar, isu perpaduan org melayu, kafir mengkafir. Tapi kalau menyentuh bab muzakarah, itu membawa satu petanda lain - UMNO sebenarnya mengalami sindrom kurangnya sokongan melayu.

Jika kita perhatikan perkongsian aku di sini satu ketika dulu, aku menekankan ttg betapa ajakan UMNO terhadap PAS untuk bersatu "demi agama dan bangsa" sebenarnya bermusim. Dan musimnya berlaku apabila UMNO lemah. Cuba masa UMNO kuat terutamanya pada pertengahan dekad 90-an dengan tahun 2004 - ada depa ajak? Takde maknanya.

Begitu jugalah dengan hal muzakarah ini. Ajakannya bermusim. Tak pernahnya konsisten. Bila dah ada ura2 muzakarah, seringkali UMNO yang mengelak dari bermuzakarah tetapi menuduh PAS meletakkan pelbagai syarat dan peraturan "untuk menghalangi muzakarah".

Friday, May 18, 2012

Jadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jika diberi pilihan, aku ingin sekali PAS pada masa akan datang mendesak supaya cuti hujung minggu ditukar kepada Jumaat dan Sabtu mengikut cuti certain negeri di Malaysia seperti Kelantan, berbanding cuti Sabtu dan Ahad sebagaimana yang diamalkan sekarang.

Kenapa aku tiba2 bangkitkan hal ini?

Bagi kita umat Islam, hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Itulah harinya dimana kita diwajibkan untuk pergi solat Jumaat di masjid2 dan dalam masa yang sama, digalakkan dan dituntut agar kita memperbanyakkan ibadah sama ada bersifat ruhaniah mahupun jasmaniah.

Thursday, May 17, 2012

Kita nak ambil kuasa dari orang gila


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puak2 UMNO selalu tuduh PR terutamanya PAS gila kuasa. Sanggup buat apa saja untuk dapatkan tampuk pemerintahan. Dituduhnya PAS peralat Islam, sanggup bekerjasama dengan syaitan, bersekongkol dengan kafir (dan menjilat ludah sendiri), sanggup berketuakan seorg kaki bontot (?) dan pelbagai lagi.

Malah dalam satu forum, ulama muda UMNO menembak PAS dengan menyatakan betapa bahayanya golongan ulama gila kuasa ini dengan berpandukan ayat 34 surat at Taubah, "Hai orang beriman, sesungguhnya kebanyakan di antara pendeta dan ulama mereka itu memakan harta manusia dengan jalan batil (tiada hak) dan mereka menghalangi orang daripada jalan Allah. Orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak membelanjakannya di jalan Allah, hendaklah beri mereka peringatan dengan seksaan yang pedih."

Maka, untuk menyanggah tuduhan itu keluarlah satu ayat keramat (oleh Aziz Bari kalau tak silap), "kita tidak gila kuasa, tetapi kita hendak rampas kuasa dari orang gila." Namun, puak2 UMNO counter balik, "kita tidak gila kuasa, tapi kita hendak halang orang gila berkuasa".

Jom kita kaji, siapakah yang gila sebenarnya? Dan bagaimana hendak mengatasi hujah ulama muda UMNO itu? Ada kaitannya.

Wednesday, May 16, 2012

Punggung adalah budaya UMNO dan pendukungnya.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apakah UMNO (dan pihak yang menyokong atau menyantuni UMNO) sememangnya tak dapat dipusahkan dengan punggung?

Isu ni agak lama berlalu, jadi tindakan aku mengulas balik isu ni boleh dikatakan outdated tapi itulah aku - kerja aku bukan terjah isu yang tengah mendidih, tapi mengulas isu yang berlaku dari sudut pandang peribadiku.

Semua orang tahu, sekumpulan pakcik2 yang perasan punggung depa seperti penari gelek arab jahilliah telah melakukan senaman punggung di hadapan kediaman Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bangsar. Ini merupakan kali kedua percubaan untuk memprovokasi sambil mengganggu privasi Ambiga - yang pertama adalah tindakan bukak kedai burger bebetul depan pintu pagar rumah dia. Ingat lagi kisah tu? Aku ada ulas pasal hal ni masa tu.

Tuesday, May 15, 2012

Najib sebenarnya tersepit...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Secara logik akal, sepatutnya tidak ada masalah bagi Najib untuk mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal.

Kalau kita lihat situasi politik negara (at least, menerusi kaca mata media2 UMNO) kelihatannya BN begitu kuat sekarang. Dengan ucapan berdegar2 Najib, dengan propaganda para facebooker dan blogger UMNO dll, sokongan terhadap UMNO dan BN begitu kuat dan dijangka akan menenggelamkan cabaran PR dalam PRU yang akan datang ini. Ditambah lagi dengan pemberian one-off yang begitu kerap (dan memakan duit rakyat dengan kerap) dikulminasikan dengan himpunan Gelombang Merah ulangtahun UMNO ke 66 yang dilaporkan oleh media depa sebagai mencatat 200,000 kehadiran, pastinya UMNO BN berada di landasan yang tepat untuk terus menguasai negara - at least untuk sepenggal lagi.

So they said.

Monday, May 14, 2012

Cina ajak minum teh, melayu ajak minum arak - mana satu pilihan anda?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Banyak kali dah rasanya aku ditanya (atau diserang) mengenai "kenapa PAS lebih sanggup bekerjasama dengan kafir banding dengan saudaranya (UMNO la tu)"? Dan banyak kali jugak la aku menjawab soalan ini dalam pelbagai versi. Sampai naik muak rasanya utk aku jawab benda yang sama sampai banyak kerja aku sangkut.

Untuk kesekian kalinya, dan harapannya buat kali terakhir (aku banyak lagi kerja lain nak dibuat), aku akan menjawab persoalan ini insya Allah secara detail.

Saturday, May 12, 2012

Apabila si jahil murakkab mengkafirkan ulama...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rahim Noor is back.

Selepas sekian lama mendiamkan diri natijah daripada kisah "lebamnya mata Anwar" lebih kurang 13 tahun yang lepas, Rahim Noor kembali menjadi bahan buala. Bermula daripada statement2nya berkenaan BERSIH (bersama2 dengan Tun Hanif Omar dan Musa Hassan), baru2 ini dia bertindak setapak lebih ganas dengan melabelkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai "bapa kafir" atas alasan "fatwa Nik Aziz menyesatkan orang ramai lalu semuanya turun menyertai himpunan haram iaitu BERSIH".

Thursday, May 10, 2012

UMNO baru 24 tahun, bukan 66 tahun! Jangan perasan laa...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tahun ini, menurut para pendukung sang keris kontot, depa akan merayakan ulang tahun parti tersebut yang ke 66. Ini berdasarkan kepercayaan depa yang UMNO wujud sejak tahun 1946 iaitu ketika berlaku penentangan terhadap Malayan Union yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar.

Benar ke UMNO ini berusia 66 tahun?

Mungkin generasi zaman sekarang, terutamanya yang lahir tahun 1987 ke atas tidak mengetahui atau kurang menyedari hakikat bahawa pada tanggal 4 Februari 1988, UMNO telah diharamkan oleh Mahkamah Persekutuan rentetan daripada kemelut pemilihan UMNO pada ketika itu. 9 hari kemudian, Dr Mahathir telah menubuhkan satu PARTI BARU iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (BARU) atau akronimnya UMNO(Baru). Menurut undang2 pendaftaran pertubuhan, UMNO dan UMNO(Baru) adalah dua entiti yang berbeza dan tidak bersekali. Bermakna, UMNO yang telah diharamkan pada tahun 1988 itu TELAH MATI dan yang wujud kini hanyalah UMNO(Baru) yang sebenarnya TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMNO yang telah mati itu.

Apalah bodohnya peniaga-peniaga ini!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebetulnya aku nak beri pengisian ttg isu Rahim Noor "bapak kafirkan" Nik Aziz, tapi aku nak sentuh isu ni dulu.

Isunya ialah ada sekumpulan peniaga burger yang kononnya memprotes BERSIH 3.0 hingga menyebabkan depa "rugi besar" tak dapat berniaga pada tarikh keramat 428 yang lalu bukak kedai burger depan rumah Ambiga kat Bangsar. Ambiga menggelarkan depa ni sebagai "tidak matang".

Sebetulnya, aku rasakan yang depa ni bukannya tak matang, tapi bodoh dan diperbodohkan.

Tuesday, May 8, 2012

MCA tentang rancangan Hadi pinda perlembagaan


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MCA menolak kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, apabila parti itu memperoleh kuasa memerintah kelak.

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA semalam, parti itu berkata status Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah mencukupi dan memadai kerana ia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.

"Minoriti bukan Islam tidak akan dapat melindungi diri mereka daripada 'cara hidup Islam' masyarakat yang lebih besar. Walaupun hak-hak mereka dibatasi dengan jelas dalam masyarakat sedemikian, mereka masih merasai tekanan untuk mematuhi beberapa tuntutan sosio-budaya Addin.

"Selain itu, memberi kelebihan kepada cara hidup majoriti akan membawa kepada subordinasi psikologi agama-agama minoriti," menurut kenyataan parti itu.

Menurut MCA, apabila cara hidup masyarakat majoriti dinyatakan dalam Perlembagaan sebagai satu cara hidup sesebuah negara, satu halangan telah diwujudkan bagi memisahkan satu kumpulan dengan masyarakat yang lain dan ini menjelaskan bahawa pindaan Perlembagaan bagi tujuan mengiktiraf Islam sebagai addin persekutuan adalah satu tindakan tidak bijak.

Parti terbesar yang mewakili masyarakat Cina itu menyatakan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa 'Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana tempat dalam persekutuan' adalah memadai kerana peruntukan sedia ada berhubung agama itu adalah yang terbaik bagi negara ini.

MCA mengulangi pendirian menyokong semangat Perlembagaan Persekutuan dan menolak sebarang perubahan yang dilakukan sewenang-wenangnya mahupun cadangan untuk memindanya kerana ia menjejaskan kebebasan dan kehidupan rakyat Malaysia.

"Kami mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan hak umat Islam dilindungi Perlembagaan Persekutuan dan hukum Syariah, dan bukannya kenyataan retorik PAS," menurut kenyataan parti itu lagi.

- Bernama

*** aku rasa Malaysiakini typo kot. Depa nak taip "DAP" sebenarnya. hehehe...

Fitnah menggila - jom kita puasa sunat 3 hari hujung minggu ini!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh anggotanya dan umat Islam prihatin untuk berpuasa sunat tiga hari berturut-turut bagi menangkis fitnah yang semakin menggila sejak kebelakangan ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, puasa sunat itu dicadang dibuat serentak di seluruh negara bermula Khamis, Jumaat dan Sabtu ini.

"Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

"Kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan masing - masing," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Fitnah menggila itu katanya sedang disasarkan terutama kepada PAS serta anggota dan pemimpinnya.

Ianya termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap 'Father of Kafir' oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST.

Selain itu, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Johari Osman diugut dengan sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup.

Sebelumnya anggota Unit Amal Mat Kamal Ismail telah ditangkap ekoran terlibat dengan himpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Satu lagi fitnah katanya sedang ditiupkan media arus perdana seperti TV 3 dan Utusan Malaysia yang tidak henti-henti menggambarkan kononnya Bersih 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, setiap markaz tarbiah PAS kawasan akan menganjurkan majlis solat hajat dan munajat perdana pada malam hari ketiga itu sebagai kemuncak program.

*** aku setuju dan akan join puasa sunat ni walaupun aku akan berada di kampung isteri pada ketika ini. Kepada Allah saja kita berharap agar segala perancangan jahat dan bodoh puak2 fasik ini dipatah dan diterbalikkan.

Allah ma'ana!

Antara Dataran Merdeka dan Dataran Tahrir


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendiran bahawa tanggapan perhimpunan Bersih 3.0 adalah untuk menggulingkan kerajaan adalah suatu manipulasi fakta yang sangat menghina kematangan rakyat.

Adakah terdapat perbezaan antara niat perhimpunan rakyat di Dataran Tahrir dan Dataran Merdeka?

Monday, May 7, 2012

Kalau demo sikit dikatakan nak guling kerajaan, baik tak payah demokrasi!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Satu lawak praktikal yang cuba ditanamkan Najib ke minda rakyat Malaysia (baca - yang ignorant politik. Banyak jumlahnya kat Malaysia ni) ialah pihak2 yang mendukung BERSIH terutamanya parti2 pembangkang ingin menggulingkan kerajaan Malaysia menerusi demonstrasi2 ganas.

Maka Majlis Fatwa - atas arahan tangan2 ghaib - kelam kabutlah menjilat bontot Najib dan Rosmah lalu mengeluarkan fatwa mengharamkan demonstrasi "atas tujuan tidak baik", seperti yang telah aku share semalam.

Secara jujur, aku tak tahu sama ada nak gelak atau nak menangis atau apa bila membaca statement2 ini. Yang nyatanya, aku rasa macam nak tepuk jendul si Najib tu dek kerana kebodohan dan ketakutannya yang amat sangat.

Janganlah dok mengampu kerajaan pemerintah je, Majlis Fatwa!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Buat kesekian kalinya, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berkenaan "demonstrasi". Begini bunyinya -

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"

Sunday, May 6, 2012

BERSIH 3.0 - Bebaskan media!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hidup ini penuh dengan ironi.

BERSIH 3.0 berlangsung pada 28hb April. 5 hari selepas itu, warga media sedunia menyambut Hari Kebebasan Media. Sememangnya ironi apabila mengenangkan ketika BERSIH 3.0, warga medialah antara yang mencuri tumpuan. Dunia tidak begitu memerhatikan apa yang terjadi kepada demonstran. Tidak juga memerhatikan apa yang menimpa pucuk pimpinan pembangkang. Depa memerhatikan apa yang berlaku kepada warga media.

Saturday, May 5, 2012

BERSIH 3.0 - Seminggu berlalu, namun darahnya masih mengalir...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Diam tak diam, seminggu sudah berlalu. Tarikh 428 kekal menjadi antara lembaran penting dalam sejarah demokrasi negara. Tarikh itu menjadi saksi buat kali keduanya rakyat Malaysia berbilang kaum, keturunan dan agama turun beramai2 atas satu tujuan, dibawah naungan satu warna iaitu kuning - melambangkan solidariti rakyat Malaysia terhadap institusi Raja-Raja Melayu - demi menuntut penambahbaikan dan reformasi dalam sistem pilihanraya umum negara seterusnya SPR itu sendiri. Dan kali ini, gelora dan gelombang itu jauh lebih besar dan lebih aman - sebelum peristiwa2 tragis yang terjadi lantaran provokasi pihak2 tertentu.

Hari ni, dengan semangat kuning (aku mengenakan baju BERSIH bertulisan jawi hari ni), aku mengambil ruang dan peluang sementara ke pasar Chow Kit tadi untuk menyusuri lembaran sejarah, melewati tempat2 yang menjadi saksi kebangkitan rakyat menentang tirani dan kebejatan sistem pemilihan kerajaan negara kita ini sambil memuhasabah diri.

Friday, May 4, 2012

Polis macam tak ikhlas je untuk cari kebenaran...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sekali lagi, aku akan menyentuh tentang BERSIH 3.0. Bagi puak2 UMNO, mungkin ini memuakan depa tapi bagi kita yang mencintai keadilan dan ketelusan, isu ini takkan terpadam sampai bila2.

Sebelum itu, sekalung tahniah aku ucapkan kepada warga Kelantan yang "sempoi" menyambut Najib dengan lautan kuning semalam. Dan aku yakin, Najib akan diberikan sambutan serupa tak kira ke mana pun dia pegi. Sudahnya, silap2 Najib akan merahsiakan bila dia mendarat ke sesebuah negeri untuk mengelak dari dimalukan. Satu persoalan - apsal Rosmah senyap?

Baik, kembali kepada topik. Umum mengetahui bahawa polis telah menyebarkan gambar2 pihak yang membuat kekacauan semasa himpunan BERSIH 3.0 hari tu, tetapi selepas diasak oleh semua pihak, polis akhirnya menyiarkan gambar anggotanya membelasah orang awam semasa BERSIH 3.0. Ketua Polis KL, Datuk Mohmad Salleh siap menyeru orang ramai menerusi facebook polis mengenai perkara berkenaan supaya tampil memberi kerjasama dan bukti untuk menyiasat dakwaan ini.

Tapi, ini semua hanyalah bersifat separuh masak.

Thursday, May 3, 2012

BERSIH 3.0 - memoir Aziz Bari

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

Kenyataan Rasmi DPPKB mengenai BERSIH 3.0


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kenyataan Rasmi DPPKB mengenai BERSIH 3.0

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Seperti yang kita sedia maklum, Perhimpunan Aman Gergasi BERSIH 3.0 telah berlalu hampir seminggu. Kita juga sedia maklum akan apa yang telah berlaku semasa perhimpunan tersebut terutamanya pada saat-saat akhir sebelum para peserta bersurai di mana berlaku pelbagai insiden termasuklah penguatkuasaan yang agak melampaui batas oleh pihak Polis terutamanya terhadap para peserta demonstrasi dan juga warga media.

Dewan Pemuda PAS Batu di sini tidaklah mahu mengulas lebih lanjut mengenai perihal kekacauan yang berlaku dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk menjuarai isu tersebut. Cuma, kami ingin menyatakan juga kekesalan kami tentang betapa kekacauan dan keganasan yang berlaku itu sedikit sebanyak telah menenggelamkan hakikat betapa perhimpunan itu telah berlangsung dengan aman dan tenteram serta terkawal selama 13 jam, bermula sejak malam Sabtu sebelum BERSIH. Lebih malang, perisitiwa yang berlaku itu juga menenggelamkan maqasid sebenar himpunan BERSIH 3.0 ini diadakan, iaitu untuk melahirkan unjuk rasa agar 8 tuntutan penambahbaikan sistem pilihanraya oleh SPR dipenuhi dan dilaksanakan.

Selaras dengan ketetapan yang diambil oleh PAS dan Dewan Pemudanya, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu menyeru agar semua pihak tidak lari daripada fokus utama BERSIH 3.0 iaitu MENUNTUT PENAMBAHBAIKAN DAN REFORMASI DALAM SISTEM PILIHANRAYA NEGARA serta menuntut perubahan dalam SPR itu sendiri berdasarkan 8 tuntutan yang telah digaris dan diperjuangkan sekian lama. Dalam masa yang sama, kami mengalu-alukan sebarang bentuk siasatan bebas mengenai kejadian-kejadian yang berlaku semasa BERSIH 3.0, cuma kami tegaskan bahawa sebarang siasatan yang didakwa bebas itu HENDAKLAH BENAR-BENAR BEBAS dan tidak bersifat "melepaskan batuk di tangga". Kita mahu setiap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru hara ini dihadap ke muka pengadilan tanpa memilih bulu, tidak kira siapa pun atau apakah kepentingan mereka.

Dewan Pemuda PAS Batu juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada para ahlinya yang bertugas sebagai sukarelawan semasa BERSIH 3.0 iaitu Saudara Abu Bakar, Ustaz Mohamad Noor Kamal, Ustaz Hisyam Yasaa, Ustaz Muhamad Adha, Ustaz Farhan, Ustaz Abdul Kadir, Ustaz Najih, Saudara Zulhaidi, Saudara Mohd Amin, Saudara Ahmad Bahar, dan Saudara Hakimi yang bertindak selaku pembantu perubatan dan Saudara Nurpais Ismail yang bertindak selaku Unit Amal. Juga tidak dilupakan para sahabat yang turut menyertai BERSIH atas pelbagai kapasiti sama ada menerusi gerak kerja Pemuda PAS Pusat, Wilaha Persekutuan mahupun secara individu.

Semoga gerak kerja yang bagus ini berkekalan dan menjadi bekalan untuk kita berhadapan dengan Allah kelak sebagai salah satu amal jariah dan bukti perjuangan kita untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan di dalam Malaysia selaras dengan tuntutan Islam.

Bersama kita terus berjuang memBERSIHkan sistem pilihanraya negara dan seterusnya memBERSIHkan negara daripada kekotoran hasil canaian UMNO-BN.


NURPAIS ISMAIL
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

Wednesday, May 2, 2012

Suruhanjaya siasat keganasan polis itu biar benar bebas!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seperti yang telah aku prekuelkan dalam status facebook aku, sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan keganasan melampau polis mungkin akan dibentuk rentetan aduan dari pelbagai pihak, termasuk orang awam dan wartawan2 antarabangsa berkenaan kekejaman dan keganasan polis ketika perhimpunan BERSIH 3.0 baru2 ni.

Bagi aku, langkah ini wajar disokong secara asasnya sebab sememangnya dakwaan keganasan polis ini adalah berat dan ianya boleh menjejaskan kredibiliti pasukan polis di mata rakyat Malaysia khasnya dan khalayan dunia umumnya. Bayangkan apa akan jadi jika rakyat tidak lagi menghormati polis.

Itu secara asas.

Secara jelasnya, tidak perlu diadakan apa2 suruhanjaya untuk menyiasat dakwaan tersebut sebab segala apa yang didakwa itu semuanya caught on camera. Semuanya secara jelas menunjukkan betapa polis bertindak amat2 melampau dalam usaha depa utk meredakan demonstrasi. Tetapi, daripada pemerhatian ramai pihak tindakan polis bukan untuk mereda atau menyuraikan demo, sebaliknya tindakan depa lebih kepada "belasah on sight" tanpa niat untuk restore order.

Kalau kita kaji balik segala video, sememangnya amat mengejutkan. Pembelasahan secara "lumberjack" berlaku di mana2. Seorang peserta yang sedang makan diheret dan dibelasah atas tuduhan yang amat tidak berasas. Ketika azan berkumandang di Masjid India, ketika itulah polis berlatih melayangkan penendang. Apa ni??

Tindakan polis merampai kamera2 media yang membuat liputan juga amat wajar dikeji dan dikutuk. Demi untuk "menghalalkan" tindakan berkenaan, Hishamuddin menyatakan bahawa tindakan itu sejajar dengan SOP polis - sesuatu yang dinafikan KPN sendiri. Bagaimana boleh bercanggah pulak? Cakap siapa yang patut kita dengar? Cakap Menteri atau cakap Ketua Polis? Atau cakap kedua2nya tidak boleh digunapakai langsung?

Jika benar ingin menubuhkan suruhanjaya itu, aku MENGGESA DISIASAT PERKARA2 INI -

1) dakwaan Zaharin Mohd Yassin bahawa terdapat anggota2 polis menyertai demonstrasi BEIS (baca - menyamar) dengan memakai baju kuning tetapi bergelang kuning sebagai tanda pengenalan, dan dakwaan itu turut menjelaskan dengan terperinci apakah tujuan polis2 "BERSIH" itu.

2) mengapa polis membentuk ribat dan mengepung demonstran di kawasan yang tidak digazetkan sebagai kawasan larangan berhimpun iaitu di KLCC? Inilah insiden yang digunakan untuk membusukkan nama Unit Amal.

3) mengapa polis melepaskan tembakan gas pemedih mata secara melampau? Sudah jelas apabila polis melepaskan gas pemedih mata permulaan, peserta sudah mahu bersurai tetapi polis tetap melepaskan berpuluh das tembakan lagi meskipun secara jelas para demonstran tidak mampu kemana2 lantaran kesesakan di sepanjang jalan Tun Tan Cheng Lock.

4) mengapakah polis terus meronda, menangkap malah membelasah peserta di kawasan2 yang tidak digazetkan sebagai kawasan larangan berhimpun selepas kejadian di Dataran?

5) mengapakah polis begitu biadab mencemarkan kemuliaan masjid apabila bertindak menyerbu, membelasah dan menangkap para demonstran yang sedang ingin bersolat?

6) siapakah yang menyebarkan khabar angin tentang kematian polis hingga menyebabkan polis bertindak sebagai haiwan liar mencari mangsa, bukan lagi melindungi kepentingan rakyat.

7) arahan siapakah kamera2 media dirampas dan para wartawan dipukul serta dihalang dari menjalankan tugas depa membuat liputan secara adil dan telus.

8) paling penting - siapakah pihak sebenar yang menjadi dalang di sebalik keganasan polis ini?

Banyak lagi persoalan yang aku tak tertulis sebab banyak sangat, tapi cukup setakat itu. Jangan tubuhkan suruhanjaya - habiskan lebih banyak duit rakyat - lepas tu keluarkan keputusan "suruhanjaya mendapati polis melakukan kerja depa dengan baik".

Secara jujur, imej PDRM berada pada tahap all time low sejak Hishamuddin memegang KDN. Begitu banyak sekali laporan mengenai kekejaman dan keganasan serta salahguna kuasa oleh polis berlaku. Bagi aku mudah - polis ini cuma tools. Elok cara penggunaannya, eloklah hasilnya. Tapi jika digunakan dengan salah, maka buruklah hasilnya.

Penyelesaiannya mudah. Nak pulihkan imej Polis? Tukar peneraju KDN. Nak tukar peneraju KDN? Tukar pihak peneraju kerajaan. Nak tukar pihak peneraju kerajaan? Undilah PR.

Kenapa tiba-tiba "keganasan" BERSIH didiamkan?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

BERSIH sudah 4 hari berlalu. Pelbagai versi cerita dikeluarkan sama ada oleh pihak pendukung BERSIH mahupun puak2 pengotor ttg apa yang telah berlaku dan asbab2nya. Walau apapun yang dihidangkan, satu hakikat yang nyata takkan dapat disembunyikan - perhimpunan BERSIH kali ini mencapai kejayaan yang amat hebat terutamanya dari segi sambutan. Bayangkan - dari Plaza Pudu Sentral hinggalah ke bulatan Kinabalu, membawa ke sebahagian besar Jalan TAR dan Jalan Melaka, setiap inci dipenuhi oleh manusia berbilang kaum dan keturunan serta agama dengan satu matlamat - menzahirkan rasa inginkan penambahbaikan dalam SPR dibawah satu warna.

Dan seperti yang kita tahu juga, perhimpunan aman ini tercemar dek aksi2 yang berlaku pada saat2 akhir - walaupun kali ini tidak melibatkan kematian tetapi terdapat kerosakan harta benda dan kecederaan berlaku. Di sinilah pelbagai versi cerita kedengaran - dan puak2 pengotor mengambil kesempatan ini untuk menyerang BERSIH dan PR habis2an terutamanya pada 2 hari pertama selepas BERSIH. Sekali imbas, seolah2 inilah perkaranya yang mampu menggugat kedudukan PR dan akan menyebabkan mood swing terutamanya golongan atas pagar untuk mengundi BN kembali.

Maka disebarkanlah segala cerita untuk menambahkan lagi tekanan dan kutukan - digambarkan rempuhan di dataran itu bermula hasil arahan Anwar. Unit Amal dituduh merempuh sekatan polis di KLCC. Peserta BERSIH dikatakan menjahanamkan kereta polis. Seorang wartawan TV AlHijrah yang dipukul oleh "peserta" BERSIH dijadikan bahan berita untuk beberapa ketika. Secara logiknya, pastilah ini akan meruntuhkan imej BERSIH dan PR. Ini akan membenarkan segala tuduhan BN bahawa PR adalah agen untuk menggugat keamanan negara.

Alih2, hari ni keluar satu isu baru. Isu skandal seks Azmin Ali. Dijadikan Utusan Malaysia sebagai akhbar tabloid porno. Gambar aksi lucah dipampang secara terbuka dan besar2an. Kalau masa kes China Doll dulu, hanya gambar lelaki tidak berbaju sahaja yang kelihatan tanpa sebarang aksi lucah. Kini, kelucahan Utusan dan media2 kerajaan naik setakuk lagi. Isu "keganasan" BERSIH? Didiamkan sama sekali dari tajuk2 utama. Tinjauan aku juga mendapati berita mengenai BERSIH dan isu2nya tidak menjadi hiasan akhbar2 utama negara - melainkan NST yang melaporkan ada ura2 para peniaga dan RapidKL ingin menyaman penganjur BERSIH 3.0 atas kerugian yang depa alami.

Soalnya, kenapa tiba2 senyap sunyi isu pasal BERSIH ni?