Friday, March 23, 2012

Najib contohi Rasulullah? Mashitah memang sewel


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru je aku nak menarik nafas lega dan merehatkan jari setelah bertungkus lumus menyanggah taburan fitnah puak UMNO ke atas Cikgu Ishak Surin, aku tak boleh lari dari berasa teruja untuk mengulas mengenai lawak terbaru dari "ustazah artis" kita, Dr Mashitah Ibrahim. Posting aku terdahulu mengenai ustazah nan sorg ni mengundang 400++ "like". Besar tau impak ustazah sorg ni.

Terbaru, dia buat lawak lagi dengan menyatakan bahawa "Najib mengikut model wasatiyyah (ditulisnya sebagai kemoderatan. Takut kena kutuk kot) Rasulullah s.a.w". Aku tak tahu sama ada nak menangis atau nak gelak besar bila baca tajuk ni.

Kalau kita baca artikel tu, hanya 2 perenggan setengah sahaja menyentuh ttg "bagaimana Najib dikatakan meniru Rasulullah" dan selebihnya hanyalah sirah Nabi yg aku rasa tak de kena mengena pun dengan Najib. Jom kita ambik satu demi satu point Mashitah mengenai "Najib tiru Rasulullah" (aku akan taip secara harfiah ikut teks artikel agar korg tak kata aku ikut sedap hati je memfitnah) dan aku akan sanggah satu demi satu.

1) Sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan dirinya sebagai seorg pemimpin moderat.

*** moderat tu maksudnya sederhana. Sederhanakah Najib jika sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri, beliau begitu boros berbelanja hingga mencecah jutaan ringgit? Belanja pertunangan anaknya sahaja dah RM409,000. Birthday beliau menelan kos hampir RM80,000. Perbelanjaan lawatan PM luar negeri meningkat hampir 200% pada tahun ini sahaja banding tahun2 nan lepas. Bil api dan air di Kediaman Rasmi PM mencecah RM10 juta setahun. Belum dikisahkan tentang First Lady of Malaysia yg berbelanja sakan tak ingat dunia sampai disindir oleh ruangan pojok Sydney Herald! Sederhanakah itu?

2) Dalam melaksanakan tugasnya, beliau tidak bertindak melampau atau ultra.

*** Apakah mereka ini imsonia? Hilang ingatan? Apa terjadi masa BERSIH 2.0 sampai ada sorg mati dan beribu lagi ditahan lantaran kebaculan Najib menggunakan kekerasan polis sebagai tempat berlindung? Sebetulnya Najib tidak bertindak melampau atau ultra - beliau tak bertindak sama sekali sebab semua tindakannya sama ada dibayangi oleh timbalannya, atau dibayangi isterinya.

3) Garis pemisah antara pemimpin nombor satu kerajaan dan presiden parti adalah jelas dan tidak bersilang.

*** part ni membuatkan aku nak muntah. Berapa kalikah Najib menggunakan jentera awam dan kerajaan sebagai bahan kempen UMNO dan BN? BR1M yg jelas2 tertera gambar "undilah BN" tu apa? BR1M adalah program kerajaan Malaysia tetapi diselitkan kempen undi BN. Apa ni? Itu cuma satu daripada beratus2 lagi penyalahgunaan jentera dan hak awam oleh Najib. Malah, untuk order dan billing bagi majlis tunang anaknya pun, Najib guna "Pejabat Perdana Menteri"! Banyak la hang punya garis pemisah.

4) Sebagai pemimpin kepada semua warganegara Malaysia, beliau bersikap adil, bertolak ansur dan inklusif.

*** adil konon. Kalau adil, kenapa royalti minyak Kelantan sampai sekarang tidak diberi? BERSIH 2.0 menjadi bukti betapa Najib boleh "bertolak ansur". Adil stail Najib adalah "you help me, i help you" seperti yg disebutnya masa PRN Sarawak tak lama dulu. Adil stail Najib ialah memberikan rakyat RM500 secara suapan sedangkan dia berbelanja hampir setengah juta ringgit dengan mudah sahaja. Adil stail Najib yg meneruskan legasi kebaculan pimpiann terdahulu ialah penggunaan media2 perdana, jentera2 awam dan badan2 kerajaan sebagai alat kempen BN dan UMNO.

5) Sikap begini adalah selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w sesuai dengan tuntutan semasa dan serasi dengan manusia sejagat. Bersikap moderat bukanlah bermaksud mengambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya berserah kepada takdir dan nasib. Sebaliknya, ia lahir daripada ilmu dan prinsip yang hakiki, tahu beza yang mana benar dan batil serta bersikap toleran dan munasabah.

*** inilah lawak terbesar dalam artikel ni. Sikap yg Mashitah kata "selaras dengan teladan Nabi s.a.w" itu sebenarnya LANGSUNG TIDAK DIAMALKAN DAN DIPRAKTIKKAN OLEH NAJIB. Bersikap moderat juga bukanlah bermakna boleh tutup aurat separuh2, ambil agama suku politik suku, anjurkan musabaqah dan hub hiburan dalam masa yg sama dan pelbagai lagi kebejatan.

Ilmu apa yg dia ada? Prinsip apa yg dia berpegang? Segala gagasan dan tekad Najib semuanya hangat2 taik ayam dan bersifat separuh masak seperti SBPA. Skim Insentif Guru dan kini, 1Care akan menyusul. Najib bukan sahaja tidak membezakan mana yg hak dan batil, tetapi dia mencampuradukkannya lagi. Dan ulama2 kerajaan semua boleh bersetuju pulak tu? Allahu Rabbi...

Toleran Najib seperti yg aku sebutkan tadi adalah toleran "you help me, i help you" dan munasabahnya Najib ialah seperti mengelak dari menjawab soalan berkenaan SBPA yg separuh masak itu di parlimen, memberi komisen 500 juta euro untuk kapal selam, dan pelbagai lagi pembaziran, kebejatan dan kemungkaran yg berlaku secara jelas dan nyata sepanjang pemerintahan Najib.

Tolonglah Mashitah. Berhenti dari membuat lawak. Menyatakan Najib mencontohi Rasulullah adalah satu penghinaan yg amat besar terhadap Nabi Muhammad s.a.w, kesyamailan Baginda dan kehebatan Baginda. Cuba kita bayangkan, budak2 yg baru nak belajar mengenal Nabi atau non muslim yg baru nak tahu kisah Rasulullah dan mencari2 bahan bacaan untuk mengetahui ttg Rasulullah, dan depa semua terbaca artikel ni. Lalu depa pun membayangkan Najib dengan isteri yg tak tutup auratnya, isteri yg cium laki lain, perilaku yg membazir dan menyeleweng duit rakyat dan jentera kerajaan, hub hiburan malam, memegang share kat casino Genting dan pelbagai lagi kebejatan - na'uzubillah, depa yg masih dangkal ilmu ini terus menyatakan Rasulullah juga BUAT SEPERTIMANA NAJIB BUAT LANTARAN NAJIB DIKATAKAN MENCONTOHI RASULULLAH. Na'uzubillah...na'uzubillah...

Sekali lagi Mashitah, berhenti dari membuat lawak.

1 comment: